Jawatan kuasa perubatan dan keselamatan FIFA menetapkan peraturan baru sebaik saingan bola sepak kembali bersambung selepas digantung kerana penularan wabak Covid-19.
Peraturan yang dimaksudkan adalah para pemain tidak lagi dibenarkan untuk meludah didalam padang kerana perbuatan itu boleh menyebarkan wabak Covid-19.
Saingan bola sepak di benua Eropah dijangka akan kembali bersambung dalam masa beberapa bulan lagi.
If football does return players must refrain from “unhygienic” practices such as spitting and clearing their noses on to the pitch, and avoid bodily contact during goal celebrations, world football’s medical chief has said https://t.co/6jEJWTju3h
— The Times (@thetimes) April 28, 2020
Memandangkan kebanyakkan pemain agak gemar meludah didalam padang dan hal itu mungkin membahayakan, FIFA membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan pemain untuk meludah.
Selain dari meludah minuman yang dikumur, para pemain juga sering meludah kearah pemain lain sebagai tanda provokasi.
Michel D’ Hooghe menegaskan bahawa segala perbuatan itu harus dihentikan dan akan dikenakan tindakan tegas sekiranya dilanggar.
“Ini adalah kebiasaan dalam sukan bola sepak dan tidak terlalu higienis, “
Jelas ketua Jawatankuasa Perubatan badan pentadbiran sukan itu kepada Telegraph.
Spitting should be outlawed on resumption and punished by yellow card, says Fifa's chief medichttps://t.co/6mQRdGhkeO
— Telegraph Football (@TeleFootball) April 27, 2020
“Jadi apabila saingan bola sepak kembali bersambung, saya rasa kita harus menghalang perbuatan itu dengan lebih ketat. Persoalannya sekarang adakah mereka mampu untuk lakukannya? Mereka mungkin akan dilayangkan kad amaran.”
“Ianya hal yang tidak sihat dan cara itu memudahkan virus untuk merebak. Ini lah alasan mengapa kita kena siapkan pelbagai langkah awal untuk mencegah. Saya bukan pesimis tetapi dengan situasi seperti sekarang saya agak skeptikal.”
Manusia boleh dijangkiti Covid-19 walau tidak mengalami gejala, itu adalah perkara yang perlu diambil kira untuk mereka yang tidak mengikuti perintah penjarakan sosial, dan sekiranya pemain suka meludah ia akan menjadi masalah besar.
Seorang pakar perubatan dari University of Cambridge, Dr Ian Brierley, telah menjelaskan bagaimana bahayanya tabiat meludah boleh membawa kepada penyebaran wabak.
“Sekiranya seseorang itu dijangkiti wabak Covid-19 dengan bergejala atau dijangkiti dengan tidak bergejala, virus itu sudah berada dalam tekaknya, dan sekiranya mereka meludah, virus itu akan merebak melalui udara.”
FIFA's Medical Committee chairman has said players could be booked for spitting when football returns. 🟨 https://t.co/obyxHuu7xG
— SPORTbible (@sportbible) April 28, 2020
“Para pemain juga harus mencipta atau mencuba gaya meraikan gol yang berbeza dengan tidak melakukan sentuhan keterlaluan dengan pemain lain.”
“Bersalaman sebelum perlawanan dan bertukar jersi selepas tamat perlawanan juga mungkin membawa kepada kaedah penyebaran wabak.”
Sebelum saingan sepak bola digantung bulan lalu, premier league sudah mengamalkan kaedah yang sama dengan tidak membenarkan para pemain bersalam sebelum sepak mula.
Mereka sekadar berjalan melintasi satu sama lain dengan tidak bersalam. Namun satu hal yang akan menjadi masalah adalah ketika pemain bergasak dalam perebutan bola.
Tolak menolak ketika sepakan percuma dan sepakan penjuru, aksi pada ketika itu mungkin akan melibatkan banyak sentuhan dan ia juga mungkin merbahaya.
SPITTING could be banned in football when sport returns in a bid to stop the spread of coronavirus as FIFA's chief medic calls for yellow cards for it. pic.twitter.com/SzUnD2uowb
— Taofeek Babalola (@bablowsport) April 28, 2020
Pasukan top tier England sudah mula kembali ke pusat latihan masing-masing, dan sebelum ini mereka sekadar menjalani latihan dari rumah sahaja.
Baki perlawanan saingan liga perdana dijangka akan kembali bersambung pada 8 Jun dan dijangka akan dihabiskan dalam tempoh lima minggu.