Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberi amaran kepada 9 pasukan pengkhianat yang menarik diri bahawa mereka tidak boleh meninggalkan European Super League (ESL).
Liverpool, Arsenal, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur, AC Milan, Inter Milan dan Atletico Madrid pasukan yang telah menarik diri.
Pada awalnya 12 pasukan telah menjadi Founding Club dengan penarikan diri 9 pasukan ini maka tinggal Real Madrid, Juventus dan Barcelona sahaja.
Florentino Perez: "The clubs signed a binding contract and can't leave the Super League. Some of them had to come out and say they're leaving because of all the pressure, but this project, or another one very similar, will happen, and I hope it will be very soon."
(Source: AS) pic.twitter.com/2PiXO36mj2
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 24, 2021
Kesungguhan dan kekentalan semangat Florentino Perez sepatutunya diberi pujian kerana masih lagi berpegang teguh dengan idea pembentukan European Super League (ESL).
European Super League (ESL) terus tergantung sepi selepas dua hari diumumkan namun Perez tidak mengalah dan mahu selamatkan bola sepak dunia.
Pengerusi European Super League (ESL) itu dalam kenyataan terkini menyatakan bahawa 12 founding club telah ‘mengikat kontrak’ dan ‘tidak boleh tarik diri’.
“Aku tak perlu jelaskan dengan panjang lebar apa itu ikatan kontrak tetapi keberkesannya menyebabkan pasukan tidak boleh tarik diri.”
“Segelintir mereka, kerana tekanan dikenakan maka mereka terpaksa tarik diri, tetapi projek ini atau hampir seperti ini akan diteruskan. Aku berharap dalam tempoh terdekat.”
🗣️ "We clearly misjudged how this deal would be viewed by the wider football community and how it might impact them in the future. We will learn from this."
The final and most devastating nail in the Super League coffin. The money has been withdrawn! 👋 https://t.co/2cQaQyNkVc
— SPORTbible (@sportbible) April 23, 2021
Florentino Perez yang kini berusia 74 tahun menafikan bahawa bank pelaburan Amerika Syarikat, JP Morgan juga telah menarik diri dari Super League.
JP Morgan sebelum ini dilaporkan telah menyediakan dana £2.8 bilion dalam bentuk geran untuk founding club dan telah menamatkan penawaran dana mereka.
“Mereka telah mengambil sedikit masa untuk menilai kembali, sama seperti 12 kelab yang terlibat.”
“Sekiranya kami perlu melakukan perubahan, kami akan lakukan tetapi Liga Super adalah projek terbaik yang kami fikirkan.
“Apa yang telah kami lakukan mengambil masa beberapa minggu untuk penilaian kembali dalam kemarahan orang-orang tertentu yang tidak ingin kehilangan hak istimewa dan memanipulasi projek itu.”
Florentino Perez: "All 12 clubs signed a binding contract. If this project didn't work, another one will…" @ellarguero
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) April 21, 2021
Florentino Perez juga telah mengutuk format baharu Champions League yang telah menambahkan jumlah pasukan daripada 32 kepada 36 pasukan bermula tahun 2024.
“Super League projek terpaling logik lagi padu untuk menolong bola sepak keluar dari krisis. Bola sepak hampir terkubur dan kita harus menyesuaikan diri dengan era yang kita sekarang.”
“Saya fikir bahawa pembaharuan Liga Juara-Juara bukanlah yang terbaik, dan lebih-lebih lagi kita tidak boleh menunggu hingga 2024.”
Sebenarnya bukan bola sepak hampir terkubur tetapi Real Madrid dan Barcelona yang menanggung beban hutang yang tinggi dan berkemungkinan untuk bankrap sebelum 2024.
Selusuri sejarah 48 jam European Super League yang terkubur selepas dua hari diumumkan.
19 April 2021 – Super League Diumumkan
Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?
European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.
Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.
🏆 La liste des 12 clubs qui devraient annoncer la Superleague :
🇪🇸 FC Barcelone
🇪🇸 Real Madrid
🇪🇸 Atletico de Madrid
🇮🇹 Inter Milan
🇮🇹 Juventus Turin
🇮🇹 AC Milan
🏴 Manchester United
🏴 Liverpool
🏴 Manchester City
🏴 Arsenal
🏴 Chelsea
🏴 Tottenham— RMC Sport (@RMCsport) April 18, 2021
Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali
Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.
La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.
Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.
European Super League anthem leaked😳 pic.twitter.com/TwStPhUKS2
— Dave is 6od (@MarcelFCBbut2) April 18, 2021
Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.
Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.
Here's a clue as to why 12 clubs have signed up for a European Super League:
They lost a combined £1.2 billion in 2019/20 before player sales*
And that was for a season where only the last 3 months were impacted by COVID…
*Liverpool have not yet published their accounts pic.twitter.com/7o1ubiDX6z
— Swiss Ramble (@SwissRamble) April 18, 2021
Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.
Bagaimana European Super League akan dijalankan?
Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.
Modal Awal
Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.
Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.
Format European Super League
Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.
15 Founding club ini akan kekal di European Super League sampai kiamat dan lima lagi pasukan akan melalui pusingan kelayakan.
European Super League akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir pada bulan Mei. Sama macam jadual Champions League.
The format of the Super League
via @ManUtd pic.twitter.com/UYESv2IRjG
— utdreport (@utdreport) April 18, 2021
Tiga pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.
Pasukan tempat ke-4 dan ke-5 akan bermain play-off secara timbal balik untuk merebut dua tempat suku akhir yang berbaki.
Super League format details via The Athletic.
15 fixed members + 5 qualified teams playing in this format. 18-22 European matches a season instead of the current 6-15.
Teams would need more squad depth so they'd hoover up more players. pic.twitter.com/4UMqkZWPxN
— UtdResurgent (@UtdResurgent) April 18, 2021
Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.
Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.
Pembahagian Wang
Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.
Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.
Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?
Crucial UEFA vote to approve new CL format scheduled for tomorrow. Today, plenty rumors that a number of clubs (inc MUFC, Real Madrid, Juventus, Barca, LFC, City, Arsenal, Inter) have signed up to breakaway Super League. Some background from October… https://t.co/lbYUZRUTx4
— Gabriele Marcotti (@Marcotti) April 18, 2021
Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.
Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.
Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.
Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.
UEFA Tekad Hentikan European Super League
Union of European Football Associations (UEFA) dan rakan kongsi tekad untuk menghentikan European Super League (ESL) yang dianggap mengarut dan tidak menerapkan semangat kesukanan yang diamalkan dalam bola sepak.
Tindakan tegas dan keras akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dengan European Super League (ESL) yang boleh melenyapkan kelab dan pemain dari peta bola sepak.
Kenyataan daripada bersama dan sebulat suara UEFA, English Football Association, Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, Italian Football Federation (FIGC) dan Serie A hadir selepas European Super League (ESL) dilaporkan bakal membuat pengumuman rasmi.
UEFA, the English Football Association, the Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, the Italian Football Federation (FIGC) and Lega Serie A have today released a statement.
Read it in full here: 👇
— UEFA (@UEFA) April 18, 2021
UEFA juga turut memuji pasukan dari Liga Perancis, Ligue 1 dan Jerman, Bundesliga kerana tidak menyertai liga yang mengarut ini.
Menurut kenyataan bersama UEFA dan rakan kongsi:
UEFA, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan LaLiga, dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Lega Serie A telah mengetahui bahawa beberapa kelab Inggeris, Sepanyol dan Itali mungkin merancang untuk mengumumkan penciptaan liga tertutup yang dipanggil Super League.
—
Sekiranya ini berlaku, kami ingin mengulangi bahawa kami – UEFA, FA Inggeris, RFEF, FIGC, Liga Perdana, LaLiga, Lega Serie A, tetapi juga FIFA dan semua ahli persatuan kami – akan tetap bersatu dalam usaha kami untuk menghentikan projek yang sinis ini, projek yang didasarkan pada kepentingan diri beberapa kelab pada masa ketika masyarakat memerlukan solidariti lebih daripada sebelumnya.
—
Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia untuk kami, di semua peringkat, baik kehakiman dan sukan untuk mencegah hal ini terjadi. Bola sepak didasarkan pada pertandingan terbuka dan prestasi sukan; ia tidak boleh dilakukan dengan cara lain.
—
Seperti yang diumumkan sebelumnya oleh FIFA dan keenam Gabungan, kelab-kelab yang bersangkutan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak diberi kesempatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.
—
Kami mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab di negara lain, terutamanya kelab Perancis dan Jerman, yang enggan mendaftar. Kami menyeru kepada semua pencinta bola sepak, penyokong dan ahli politik, untuk turut serta dalam memerangi projek seperti ini sekiranya ia akan diumumkan. Kepentingan diri berterusan oleh segelintir umat ini telah terjadi terlalu lama. Cukuplah cukup.
Selain UEFA ramai pihak termasuk bekas pemain bola sepak dan pengurus tidak bersetuju dengan idea penubuhan European Super League (ESL) yang dilihat akan membunuh bola sepak itu sendiri.
Apakah Itu European Super League?
Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?
European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.
Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.
🏆 La liste des 12 clubs qui devraient annoncer la Superleague :
🇪🇸 FC Barcelone
🇪🇸 Real Madrid
🇪🇸 Atletico de Madrid
🇮🇹 Inter Milan
🇮🇹 Juventus Turin
🇮🇹 AC Milan
🏴 Manchester United
🏴 Liverpool
🏴 Manchester City
🏴 Arsenal
🏴 Chelsea
🏴 Tottenham— RMC Sport (@RMCsport) April 18, 2021
Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali
Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.
La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.
Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.
European Super League anthem leaked😳 pic.twitter.com/TwStPhUKS2
— Dave is 6od (@MarcelFCBbut2) April 18, 2021
Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.
Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.
Here's a clue as to why 12 clubs have signed up for a European Super League:
They lost a combined £1.2 billion in 2019/20 before player sales*
And that was for a season where only the last 3 months were impacted by COVID…
*Liverpool have not yet published their accounts pic.twitter.com/7o1ubiDX6z
— Swiss Ramble (@SwissRamble) April 18, 2021
Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.
Bagaimana European Super League akan dijalankan?
Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.
Modal Awal
Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.
Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.
Format European Super League
Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.
Empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.
Super League format details via The Athletic.
15 fixed members + 5 qualified teams playing in this format. 18-22 European matches a season instead of the current 6-15.
Teams would need more squad depth so they'd hoover up more players. pic.twitter.com/4UMqkZWPxN
— UtdResurgent (@UtdResurgent) April 18, 2021
Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.
Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.
Pembahagian Wang
Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.
Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.
Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?
Crucial UEFA vote to approve new CL format scheduled for tomorrow. Today, plenty rumors that a number of clubs (inc MUFC, Real Madrid, Juventus, Barca, LFC, City, Arsenal, Inter) have signed up to breakaway Super League. Some background from October… https://t.co/lbYUZRUTx4
— Gabriele Marcotti (@Marcotti) April 18, 2021
Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.
Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.
Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.
Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.
21 April 2021 – Super League Digantung
Pembentukan Liga haram, European Super League akhirnya tergantung sepi selepas seekor demi seekor Founding Club telah menarik di terutamanya secara berjemaah di England.
Semuanya bermula dengan penarikan diri secara sah kelab Inggeris, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs.
Kemudianya Inter Milan secara tidak sahnya juga menarik diri, AC Milan dan Atletico Madrid dalam proses manakala Barcelona di ambang wati lagi. Tunggu bangun tido.
#SuperLeague has been officially SUSPENDED 🚨🚫
– English clubs have left (Chelsea too, official soon).
– Inter have left, AC Milan are set to leave.
– Juventus and Spanish clubs: waiting for official position.The whole #SuperLeague has been stopped to “reshape the project”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 20, 2021
Pasukan yang tinggal kini hanya dua iaitu Juventus dan Real Madrid yang tidak menyatakan apa-apa pendirian lagi tentang perkara ini.
Namun dengan penggantungan ini secara mudahnya boleh dikatakan liga haram ini sudah terhenti dengan sendirinya tanpa kelab yang mencukupi.
Menurut Fabrizio Romano liga haram ini dihentikan bagi pembentukan semula projek. Ibarat tak kalah tapi kemenangan ditangguhkan.
18 April 2021, six Premier League clubs join the Super League:
23:15: Man Utd
23:20: Man City
23:21: Liverpool
23:24: Arsenal
23:24: Spurs
23:29: Chelsea*two days later*
21:19: Man City
22:55: Arsenal
22:55: Liverpool
22:55: Spurs
22:56: Man Utd
00:51: ChelseaThey’re out.
— Squawka News (@SquawkaNews) April 20, 2021
Tanpa pasukan daripada Premier League terutamanya Liverpool dan Manchester United tidak wujudlah liga ini kerana jenama komersil yang kuat yang ada pada pasukan Inggeris.
Kerana itulah hak penyiaran liga Inggeris dapat dijual dengan harga yang tinggi kepada syarikat penyiaran.
Pengumuman Terkini Super League
Dengan penarikan diri kelab Inggeris secara automatik, Liga Super menggantung diri namun pihak super league masih tidak berputus asa dan membuat pengumuman terkini.
Super League dalam kenyataannya masih mengutuk sistem pertandingan bola sepak eropah yang tidak berfungsi dan merekalah penyelamat.
OFFICIAL: The Super League Statement. #SuperLeague pic.twitter.com/tqxgwGxWQL
— elDeporte (@Eldeporte_off) April 21, 2021
“Liga Super Eropah yakin bahawa status quo bola sepak Eropah sekarang perlu berubah,”
—
“Kami mencadangkan pertandingan Eropah yang baru kerana sistem yang ada tidak berfungsi. Cadangan kami bertujuan untuk membolehkan sukan ini berkembang sambil menjana sumber dan kestabilan untuk piramid bola sepak penuh, termasuk membantu mengatasi masalah kewangan yang dialami oleh seluruh komuniti bola sepak akibat wabak tersebut.
—
“Ini juga akan memberikan pembayaran solidariti yang dipertingkatkan secara material kepada semua pemegang kepentingan bola sepak.”
—
“Walaupun diumumkan pemergian kelab-kelab Inggeri yang dipaksa untuk mengambil keputusan seperti itu kerana tekanan terhadap mereka, kami yakin cadangan kami sangat mengikut undang-undang dan peraturan Eropah seperti yang ditunjukkan pada hari ini melalui keputusan mahkamah untuk melindungi Liga Super dari tindakan pihak ketiga.
—
“Menngikut situasi semasa, kami akan mempertimbangkan semula langkah-langkah yang paling tepat untuk membentuk semula projek, dengan selalu mempertimbangkan tujuan kami untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada peminat sambil meningkatkan pembayaran solidariti untuk seluruh komuniti bola sepak.”
Takut ada yang tak faham bahasa melayu boleh baca dalam bahasa inggeris.
‘The European Super League is convinced that the current status quo of European football needs to change,’ read Tuesday’s statement.
—
‘We are proposing a new European competition because the existing system does not work. Our proposal is aimed at allowing the sport to evolve while generating resources and stability for the full football pyramid, including helping to overcome the financial difficulties experienced by the entire football community as a result of the pandemic. It would also provide materially enhanced solidarity payments to all football stakeholders.’
—
‘Despite the announced departure of the English clubs, forced to take such decisions due to the pressure on them, we are convinced our proposal is fully aligned with European law and regulations as was demonstrated today by a court decision to protect the Super League from third party actions.
—
‘Given the current circumstances, we shall reconsider the most appropriate steps to reshape the project, always having in mind our goals of offering fans the best experience possible while enhancing solidarity payments for the entire football community.’
Pasukan Premier League Tarik Diri
Semua pasukan Premier League, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs mengesahkan penarikan diri pakatan European Super League (ESL).
Manchester City pasukan pertama mengumumkan penarikan diri secara rasmi dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan selepas Chelsea pasukan pertama yang melakukan U-Turn dengan satu drift.
Kemudian Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottentham Hotspurs juga menurut jejak Manchester City dengan pengumuman rasmi menyatakan penarikan diri dari pakatan European Super League (ESL).
Chelsea yang mempunyai perlawanan menentang Brighton & Hove Albion ketika founding club Inggeris yang lain galak menarik diri mengambil sedikit masa mengeluarkan kenyataan rasmi.
Selepas tiga hari diumumkan idea pembentukan European Super League (ESL) secara rasmi melalui founding club kekecohan terus meletus dalam dunia bola sepak.
Akhirnya enam jahanam dari kelab Inggeris menarik diri dan terus menzahirkan taat setia kepada Muafakat UEFA dan Premier League.
Manchester City
Manchester City menjadi pasukan pertama mengumumkan penarikan diri secara rasmi dengan satu pengumuman yang rasmi yang ringkas tapi padat namun cukup menyatakan hasrat mereka.
Pengumuman dari laman sesawang mereka ini kemudian telah disebarkan melalui saluran media sosial rasmi mereka pula.
Club statement.https://t.co/GeNQZn8091
— Manchester City (@ManCity) April 20, 2021
“Kelab Bola Sepak Manchester City telah mengesahkan bahawa pihaknya secara formal menetapkan prosedur untuk menarik diri dari kumpulan yang mengembangkan rancangan untuk mewujudkan European Super League.”
Jika meneruskan hajat mereka beraksi di European Super League, Manchester City mungkin akan terlepas peluang mendakap Premier League, Champions League dan Caraboa Cup musim ini.
Manchester United
Malam yang sibuk buat Manchester United dengan dua pengumuman rasmi telah dibuat dengan jarak masa yang singkat sahaja pertama mengenai Ed Woodward dan kedua tentu pasal European Super League.
Sebelum itu Manchester United telah mengesahkan Ed Woodward telah melepaskan jawatan beliau sebagai Executive vice-chairman yang berkuatkuasa pada hujung tahun 2021.
Tidak lama berselang Manchester United secara rasmi telah menarik diri daripada European Super League.
We will not be participating in the European Super League.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) April 20, 2021
“Manchester United tidak akan menyertai European Super League.”
–
“Kami telah mendengar dengan teliti reaksi daripada peminat kami, kerajaan UK dan pihak berkepentingan lain.”
–
“Kami tetap komited untuk bekerja dengan orang lain di seluruh komuniti bola sepak untuk mencari penyelesaian yang mampan untuk cabaran jangka panjang yang dihadapi dalam permainan ini.”
Pengunduran Ed Woodward dan penarikan diri dari liga haram menjadikan peminat Manchester United peminat bola sepak paling gembira hari ini.
Tottenham Hotspur
Tottenham Hotspur antara pasukan yang juga sibuk membuat pengumuman beberapa hari ini selepas memecat Jose Mourinho selaku pengurus mereka walaupun musim hampir tamat.
Spurs mengikut jejak pasukan yang lain apabila turut menarik diri.
We can confirm that we have formally commenced procedures to withdraw from the group developing proposals for a European Super League (ESL).#THFC ⚪️ #COYS
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 20, 2021
“Kami dapat mengesahkan bahawa kami telah secara rasmi memulakan prosedur untuk menarik diri dari kumpulan yang sedang mengembangkan cadangan untuk Liga Super Eropah (ESL).”
–Pengerusi Daniel Levy berkata:
–
“Kami menyesali kegelisahan dan kesal disebabkan oleh cadangan ESL. Kami merasakan adalah penting bahawa kelab kami mengambil bahagian dalam pengembangan struktur baru yang mungkin untuk memastikan permainan kewangan yang adil dan kelestarian kewangan sambil memberikan sokongan yang meningkat secara signifikan untuk piramid bola sepak yang lebih luas.
–
“Kami percaya bahawa kami tidak boleh berhenti serta diam dan sukan ini harus sentiasa mengkaji pertandingan dan tadbir urus untuk memastikan permainan yang kita semua gemari terus berkembang dan menggembirakan peminat di seluruh dunia.
–
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang menyampaikan pendapat mereka.”
Spurs antara pasukan yang menanggung beban hutang yang agak tinggi selepas stadium mereka siap dan selepas itu wabak melanda, namun mereka tidak lokek untuk membayar pampasan yang tinggi kepada Mourinho.
Liverpool
Liverpool merupakan pasukan yang kaya dengan sejarah dan tradisi yang menjadikan mereka kuat walaupun tanpa sebarang kejuaraan besar untuk tempoh yang panjang namun itulah Liverpool.
Pengurus dan pemain Liverpool antara yang paling lantang menentang idea liga haram untuk orang kaya, peminat Liverpool kau jangan tanya la, silap-silap Anfield boleh kena bakar.
Liverpool Football Club can confirm that our involvement in proposed plans to form a European Super League has been discontinued.
— Liverpool FC (@LFC) April 20, 2021
“Liverpool Football Club mengesahkan bahawa penglibatan kami dalam rancangan yang dicadangkan untuk membentuk Liga Super Eropah telah dihentikan.”
–
“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kelab telah menerima perwakilan dari pelbagai pihak berkepentingan, baik secara dalaman dan luaran, dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan berharga mereka.”
Liverpool menjadi kelab besar bukan kerana kekayaan tetapi sejarah, tradisi dan budaya mereka, jangan kau cuba-cuba bermain sejarah dengan peminat Liverpool.
Arsenal
Arsenal yang lemah dan lembik pasukan paling dihina dan diperlekehkan serta menjadi bahan jenaka apabila turut menjadi founding club bersama pasukan gergasi yang lain.
Ramai menjangkan Arsenal akan menjadi pasukan belasahan di European Super League jika menjadi kenyataan tapi duit Arsenal pasti bertimbun-timbun kerana sifat kedekut pemiliknya.
Arsenal juga menarik diri dan paling tidak boleh blah apabila pengumuman rasmi dari lembaga Arsenal sangat panjang dan lebih padu Arsenal meminta maaf dan mengakui kesilapan.
As a result of listening to you and the wider football community over recent days we are withdrawing from the proposed Super League.
We made a mistake, and we apologise for it.
— Arsenal (@Arsenal) April 20, 2021
“Beberapa hari kebelakangan ini telah ditunjukkan kepada kita betapa mendalamnya perasaan penyokong kita di seluruh dunia untuk kelab hebat dan permainan yang kita gemari.
–
Kami tidak perlu mengingatkan akan hal ini tetapi sambutan daripada penyokong dalam beberapa hari terakhir telah memberi kami masa untuk merenung dan memikir dengan lebi mendalam.
–
Bukan niat kami untuk menimbulkan keresahan seperti itu, namun ketika undangan untuk bergabung dengan Liga Super datang, ketika kami mengetahui tidak ada jaminan, kami tidak ingin ketinggalan untuk memastikan kami melindungi Arsenal dan masa depannya.
–Hasil daripada pandangan anda dan komuniti bola sepak yang lebih luas sejak beberapa hari kebelakangan ini, kami menarik diri dari Liga Super yang dicadangkan. Kami melakukan kesilapan, dan kami meminta maaf atasnya.
–
Kami tahu bahawa akan memakan masa untuk mengembalikan kepercayaan anda terhadap apa yang ingin kami capai di Arsenal tetapi kami harus jelaskan bahawa keputusan untuk menjadi sebahagian daripada Liga Super didorong oleh keinginan kami untuk melindungi Arsenal, kelab yang anda cintai, dan untuk menyokong permainan yang anda sukai melalui perpaduan dan kestabilan kewangan yang lebih besar.
–
Kestabilan sangat penting agar permainan dapat menjadi lebih maju dan kita akan terus berusaha untuk membawa keamanan yang diperlukan oleh permainan untuk terus maju.
–
Sistem perlu diperbaiki. Kita mesti bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang melindungi masa depan permainan dan memanfaatkan kekuatan bola sepak yang luar biasa untuk membuat kita berada di pinggir tempat duduk kita.
–
Akhirnya, kita tahu situasi kini sangat tidak menentu, tahun yang sangat sukar bagi kita semua.
–
Tujuan kami adalah untuk selalu membuat keputusan yang tepat untuk kelab bola sepak yang hebat ini, melindunginya untuk masa depan dan membawa kita ke hadapan. Kami tidak membuat keputusan yang tepat di sini, yang kami terima sepenuhnya.
–
Kami telah mendengar anda.
–
Lembaga Arsenal”
Panjangkan tetapi memberi inspirasi.
Chelsea
Chelsea telah dilaporkan menjadi pasukan pertama membuat U-Turn yang sensasi dan akan keluar dari pakatan European Super League serta akan terus taat setia bersama muafakat Premier League dan UEFA.
Kelab London itu kini dalam proses menyediakan dokumen untuk meminta mereka menarik diri daripada pakatan European Super League dengan serta merta mungkin kerana memikirkan nasib di final FA Cup dan separuh akhir Champions League.
BREAKING
I understand Chelsea are now preparing documentation to request withdrawing from the ESL— Dan Roan (@danroan) April 20, 2021
Berita ini hadir melalui laporan Dan Roan yang merupakan seorang wartawan sukan BBC Sports:
“Aku difahamkan Chelsea kini sedang menyiapkan dokumentasi untuk meminta penarikan diri dari European Super League (ESL),”
Penyokong Chelsea dilihat berkumpul di luar Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Brighton & Hove Albion untuk membuat protes sebagai tanda tidak menyokong idea gila pembentukan European Super League (ESL).
Club statement.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 20, 2021
Selepas penat bermain bola menentang Brighton akhirnya Chelsea secara rasmi mengumumkan penarikan diri mereka dari Super League.
“Seperti yang dilaporkan awal malam ini, Chelsea Football Club dapat mengesahkan bahawa ia telah memulai prosedur formal untuk menarik diri dari kumpulan yang mengembangkan rancangan untuk Liga Super Eropah.
–Setelah menyertai kumpulan itu hujung minggu lalu, kami sekarang mempunyai masa untuk mempertimbangkan perkara ini sepenuhnya dan telah memutuskan bahawa penyertaan berterusan kami dalam rancangan ini tidak akan menjadi kepentingan terbaik Kelab, penyokong kami atau komuniti bola sepak yang lebih luas.”