Sepanyol dan Portugal mengumumkan tawaran untuk menjadi tuan rumah bersama untuk Piala Dunia 2030 ketika Aymeric Laporte membuat permulaan pertama untuk pasukan Luis Enrique setelah beralih arah dari Perancis.
Pemain dari kedua belah pihak bergambar sambil bergandingan bahu dengan memakai t-shirt untuk mengumumkan tawaran bersama negara-negara Iberia (Iberia Nations) menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling agung di dunia.
Terdapat beberapa negara Eropah yang menjadi sebahagian dari Semenanjung Iberia. Yang terbesar adalah Sepanyol, yang merangkumi sekitar 79% semenanjung. Negara lain di rantau ini adalah Portugal, Perancis, Andorra, dan Gibraltar. Mereka inilah digelar Iberia Nations.
Laporte telah dimasukkan dalam skuad Enrique untuk Euro 2020 setelah berjanji setia kepada negara Sepanyol selepas bertahun-tahun diabaikan oleh Didier Deschamps.
Perlawanan antara Sepanyol dan Portugal ini dilangsungkan dihadapan 15,000 orang penyokong dan perlawanan pertama Sepanyol dihadiri oleh penyokong sejak wabak melanda.
Portugal terlebih dahulu didepan pada minit ke-23 selepas tadukan Jose Fonte berjaya menewaskan Unai Simon, namun gol tersebut dibatalkan kerana Pau Torres dikasari.
Separuh masa kedua menyaksikan, Sepanyol beraksi lebih baik namun peluang disia-siakan oleh Alvaro Morata dan Pablo Sarabia.
Rui Patricio menjadi penyelamat Portugal apabila telah menafikan percubaan jarak dekat yang dilakukan oleh Ferran Torres ketika perlawanan berbaki dua minit.
Morata will never disappoint you 😂 pic.twitter.com/5uQq5Tuzuz
— Disasterclass in Football (@equalizersport) June 4, 2021
Morata miss vs Portugal @ProdigyA14 @Alex_Brkt @DamianPerez_100 @Levantino098 @Steffonfcb @havehopehut @blackbaloteli75 @Red9248 this MF again pic.twitter.com/7ALNCRVyjT
— SergioCoentrao🔥🐐 (@Sergiocoentrao) June 4, 2021
Alvaro Morata terus menjadi Alvaro Morata, selepas membazirkan banyak peluang tiga empat peluang juga, beliau telah membuat percubaan ke palang bukan ke dalam gawang ketika minit akhir perlawanan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan selepas perlawanan pasukan Sepanyol dan Morata telah diboo oleh penyokong sendiri.
Malah mereka juga menyanyikan lagu khas untuk Morata yang berbunyi, “Morata, how bad you are!”
Spain: Simon, Marcos Llorente, Laporte, Pau Torres, Gaya, Thiago, Busquets, Fabian, Sarabia, Morata, Ferran Torres.
Subs: de Gea, Azpilicueta, Diego Llorente, Koke, Gerard, Garcia, Rodri, Jordi Alba, Olmo, Oyarzabal, Gonzalez, Sanchez.
Portugal: Rui Patricio, Nelson Semedo, Pepe, Fonte, Guerreiro, Sergio Oliveira, Danilo Pereira, Sanches, Ronaldo, Joao Felix, Jota.
Subs: Lopes, Joao Moutinho, Andre Silva, Bruno Fernandes, William Carvalho, Rafa Silva, Neves, Goncalves, Nuno Mendes, Joao Palhinha, Rui Silva.
Referee: Craig Pawson (Dear old Blighty).