Juara Piala Dunia 2018, Perancis turun untuk perlawanan pemanas badan mereka yang terakhir sebelum Euro 2020 akan membuka tirainya dengan menentang pasukan Bulgaria.
Tiada masalah untuk Perancis menewaskan Bulgaria dengan jaringan gol tanpa balas dengan kualiti yang ada pada pemain mereka kini.
Namun apa yang menjadi masalah adalah kecederaan yang dialami oleh Karim Benzema yang terpaksa keluar pada separuh masa pertama.
6 – Olivier Giroud in 2020/21:
4 goals in 17 Premier League games with @ChelseaFC
6 goals in 11 games with France
Paradox. @OptaJoe pic.twitter.com/mcM4grvtUI
— OptaJean (@OptaJean) June 8, 2021
Perancis bermula baik dan menguasai perlawanan sepenuhnya, hantaran Karim Benzema kepada Kylian Mbappe hampir membuahkan gol pembukaan namun telah diselamatkan penjaga gol Bulgaria, Daniel Naumov.
Tidak lama selepas itu, Antoine Griezman meletakkan Perancis dihadapan pada minit k-29 dan gol terhasil melalui satu tendangan akrobatik.
Gol lipatan padu maut Griezman hanya mampu dilihat sahaja oleh Daniel Naumov yang kelihatan terkesima.
GRIEZMANN WENT FOR THE SPECTACULAR 👏 pic.twitter.com/JhuY0VEu2e
— ESPN FC (@ESPNFC) June 8, 2021
Gol berpunca daripada percubaan Kylian Mbappe yang terkena kaki pemain Bulgaria dan bola melambung ke arah Griezmann yang terus melipat.
Keras kejung dan terkesima wajah Bozhidar Kraev menyaksikan lipatan akrobatik Grieman itu menerjah gawang.
Berkerut dahi member boleh tengok jela.
His face after Griezmann’s acrobatic goal 😑 pic.twitter.com/00v0rNGe77
— B/R Football (@brfootball) June 8, 2021
Antoine Griezmann merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.
Michael Platini telah menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan untuk Perancis dan menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu edisi Euro.
Dengan sembilan gol itu telah menjadikan Platini penjaring gol terbanyak Euro sepanjang zaman sebelum disamakan oleh Cristiano Ronaldo pada 2016.
Benzema asks to be subbed off due to an injury 😔 pic.twitter.com/CC4oLuNfoe
— ESPN FC (@ESPNFC) June 8, 2021
Pada minit ke-41 Karim Benzema telah dikeluarkan dan Olivier Giroud masuk selepas Benzema mengalami kecederaan di paha. Go-Kart ganti F1.
Daniel Naumov tidak terkesima lagi selepas ketinggalan apabila berjaya menyelamatkan percubaaan Griezmann dari satu gerakan berpasukan yang sungguh lancar sebelum tamat separuh masa pertama.
Perancis terus menguasai perlawanan namun gol gagal digandakan sehinggalah pada minit ke-83.
Olivier Giroud delivers for France once again 😏🇫🇷 pic.twitter.com/AnDhWLPEPv
— ESPN FC (@ESPNFC) June 8, 2021
Olivier Giroud menjaringkan gol yang sangat sinonim dengan dirinya melalui satu tolakan licik menyempurnakan hantaran Benjamin Pavard. Daniel Naumov tertewas lagi.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Olivier Giroud telah melengkapkan kemenangan 3-0 Perancis melalui satu tolakan mudah.
Kali ini hantaran cantik Wissam Ben Yedder mudah ditolak Giroud.
Giroud with a brace 👏
Striker competition? 👀 pic.twitter.com/FOWWFfQ9Dy
— ESPN FC (@ESPNFC) June 8, 2021
Kecederaan yang dialami oleh Benzema mungkin tidak serius kerana dilihat bersembang dan tersenyum girang bersama Mbappe dibangku simpanan.
Kylian Mbappe dalam prestasi terbaik membawa cabaran di Euro apabila telah melakukan 6 percubaan dan empat daripadanya percubaan tepat.
Mbappe juga telah mencipta lima key passes dan dilandasan terbaik membaca cabaran Perancis.
Perancis Line-up: 1 Lloris (c); 2 Pavard, 4 Varane, 3 Kimpembe, 21 Hernandez; 13 Kante, 6 Pogba, 12 Tolisso, 7 Griezmann; 10 Mbappe, 19 Benzema
Subs: 16 Mandanda, 23 Maignan, 5 Lenglet, 8 Lemar, 9 Giroud, 11 Dembele, 15 Zouma, 17 Sissoko, 18 Digne, 22 Ben Yedder, 24 Dubois, 25 Kounde
Bulgaria Line-up: 1 Naumov; 2 Turitsov, 25 Hristov, 4 Antov, 15 Bozhikov (c); 12 I Iliev, 18 Chochev, 10 Kraev, 7 Yankov; 11 Despodov, 19 A Iliev
Subs: 13 Mihaylov, 23 Karadzhov, 3 Hristov, 6 Karagaren, 8 Vutov, 9 Galabinov, 17 Kotev, 20 D Illiev, 21 Tsvetanov, 22 Vitanov, 24 Karabelyov, 26 Minchev