Bekas pengurus Tottenham Hotspur telah menyerang Gareth Bale dan mendakwa bekas pemainnya itu hanya mampu menjaringkan gol ketika menentang pasukan yang lemah sahaja.
Jose Mourinho tanpa beralas lagi telah mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan Gareth Bale ketika menentang pasukan kayangan yang mendominasi liga.
Ketika menguruskan Tottenham Hotspur, Jose Mourinho jarang menurunkan Gareth Bale sebagai pemain kesebelasan utama dan kadang-kadang dimasukkan sebagai pemain gantian.
Gareth Bale membuat satu kepulangan yang dinanti buat pertama kali sejak 2013 bersama Tottenham Hotspur walaupun berstatus sebagai pemain pinjaman daripada Real Madrid.
Gareth Bale won a trophy every season from 2013/14 to 2019/20.
And then he returned to Spurs… pic.twitter.com/VYkglVnNkH
— Don Robbie (@ItsDonRobbie) June 4, 2021
Pemain kebangsaan Wales itu tidak mendapat peluang beraksi yang kerap tetapi telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sekitar bulan februari menentang Crystal Palace dan Burnley.
Jose Mourinho pada awalnya diberitakan akan kekal sehingga penamat musim telah dipecat secara mengejut pada April, enam hari sebelum perlawanan akhir Carabao Cup.
Selepas itu Mourinho terus mendapat kerja baru bersama AS Roma yang akan bermula pada musim hadapan, lama menyepi Mourinho telah memecahkan kesunyian dengan menyerang Bale.
Jose Mourinho suggests Gareth Bale went 'missing' in big games at Tottenham #THFChttps://t.co/FKmsM0s1la
— talkSPORT (@talkSPORT) June 5, 2021
Melalui tulisannya dalam ruangannya bersama Times, Mourinho menyatakan bahawa Bale tidak mampu memberi sumbangan ketika menentang pasukan besar.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wales banyak bergantung kepada Gareth Bale dan Aaron Ramsey, dua pemain paling berbakat di negara Wales.”
“Tetapi apabila aku melihat musim di kelab dan berapa banyak perlawanan Ramsey bermain di Juventus, lebih banyak kecederaan dari bermain.”
Jose Mourinho: "When we look at how many great performances Gareth Bale had and how many goals he scored against the best teams, there weren't many… or none." pic.twitter.com/MiQlblKoPd
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) June 5, 2021
Permulaan kritikan bermula dengan Ramsey dan Bale sebagai pemain paling hebat di Wales, persamaan kedua-dua pemain ini adalah kecederaan.
“Bila kita melihat kepada Gareth Bale, berapa banyak aks hebat beliau ada? Berapa banyak gol Bale jaringkan ketika menentang pasukan besar?”
“Tidak banyak atau tiada. Ini bukan satu situas yang mudah untuk negara yang tidak mempunyai banyak pilihan.”
“Tetapi mereka sentiasa tersusun dengan baik dan tahu bagaimana untuk mencipta situasi untuk mendapatkan yang terbaik daripada lebih ramai pemain berbakat.”
𝐁𝐀𝐋𝐄 🎬 𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐎𝐀𝐋𝐒
🏴 🤩 Sit back and enjoy every @GarethBale11 goal from 2020/21! #THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/3KfX9W9OXC
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) May 28, 2021
Semusim kembali bersama Tottenham Hotspur di North London, Gareth Bale telah menjaringkan 16 gol dalam tempoh itu walaupun jarang beraksi.
Dua gol ke atas Leicester City pada hari terakhir liga telah membantu Chelsea berada dalam kedudukan empat teratas dan itulah gol Bale menentang pasukan atasan.
Bale telah menjaringkan gol menentang Stoke City dan Wycombe Wanderers di piala domestik dan meledak gol menentang LASK dan Wolfsberger di Europa League.
Maka diikutkan kepada tuduhan Mourinho ini adalah benar, Gareth Bale tidak mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik menentang pasukan besar.
Bale in the Premier League under Mourinho: 5 goals, 6 starts
Bale in the Premier League under Ryan Mason: 6 goals, 4 starts #WAL https://t.co/rONHfLIyxC
— Sam Dean (@SamJDean) June 5, 2021
Kritikan pedas Mourinho ini mungkin merupakan satu serangan balas perlahan ke atas Bale yang telah mengkritik cara pengurusan Mourinho yang telah dipecat.
Selepas Mourinho dipecat, Bale telah ditanya apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh Spurs untuk terus berkembang. Ini jawapan Bale:
“Hanya perlu bermain lebih menyerang sahaja. Kami mahu menyerang, kami pasukan besar, kami mempunyai pemain yang hebat.”
“Team-talk yang sangat baik pada separuh masa pertama, kami keluar untuk separuh masa kedua dan bermain dengan sangat baik.”
🗣 "Very good team talk at half-time."
Gareth Bale reacts to winning in the first game under interim manager Ryan Mason pic.twitter.com/RGUWOT2xyJ
— Football Daily (@footballdaily) April 21, 2021
Kata-kata Bale itu sangat bermotivasi namun Spurs telah menamatkan musim ditempat ketujuh walaupun pada awal musim pernah di puncak untuk tempoh beberapa jam.
Harry Kane telah menjadi pemenangn kasut emas selaku penjaring terbanyak di Premier League musim ini dan gandingan Harry Kane dan Son Heung Min merupakan duo yang idaman semua pasukan.
Namun kesudahannya Spurs terus mandul dan Harry Kane sebelum ini memberi tempoh tiga tahun untuk kekal bagi mengecap piala tidak kesampaian.
Kane kini hanya menanti hari untuk berpindah ke pasukan yang mampu memberikannya piala.