Pengurus England, Gareth Southgate dilaporkan akan namakan 55 pemain untuk senarai awal atau skuad sementara Piala Dunia 2022 sebelum menyisihkan pemain sehingga tinggal untuk senarai akhir.
Ini menjadikan Gareth Southgate hanya mempunyai masa kurang sebulan sahaja untuk menyediakan senarai akhir 26 pemain ke kejohanan paling agung itu.
Daripada Trent Alexander-Arnold dan James Maddison kepada Callum Wilson dan penyerang Brighton Danny Welbeck, yang disebut-sebut akan disenaraikan dalam skuad Three Lions pada bulan November.
Perbincangan mengenai pemain tertentu terus mencetuskan perdebatan dengan persaingan yang wujud. Tetapi akhirnya, keputusan muktamad terletak pada Gareth Southgate.
🔔 | England manager Gareth Southgate to name 55-man provisional squad for World Cup https://t.co/E4adMrdLIN
— SPORTbible News (@SportBibleNews) October 19, 2022
Beberapa pemain yang menjadi tonggak England sebelum ini seperti Marcus Rashford, Harry Maguire dan Jadon Sancho serta Dominic Calvert-Lewin tidak berada diprestasi terbaik disebabkan kecederaan dan seperti sudah tidak pandai main bola sepak.
Sehingga kini masih tidak jelas bayangan pemain yang akan dibawa Soutgate ke Piala Dunia selepas aksi tidak meyakinkan dengan skuad eksperimen di UEFA Nations League (UNL).
Ini merupakan satu proses yang normal sebelum suatu kejohanan besar di mana pada 21 Oktober, skuad sementara atau senarai awal mesti diserahkan kepada FIFA yang melibatkan bilangan besar pemain minima 35 orang dan maksima 55 orang.
Southgate dijangka akan memilih untuk memaksimumkan kuota itu dan memilih 55 pemain, menurut The Telegraph, yang mencadangkan pemain sayap Crystal Palace yang bagus, Eberechi Eze akan berada dalam senarai ini.
MOKBEL: Crystal Palace star Eberechi Eze set to be named in Gareth Southgate's extended England squad of 55 PLAYERS for the World Cup | @SamiMokbel81_DM https://t.co/DkBpBy4zsn pic.twitter.com/ZI733uhUxU
— MailOnline Sport (@MailSport) October 19, 2022
Namun Eze yang menjaringkan gol untuk Eagles dalam pertembungan Liga Perdana menentang Wolves pada Selasa, hanya akan menyertai skuad 26 pemain jika terdapat banyak kecederaan pada bakat serangan England.
Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez mungkin akan dimasukkan ke dalam skuad sementara, begitu juga dengan pemain Chelsea Ruben Loftus-Cheek dan pemain yang cedera, Kyle Walker dan Reece James.
Jika bilangan maksima akan digunakan Southgate ini bermakna lima pemain dari setiap posisi akan disenaraikan dan jika mengikut kepala Soutgate mungkin 15-20 right akan disenaraikan.
Ada baik dan buruknya jika senarai awal ini digunakan sehingga tahap maksima yang boleh mewujudkan pandangan bahawa Southgate masih tidak jelas dengan pemain pilihannya.
🚨 NEW: Gareth Southgate will monitor the performances of Joe Gomez with hopes of gatecrashing England’s World Cup squad. #lfc [paul joyce – times] pic.twitter.com/Ti620V5TIr
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 19, 2022
Namun dengan bilangan pemain yang banyak juga akan memberi lebih pilihan dengan liga masih lagi berjalan.
Senarai akhir 26 pemain yang dimuktamadkan dan akan dibawa ke Piala Dunia perlu diserahkan dan diumumkan kepada semua pada 10 November 2022.
Perdebatan pasti akan terjadi apabila senarai awal didedahkan dan panas membara apabila senarai akhir dimuktamadkan kerana setiap insan ada calon pilihannya sendiri.
Sementara itu, pengurus Roma, Jose Mourinho, percaya bahawa Southgate harus memanggil semula Chris Smalling ke skuad England menjelang kejohanan musim sejuk ini.
Gareth Southgate will submit his 55-player preliminary England World Cup squad to FIFA tomorrow. It won’t be made public. Final 26-man squad will be submitted and publicly announced on Thursday 10 November. Premier League pauses 13th, players meet at SGP 14th, fly to Qatar 15th
— Dom Smith (@MrDomSmith) October 19, 2022
Dan selepas membuat 110 penampilan dalam tempoh tiga tahun di Stadio Olimpico, Mourinho berpendapat bek tengah itu berhak mendapat peluang kedua dalam skuad Three Lions selepas menyerlahkan kepelbagaian beliau bermain dengan tiga bek.
Bercakap selepas kemenangan 1-0 Roma ke atas Sampdoria pada hari Isnin, Mourinho memberitahu wartawan:
“Dia diajar untuk bermain dalam sistem pertahanan dua pemain di Manchester, tetapi kini dia mempunyai kepintaran yang sempurna untuk bermain di barisan belakang dengan tiga pemain.
Jose Mourinho believes Gareth Southgate should consider recalling Chris Smalling for England ahead of the World Cup. pic.twitter.com/tpV419ofGJ
— SPORTbible (@sportbible) October 18, 2022
“Jika saya menjadi jurulatih pasukan kebangsaan, saya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seseorang seperti dia.”
“Saya tidak fikir ia adalah kekurangan rasa hormat kepada Gareth Southgate apabila saya mengatakan bahawa saya amat kesal dengan pemain yang bermain di peringkat tinggi seperti Smalling tidak akan mendapat peluang yang sepatutnya.”
Jose Mourinho antara terawal yang melobi untuk pemainnya disenaraikan kerana dia merasakan Chris Smalling layak dengan prestasi semasa.