Gareth Southgate bersedia untuk membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utamanya untuk aksi peringkat suku akhir bertemu Ukraine awal pagi esok.
England akan turun bertemu Ukraine di peringkat suku akhir saingan Euro 2020 awal pagi esok, dan mereka tentunya akan turun dengan segala yang mereka ada untuk memenangi perlawanan tersebut.
The Three Lions berjaya menewaskan Jerman buat pertama kalinya di peringkat kalah mati sejak 55 tahun yang lalu, di pusingan 16 terbaik sebelum ini.
Sancho has been a Premier League player for two days & has suddenly become good enough for Southgate… https://t.co/1QAb93qhaV
— ً (@utdrobbo) July 2, 2021
Gol jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane berjaya membantu England untuk menyingkirkan Jerman dari kejohanan ini seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka di peringkat suku akhir.
England sering bermain dengan menggunakan tiga pertahanan, namun Daily Mail melaporkan bahawa Gareth Southgate akan menggunakan sistem back four untuk aksi di Rome nanti.
Ia kerana Kieran Trippier akan direhatkan terlebih dahulu memandangkan pemain Atletico Madrid itu sedang dibelenggu masalah kecederaan.
Ekoran dari itu, berkemungkinan Jadon Sancho akan diturunkan buat pertama kalinya dalam kejohanan ini sebagai kesebelasan utama.
Bintang Borussia Dortmund itu agak sukar untuk mendapatkan minit permainan di kejohanan Euro 2020 ini, dengan beliau sering diabaikan oleh pengurus pasukan.
🗞 Gareth Southgate is set to move to a more attacking back four formation for #ENG's Saturday night quarter-final against #UKR, and as Bukayo Saka has a “slight knock”, Jadon Sancho could be in line for his first start of #EURO2020 [@TeleFootball] pic.twitter.com/bDDn603nB6
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 2, 2021
Bakal pemain sayap Manchester United itu hanya sempat merasa untuk beraksi selama enam minit sahaja dalan kejohanan ini ketika aksi kemenangan bertemu Czech Republic di peringkat kumpulan.
Namun begitu, beliau dikatakan akan diturunkan dalam aksi perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadio Olimpico nanti selepas bintang Arsenal, Bukayo Saka terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Saka telah diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk skuad kebangsaan England sejak dua perlawanan terakhir mereka.
Saka diturunkan kerana beliau menggantikan tempat Mason Mount yang direhatkan kerana beliau merupakan kontak rapat kepada Billy Gilmour yang disahkan positif C0V-19.
Gareth Southgate considers England formation change amid criticism over Jadon Sancho snubhttps://t.co/wKPLvlI15K pic.twitter.com/00vBbmoQLC
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 25, 2021
Mount walau bagaimanapun dikatakan sudah kembali menyertai skuad kebangsaan England dan beliau juga sudah boleh diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan selepas ini.
Penjaring gol England, Raheem Sterling dan Harry Kane sepertinya akan tetap kekal dalam kesebelasan utama bersama Luke Shaw, Kyle Walker dan John Stones.
Harry Maguire, Declan Rice dan Kalvin Phillips kesemuanya ada menyimpan satu kad kuning ketika ini, namun begitu mereka dilaporkan akan tetap diturunkan sebagai kesebelasan utama bertemu Ukraine nanti.
Jose Mourinho sebelum ini pernah mencadangkan kepada Gareth Southgate supaya merehatkan terlebih dahulu kesemua tiga pemain itu, namun sepertinya pengurus England itu tidak akan mengikut nasihat dari pengurus Roma itu.
Jadon Sancho is in line for his first #Euro2020 start against Ukraine tomorrow. #MUFC [Telegraph]
— mufcmpb (@mufcMPB) July 2, 2021
“Saya sendiri pernah menyimpan kad kuning ketika turun beraksi bertemu Jerman di peringkat separuh akhir Euro 96, dan saya mungkin akan diketepikan pada aksi perlawanan akhir jika kami mara atau saya kutip satu lagi kad kuning dalam perlawanan tersebut.”
Jelas Southgate dalam sesi sidang media sebelum aksi bertemu Ukraine.
“Kamu perlu ada komitmen yang sama kerana jika kamu tidak mahu, maka kita tak akan pergi ke peringkat separuh akhir.”
Will Gareth Southgate start Jadon Sancho at #EURO2020 now that a deal has been agreed between Borussia Dortmund and Manchester United?
'He has to.' – @donhutch4 🗣
New Daily Euros podcast available on @BBCSounds now ⤵️#bbcfootball #ENG #ENGUKR #MUFC
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) July 1, 2021
“Kamu mesti perlu komited, elakkan kad kuning tidak perlu jika boleh, tapi kamu mesti terima jika berlaku sesuatu yang kamu tak inginkan.”
England tentunya akan berusaha sehabis daya mereka untuk memenangi kejuaraan pertama mereka sejak berdekad dahulu dengan mereka kini merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Euro 2020.
Para peminat tentunya sudah tidak sabar untuk melihat Jadon Sancho diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam skuad kendalian Gareth Southgate.
Mampukah Sancho memberi impak seperti yang diharapkan oleh para peminat seandainya beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama nanti?
Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SB