Gareth Southgate dan Encik Raheem Bakal Menerima Pingat Kesatria Dari Istana Jika Menang Euro

Selepas membawa England ke pentas final buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun, Gareth Southgate akan dikurniakan pingat kesatriaan daripada istana Britain, bersama-sama beberapa pemain lain termasuk Encik Raheem Sterling.

Dalam perlawanan separuh akhir lalu, England tewaskan Denmark 2-1 di Stadium Wembley, sekaligus menempah tiket pertemuan dengan Itali pada hari Ahad nanti.

Sepanjang kejohanan ini, Southgate telah membuktikan dia mempunyai kebolehan dan kemampuan taktikal yang bersesuaian dengan perlawanan selepas berjaya menumbangkan pasukan seperti Croatia, Jerman dan Ukraine, dengan ditunjangi pemain yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi seperti Harry Maguire, Harry Kane dan Jordan Henderson.

Encik Raheem Sterling pula setakat ini muncul sebagai pemain England yang paling cemerlang dari segi statistik, selepas dia menjaringkan tiga gol dan berjaya memenangi yang membawa kepada gol kemenangan England pada pentas separuh akhir tempoh hari.

Memetik laporan daripada Politico, terdapat khabar angin di negara baginda ratu tersebut jika England berjaya menumpaskan tentera Rom pada hari Ahad nanti, Southgate akan menerima pangkat dari istana, termasuk pemain seperti Encik Raheem Sterling yang sudahpun mempunyai MBE setakat ini.

Tapi kalau kalah pun, mereka tetap akan mendapat anugerah kesatriaan tersebut.

Seperti di Malaysia, pangkat kesatriaan akan diberikan kepada ahli sukan yang cemerlang, dan kita boleh lihat ramai atlet atau bekas atlet yang mendapat pingat.

Ong Kim Swee telah dikurniakan pingat Darjah Seri Melaka sekaligus membolehkannya bergelar Datuk selepas berjaya memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA 201. Begitu juga K. Rajagobal, di mana dia dikurniakan Pingat Jasa Negara yang juga membawa kepada gelaran Datuk selepas membawa pulang Piala AFF buat kali pertama pada tahun 2010.

Dalam badminton pula, Lee Chong Wei telah dikurniakan banyak pingat seperti PIngat Jasa Negara, Darjah Bakti, Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Darjah Seri Pangkuan Negeri (Pulau Pinang) dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (yang membawa kepada gelaran Datuk Wira).

Itu di Malaysia lah.

Kalau di United Kingdom, mereka yang cemerlang di dalam bidang sukan turut diberikan pingat di atas jasa mereka dan anugerah ini hanya diberikan kepada warganegara United Kingdom sahaja. Jadi kita memang tidak akan lihat Shah Rukh Khan diberikan gelaran Sir di UK.

Lagi pula, memandangkan mereka hanya mempunyai satu sahaja Raja/Ratu di sana, maka pemilihan untuk pengurniaan pingat ini sangatlah selektif dan tidak ramai yang mempuyai gelaran Sir atau Dame – bagi perempuan.

Susunan pingat kesatriaan di UK adalah seperti berikut:

GBE – Komander Satria Tertinggi dalam Pingat Cemerlang (Knight/Dame Grand Cross of Most of Excellent Order)
KBE/DBE – Komander Satria dalam Pingat Cemerlang (Knight/Dame of Most Excellent Order)
CBE – Komander dalam Pingat Cemerlang (Commander of Most Excellent Order)
OBE – Pegawai dalam Pingat Cemerlang (Officer of Most Excellent Order)
MBE – Ahli dalam Pingat Cemerlang (Member of Most Excellent Order)

Kalau seseorang itu diberikan pingat MBE atau OBE, selalunya ia tidak membawa kepada gelaran Sir/Dame kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada mereka yang disentuh bahunya dengan pedang oleh baginda ratu.

Rasanya betul dah terjemahan kat atas tu. Kalau silap sikit minta maaf lah ye.

Dalam bola sepak, ada beberapa insan yang telah diberi pingat kesatriaan, selalunya MBE atau OBE lah. Contohnya seperti di bawah;

Sir Alex Ferguson (OBE dan CBE) – Cemerlang sebagai pengurus bola sepak terbaik di Britain

Sir Kenny Dalglish (MBE) – Cemerlang sebagai pemain dan pengurus bola sepak di Britain

Peter Shilton (OBE dan MBE) – cemerlang sebagai pemain bola sepak

Don Revie (OBE) – Cemerlang sebagai pengurus bola sepak

Frank Lampard (OBE) – Cemerlang sebagai pemain bola sepak

Bill Shankly(OBE) – Cemerlang sebagai pengurus bola sepak

Gareth Souhtgate (OBE) – Cemerlang sebagai pengurus bola sepak

Harry Kane (MBE) – Sumbangan dalam bola sepak

Marcus Rashford (OBE) – Sumbangan dalam bola sepak dan kebaikan

Jordan Henderseon (MBE) – Sumbangan dalam bola sepak dan kebajikan

Raheem Sterling (MBE) – Sumbangan dalam memperjuangkan membendung perkauman

Rujukan : WIkipedia. SB

BACA:  Young Yakin Rashford Bakal Tonjolkan Potensi Sebenar Di Piala Dunia