Gareth Southgate Dedah Senarai Skuad England Untuk Aksi Nations League

Gareth Southgate akhirnya menurut permintaan para penyokong England dengan menyenaraikan nama Fikayo Tomori dalam skuad terbarunya.

Pengurus skuad The Three Liones itu telah menyenaraikan nama Fikayo Tomori dan Jarrod Bowen dalam senarai skuad terbarunya menjelang aksi Nations League pada musim panas nanti.

Menjelang bermulanya saingan Piala Dunia Qatar nanti, Gareth Southgate sepertinya sangat sibuk dalam menyediakan skuad terbaiknya untuk ke kejohanan terbesar dalam dunia bola sepak itu.

England dijadualkan untuk bertemu Hungary, Jerman dan Itali dalam tempoh tiga minggu dan kumpulan ini dianggap kumpulan paling sukar dalam saingan League A.

Gareth Southgate tentunya perlu menyediakan skuad terbaiknya menjelang musim sejuk nanti untuk aksi kejohanan yang akan dilangsungkan di Timur Tengah itu.

Untuk mendapatkan formula terbaik, beliau jelas sekali perlu menyediakan ramuan yang mantap dan kerana itulah pertandingan seperti Nations League sangat penting untuknya.

Melihat nama Jarrod Bowen dipanggil sebenarnya tidak mengejutkan sama sekali kerana beliau sememangnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang musim ini.

Aksi hebat beliau bersama West Ham United berjaya membantu The Hammers untuk layak hingga ke peringkat separuh akhir saingan Europa League musim ini.

Beliau sebenarnya sudah tersenarai untuk skuad pada Mac lalu, namun namanya digugurkan kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain penyerang berusia 25 tahun yang turut dikaitkan dengan bakal menyertai Liverpool pada awal musim lalu itu, walau bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk sertai skuad senior England.

Oleh yang demikian, beliau kini berpeluang untuk membuktikan sesuatu dan memastikan namanya akan terus kekal ada dalam skuad hingga ke aksi Piala Dunia nanti.

Tomori pula sementara itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama AC Milan dan para peminat sendiri sememangnya sangat berharap beliau diberi peluang untuk sertai skuad England.

Sejak beberapa aksi antarabangsa sebelum ini, nama beliau sering diketepikan oleh Gareth Southgate dan ramai peminat yang bersuara tentang hal tersebut.

Musim ini, aksi hebat beliau sepertinya telah membantu AC Milan untuk menjuarai saingan Scudetto pertama mereka dalam tempoh 11 tahun terakhir ini.

Seandainya nama beliau masih tidak disenaraikan dan Maguire kekal dipanggil, jelas sekali Southgate bakal teruk dihentam oleh para peminat.

Dari beberapa bulan kebelakangan ini lagi Southgate sudah teruk dihina, dicaci, dimaki oleh para peminat kerana menaruh kepercayaan kepada Harry Maguire berbanding Tomori.

Kini kedua-dua Tomori dan Maguire turut tersenarai dan jelas sekali peminat tidak begitu bengang asal saja nama bintang AC Milan itu tersenarai.

Marc Guehi turut sekali lagi dipanggil selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan bersama Crystal Palace sepanjang musim ini.

Skuad pilihan Gareth Southgate kali ini dilihat lebih meyakinkan dan jelas sekali beliau bakal mampu menyediakan skuad terbaiknya menjelang aksi Piala Dunia nanti.

Dengan bakat-bakat hebat yang beliau miliki, tidak hairanlah mengapa England dianggap sebagai calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia di Qatar nanti.

Mereka gagal untuk melakukannya ketika di kejohanan Euro 2020 selepas tewas di tangan Itali, dan tentunya para peminat akan sangat berharap Southgate akan memimpin anak-anak buahnya untuk memenangi saingan Piala Dunia tahun ini.

Berjaya atau tidak bergantung juga kepada apa yang dipersembahkan oleh para pemain dan bagaimana perancangan Southgate untuk menggunakan bakat-bakat hebat yang beliau miliki.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Southgate: Rashford Ada Potensi Capai Tahap Ronaldo