Ini Yang Grealish Katakan Pada Southgate Selepas Beliau Dikeluarkan Ketika Aksi Bertemu Denmark

Gareth Southgate telah mendedahkan bagaimana reaksi Jack Grealish ketika beliau dikeluarkan walau walau baru saja dimasukkan sebagai pemain gantian.

Jack Grealish awalya dibawa masuk untuk menggantikan Bukayo Saka pada aksi babak kedua permainan dalam perlawanan peringkat separuh akhir bertemu Denmark sebelum ini.

Beliau bermain dengan agak baik sepanjang tempoh berada di atas padang, namun telah dikeluarkan ketika perlawanan masuk ke masa tambahan.

Sebaik England berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk mendahului Denmark 2-1, Southgate dengan segera mengeluarkan Grealish untuk membawa masuk Kieran Trippier.

Para peminat dan penyampai sendiri berasa keliru tentang mengapa pengurus England itu mengeluarkan Grealish yang baru saja 35 minit berada di atas padang.

Walau bagaimanapun, Southgate ketika ditanya tentang hal tersebut dalam sesi sidang medianya selepas tamat perlawanan, beliau mendedahkan tentang mengapa beliau memutuskan untuk mengeluarkan ketua pasukan Aston Villa itu.

“Raheem Sterling bermain dengan sangat bagus sepanjang perlawanan jadi saya ketika itu harus memilih sama ada mahu keluarkan Jack (Grealish) atau Foden.”

Jelas Southgate.

Grealish ketika beliau dikeluarkan, beliau telah memberitahu Southgate bahawa:

“Boss.. tak ada masalah, saya tak terganggu, kita sudah mara ke perlawanan akhir.”

Southgate kemudian turut mendedahkan yang:

“Grealish sememangnya memberikan impak yang sangat positif sepanjang perlawanan itu dan impak yang beliau bawa adalah impak yang memang diharapkan oleh pemain lain di atas padang.”

Roy Keane dan Gary Neville menganggap Southgate merupakan seorang pengurus yang sangat berani dalam membuat keputusan di waktu yang tenat seperti itu.

Ian Wright turut menambah bahawa:

“Saya boleh rasa apa yang Jack Grealish rasa, ini merupakan pertandingan yang sangat beliau impikan untuk terlibat sama, dia jarang diberikan kesempatan untuk bermain. Tapi untuk dikeluarkan seperti itu tentunya sukar, dikeluarkan selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian, ia bukan hal yang baik.”

Walau bagaimanapun, Southgate sendiri sudah mengesahkan yang Grealish sebenarnya sangat gembira selepas beliau turut memainkan peranan dalam membantu pasukannya untuk menang dalam perlawanan tersebut.

Ketika sebelum para pemain masuk ke padang untuk aksi tambahan masa, Gareth Southgate telah memberikan anak-anak buahnya moral booster dengan memberi kata-kata yang sungguh berinspirasi.

Bintang England, Kieran Trippier telah mendedahkan apa sebenarnya yang dikatakan oleh Gareth Southgate kepada para pemainnya ketika itu.

Southgate mengumpulkan anak-anak buahnya di tepi padang sebelum bermula aksi tambahan masa untuk memberi inspirasi agar anak-anak buahnya berjaya dapatkan jaringan yang akan membawa England ke perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Trippier mendedahkan yang Southgate menyuruh anak-anak buahnya untuk lebih berani dan turut meminta semua pemain supaya bertenang untuk mencari gol kemenangan yang akan melayakan mereka ke aksi perlawanan akhir.

Trippier menjelaskan kepada The Guardian bahawa:

“Dia ketika itu kata, ‘kita berada di kedudukan yang baik, kita sudah bermain dengan baik, ia hanya tentang bagaimana kita perlu tenang ketika ada dan tiada bola.”

“Dan terus kekal lakukan apa yang sedang kita lakukan. Kita ada pasukan yang hebat dan Southgate telah menunjukkan sikap yang sangat positif seperti apa yang sering beliau tunjukkan.”

“Banyakkan bertenang dan peluang untuk kamu akan datang’. Apa yang dia kata semua tu betul. ‘Kawal bola dengan baik. Teruskan bertenang kerana peluang akan datang sendiri. Dan jangan ada perasaan takut.”

Skuad kendalian Gareth Southgate kini sedang berusaha untuk mencatat nama mereka dalam lipatan sejarah bola sepak England sebagai skuad pertama yang memenangi gelaran European Championship.

Mereka juga bakal memenuhi impian dan harapan seluruh rakyat England yang sudah bertahun-tahun menyanyikan lagu it’s coming home tapi skuad The Three Lions gagal untuk lakukannya.

Grealish Dan Southgate

Kali ini, mereka hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk mencapai matlamat itu dan lebih manis lagi, jika mereka menang, England akan menjulang Piala tersebut di tanah air mereka sendiri.

Para peminat sudah tidak sabar untuk menunggu hari perlawanan nanti dengan dijangkakan seramai 90,000 penyokong yang akan hadir ke Wembley untuk menonton perlawanan tersebut secara langsung nanti.

Para penyokong England ketika ini sangat berharap taktikal Southgate untuk aksi perlawanan akhir bertemu Itali nanti akan membuahkan hasil.

Tentunya seluruh warga England sangat berharap untuk melihat The Three Lions menjulang Piala idaman mereka itu di bumi Wembley.

Sumber: SB

The Independent

BACA:  Jack Grealish Dan Kekasihnya Terpaksa Meninggalkan Kediaman Mereka Di Manchester