Gavi Tolak Tawaran Baru Dari Barcelona

Liverpool kini semakin berpotensi untuk menandatangani Gavi dari Barcelona selepas bintang muda itu menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama Barca.

Memandangkan Gavi meminta gaji empat kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Barca, maka gergasi Catalan itu pada ketika ini sepertinya sudah pasrah akan kehilangan pemain berbakat mereka itu.

Gavi merupakan antara pemain muda paling berbakat dalam dunia bola sepak hari ini, dan beliau juga dianggap sebagai calon pemain terhebat dunia di masa hadapan.

Beliau dikatakan bakal menjadi pemain harapan Barcelona kerana potensi dan kemampuan menakjubkan yang beliau miliki.

Persembahan beliau bersama Barcelona pada musim ini telah membuktikan yang Gavi sememangnya ada potensi untuk menjadi ‘sesuatu’ di masa hadapan.

Gandingan mantap beliau bersama Pedri menyebabkan Barca yakin dengan barisan midfield yang mereka miliki dan kerana itu jugalah mereka tiada masalah untuk melepaskan Frenkie De Jong.

Bintang Belanda itu pada ketika ini sedang dipancing oleh Manchester United yang sudahpun menghantar bidaan rasmi kepada Man Utd untuk mendapatkan khidmatnya.

Menjual De Jong sedikit sebanyak akan membantu Barcelona untuk mendapatkan dana tambahan dan menstabilkan semula kedudukan ekonomi mereka.

Walau bagaimanapun, masalah besar untuk Barca pada ketika ini adalah Liverpool juga turut sedang memantau perkembangan Gavi.

Dengan klausa perlepasan beliau bernilai £43 juta itu dianggap sangat rendah, Liverpool sepertinya tiada masalah untuk memulakan rundingan dan memujuk Gavi agar ke Anfield.

Barca tidak mahu membayar Gavi mengikut jumlah yang beliau minta, namun mereka mendesak pemain muda itu untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Barca akan memasukkan klausa perlepasan bernilai £860 juta dalam kontrak Gavi dan tujuan mereka melakukan itu adalah untuk memastikan tiada kelab yang akan memanfaatkan situasi dan merampas bintang muda mereka itu dengan nilai yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun juga, sebelum Gavi bersetuju untuk menandatangani kontrak baru, Liverpool sepertinya masih boleh sailang pemain muda itu dari menerima kontrak baru bersama Barca.

Menurut sumber laporan dari FCB World, Barcelona telah menawarkan gaji €2 juta semusim untuk Gavi namun bintang muda itu menolak untuk menerima tawaran tersebut.

Gavi meminta agar Barcelona menaikkan tawaran kepada €4 juta semusim berbanding €2 juta yang mereka tawarkan itu.

Beliau pada ketika ini menerima pendapatan bernilai €1 juta semusim dan Gavi mahu gajinya dinaikkan empat kali ganda kepada €4 juta pada tahun pertama kontrak barunya.

Rundingan itu seterusnya akan naik kepada €5 juta pada musim kedua dan €6 juta pada musim ketiga sebelum beliau berunding semula syarat-syarat tersebut berdasarkan persembahan.

Masalah kewangan Barcelona jelas sekali agak teruk pada ketika ini dan hal itu juga disedari oleh umum sejak setahun dua kebelakangan ini.

Masalah kewangan mereka juga menjadi punca mengapa Barcelona kehilangan khidmat bintang utama mereka, Lionel Messi.

Barcelona turut berdepan kesukaran ketika mereka mahu mendaftarkan pemain pada musim lalu hingga menyebabkan mereka terpaksa memotong gaji pemain sedia ada untuk membolehkan mereka mendaftarkan penandatanganan terbaru mereka.

Musim panas ini Barcelona berpotensi untuk kehilangan Frenkie de Jong yang kini semakin hampir pasti mahu sertai Manchester United.

De Jong semakin hampir pasti sertai Man Utd

Frenkie De Jong ketika ini sudah hampir pasti akan sertai Man Utd pada jendela perpindahan musim panas nanti, dengan Barcelona sendiri pada ketika ini sedang mempertimbangkan tawaran dari gergasi Premier League itu.

Manchester United telah menghantar bidaan bernilai 51 juta berserta bonus bernilai 17 juta dan Barcelona sepertinya sangat tertarik dengan tawaran dari setan merah itu.

Wartawan Marca, M. Carmen Torres turut melaporkan yang Barcelona pada ketika ini menganggap tawaran dari Manchester United itu sebagai tawaran yang sangat penting untuk mereka terima.

Setan Merah sememangnya sangat terdesak mahu mencari pemain midfield dan menurut laporan dari Gerard Romero pada bulan lalu, Man Utd sudah 95% pasti untuk membawa De Jong ke Old Trafford.

De Jong pada awalnya menolak untuk sertai Man Utd kerana gergasi Premier League itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Champions League.

Walau bagaimanapun, Erik Ten Hag dikatakan telah berusaha sehabis daya untuk memujuk bekas anak buahnya itu untuk mengikuti beliau ke Old Trafford.

Pemain kebangsaan Belanda itu berdepan kesukaran sepanjang kariernya bersama Barcelona dan pada musim lalu, beliau telah membuat 32 penampilan dengan menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga assists dalam saingan La Liga.

Seperti yang diketahui umum, Barcelona sememangnya sedang berdepan krisis kewangan yang sangat teruk pada ketika ini dan mereka jelas sekali perlu mencari cara untuk mendapatkan dana tambahan.

Kerana masalah itu jugalah De Jong dikatakan akan menjadi calon pemain yang akan dilepaskan oleh kelab dalam usaha mereka mahu mendapatakan dana tambahan.

Barcelona juga sememangnya perlu melepaskan beberapa pemain mereka pada musim panas ini kerana mereka perlu menstabilkan akaun kelab sebelum bermulanya musim baru nanti.

Gergasi Catalan itu pada ketika ini sedang memantau untuk menandatangani beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Robert Lewandowski merupakan antara pemain yang mahu ditandatangani oleh Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bintang Poland itu telah mendedahkan yang beliau pada ketika ini hanya berminat untuk sertai Barcelona sahaja dan tidak terfikir untuk menyertai kelab lain.

Man United sementara itu sememangnya sangat terdesak mahu mencari beberapa pemain baru terutama pemain yang bermain di posisi defensive midfielder.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu dilaporkan akan membuat rombakan besar-besaran memandangkan ramai pemain dari skuad utama akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Erik Ten Hag sangat diharapkan akan mampu mengubah nasib Man Utd, dengan skuad setan merah itu pada musim ini telah melalui musim yang sangat mendukacitakan.

Dan untuk memastikan Ten Hag mampu membimbing skuadnya dengan baik, maka beliau jelas sekali memerlukan sokongan rapi dari pimpinan kelab untuk memberikan dana tambahan kepadanya.

Seandainya pihak kelab tidak mahu mengeluarkan dana tambahan, maka sukar sebenarnya untuk mereka berharap lebih dari Ten Hag.

Selain midfield, Manchester United juga sebenarnya sangat terdesak mahu mendapatkan pemain di posisi penyerang dan setidak-tidaknya membawa masuk seorang pemain pertahanan yang baru.

Pimpinan kelab sebelum ini pernah mengumumkan yang mereka bersedia mengeluarkan dana bernilai 200 juta untuk Ten Hag gunakan bagi mendapatkan pemain baru.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, Manchester United masih lagi belum mendapatkan persetujuan dari mana-mana pemain dan Frenkie De Jong berpotensi untuk menjadi pemain pertama yang akan mereka tandatangani.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Nagelsmann Tak Setuju Gavi Menang Trofi Kopa: "Bellingham Dan Jamal Lebih Bagus"