Liverpool Bersedia Mahu Aktifkan Klausa Perlepasan Gavi

Liverpool dijangka akan trigger klausa perlepasan yang ada dalam kontrak Gavi bersama Barcelona dan nilai klausa tersebut bernilai £50 juta.

Menurut sumber laporan Sport, segala keputusan kini terletak di tangan Gavi sendiri sama ada beliau berminat atau tidak untuk ke Anfield.

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan antara bintang harapan Barcelona dan para peminat turut berharap beliau akan mampu membantu kelab untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni.

Walau bagaimanapun, masa depan Gavi bersama Barcelona sendiri sebenarnya masih tidak jelas kerana ada klausa dalam kontraknya yang akan membenarkan beliau menyertai kelab lain pada musim panas ini.

Dek kerana beliau memiliki klausa itu jugalah banyak kelab gergasi di Eropah turut sama berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dijangka akan kehilangan khidmat Sadio Mane pada musim hadapan dengan bintang Senegal itu sudah mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Sadio Mane dikatakan berpotensi untuk menyertai Bayern Munich pada musim panas ini dan kerana itulah Liverpool kini hangat mencari pemain baru untuk menggantikan tempatnya.

Klopp dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Gavi dan beliau juga dilaporkan bersedia untuk mendesak pihak kelab agar mengaktifkan klausa perlepasan dalam kontrak bintang muda itu.

Selepas klausa perlepasan itu diaktifkan, Liverpool secara tak langsung akan mampu untuk melakukan rundingan terus dengan wakil pemain itu sendiri.

Barcelona tampil membalas minat Liverpool itu dengan menghantar kontrak tawaran tersebut kepada ejen Gavi sendiri.

Walaupun Barcelona sendiri sedang berdepan krisis ekonomi yang teruk, namun gergasi Catalan itu sebenarnya tidak sanggup melepaskan asset paling bernilai mereka itu pada musim panas ini.

Gavi mula melakukan debutnya bersama skuad utama Barca pada musim 21022 di bawah kendalian pengurus terbaru kelab, Xavi Hernandez.

Beliau sepanjang musim ini telah membuat 47 penampilan dari semua pertandingan dengan Gavi turut berjaya menjaringkan 2 gol sepanjang tempoh tersebut.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan salah seorang produk akademi La Masia dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pemain harapan kelab.

Beliau bahkan turut telah membuat tujuh penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol walau baru berusia 18 tahun.

Liverpool pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk memperbaiki masalah di posisi midfield mereka dan jelas sekali Gavi merupakan calon terbaik untuk jadi penyelamat.

Jurgen Klopp sendiri sebelum ini kerap menghamburkan pujian menggunung kepada Gavi dan tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat andai beliau benar-benar mengejar pemain muda Barca itu.

Selain Gavi, Liverpool pada ketika ini turut sedang dalam usaha mereka untuk memburu Darwin Nunez sebagai pengganti Sadio Mane.

Liverpool Temui Calon Terbaik Untuk Menggantikan Sadio Mane

Liverpool berjaya mengakhiri saingan musim ini dengan memenangi 2 piala, FA Cup dan Carabao Cup dan ia boleh lah dianggap sebagai pencapaian yang sangat membanggakan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

The Reds pada awalnya berpotensi untuk memenangi gelaran quadruple pada musim ini, dengan mereka sudah memenangi dua piala domestik dan turut berpotensi untuk memenangi gelaran Premier League serta Champions League.

Liverpool walau bagaimanapun gagal untuk memenangi gelaran quadruple selepas Man City cemerlang melakukan comeback yang sangat dasyat untuk menewaskan Aston Villa dalam aksi terakhir saingan Premier League, seterusnya menobatkan mereka sebagai penakluk Liga Perdana Inggeris.

Satu mata memisahkan antara Liverpool dengan Manchester City dan jelas sekali kem The Reds sangat kecewa kerana mereka sebenarnya sudah sangat hampir untuk menjulang gelaran Premier League kedua mereka di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Selepas gagal untuk memenangi gelaran Premier League, anak-anak buah Jurgen Klopp itu bertekad mahu berusaha untuk memenangi gelaran Champions League.

Malang untuk kem Liverpool, mereka sekali lagi gagal untuk menewaskan Real Madrid di pentas perlawanan akhir, seterusnya menyebabkan mereka terlepas gelaran Champions League musim ini.

Liverpool jelas sekali telah melalui musim yang sangat cemerlang pada musim ini dengan mereka berjaya menjuarai dua piala dari empat kejohanan yang mereka sertai.

Liverpool bakal kehilangan Sadio Mane

Sadio Mane telah mendedahkan hasratnya kepada umum yang beliau akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selepas berjaya membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan seperti Champions League, Premier League, Super Cup, FIFA Club World Cup, FA Cup dan Carabao Cup, karier Mane di Anfield sepertinya telah sampai ke penghujungnya.

Sadio Mane menyatakan dia membuka telefon Nokia Ngage miliknya dan melihat 60% – 70% rakyat Senegal mahu dia meninggalkan Liverpool.

Mane berkata, dia pun sudah sedia untuk menuruti suara ramai rakyat negaranya. Cuma perkara itu bukan boleh dibuat terburu buru.

“Macam korang juga aku pun selalu tengok media sosial ni semua dan aku pun ada baca la komen komen korang, huhu.”

“Bukankah dalam 60% hingga 70% rayot Senegal nak tengok aku tinggalkan Liverpool? Tak gitu?”

“Huhu”

“Aku akan tunaikan apa yang diorang mahukan. Kita tengoklah nanti ye. Jangan terbulu bulu, ehh tersasul terburu buru, kita akan sama sama tengok nanti.”

“Apa yang bakal berlaku akan jadi jawapan.”

“Huhu.”

Bayern Munich dikatakan bakal menjadi destinasi pilihan Sadio Mane selepas ini dengan gergasi Bundesliga itu sememangnya terdesak mahu mendapatkan bintang Senegal itu sebagai pengganti kepada Lewandowski.

Liverpool nampak Darwin Nunez calon terbaik untuk gantikan Mane

Liverpool percaya Darwin Nunez merupakan calon terbaik untuk mereka tandatangani sebagai pengganti kepada Sadio Mane.

Manchester United merupakan antara pasukan yang sedang berjuang habis-habisan dalam usaha mereka untuk mendapatkan bintang Benfica itu pada ketika ini.

Nunez tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan kerana itulah banyak kelab gergasi lain yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Bintang Uruguay itu pada musim ini berjaya menjaringkan 34 gol dari 41 penampilan dalam semua pertandingan.

Dalam saingan Premier League, beliau berjaya menjaringkan enam gol dari sembilan perlawanan termasuklah ketika bertemu Liverpool diperingkat suku akhir.

Assistant Sporting Director Liverpool, Julian Ward menganggap Darwin Nunez merupakan pemain yang sangat sesuai dengan sistem kendalian Jurgen Klopp dan kerana itulah beliau mendesak pihak kelab untuk mendapatkan bintang Benfica itu.

Nunez ketika ini masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Benfica dan dek kerana itu, agak sukar sebenarnya untuk beliau dilepaskan dengan harga yang rendah.

Liverpool dan Man Utd merupakan dua pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan pemain kebangsaan Uruguay itu, dan jika dilihat dari segi kemampuan, setan merah jelas sekali tiada masalah mahu mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp: Liverpool Intai Kedudukan Manchester United