Gavi ‘Rompak’ Kopa Trophy Dari 3 Pemain Yang Dilihat Lebih Layak

Pemain muda Barcelona dan Sepanyol, Gavi telah dituduh ‘rompak’ Kopa Trophy dari tiga orang pemain muda lain yang dilihat lebih layak dan berkaliber untuk memenangi anugerah itu.

Pablo Martín Páez Gavira merangkul Kopa Trophy di anugerah Ballon d’Or dan trofi ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain bakat muda seluruh dunia yang berusia 21 tahun ke bawah.

Gavi, sejak menceroboh masuk ke dalam pasukan Xavi Hernandez, telah menjalinkan kerjasama yang mantap di bahagian tengah bersama Pedri ketika Barcelona ingin membina semula pasukan mereka – dan kelab – di sekeliling dua pemain muda itu.

Gavi menerima anugerah ini dan menyambung legasi kemenangan dari rakan sepasukannya, Pedri yang merupakan pemenang Kopa Trophy bagi tahun 2021 selepas prestasi yang menggila.

Namun kemenangan Gavi ini tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh banyak pihak kerana ramai merasakan tiga lagi pemain muda lebih layak menang berbanding Gavi. Bukan satu tapi tiga.

Gavi yang berusia 18 tahun telah meninggalkan Eduardo Camavinga ditangga kedua, sensasi Jerman, Jamal Musiala ditangga ketiga dan permata England, Jude Bellingham ditempat keempat.

Wartawan CBS, Ben Jacobs telah bertanya kepada pengikutnya di Twitter dan pelik kenapa Jude Bellingham tiada dalam senarai tiga teratas:

“Bagaimana Jude Bellingham tidak berada dalam kedudukan tiga teratas Kopa Trophy?”

Seorang lagi wartawan, Rayane Moussallem juga melahir rasa keliru dengan keputusan itu dan mempersoalkan juga kemenangan Gavi:

“Bagaimana Gavi boleh menang berbanding Musiala atau Bellingham? Aku rasa mereka berdua lebih layak.”

Peminat bola sepak pula menganggap kemenangan Gavi berbanding Musiala dan Bellingham adalah lawak terbaik abad ini.

Manakala peminat Jude Bellingham pula merasakan pemain muda England itu telah dirompak buat kali kedua berturut-turut dan kemenangan Gavi ini hadir kerana bermain bersama Barcelona.

Jika dilihat kepada pencapaian pemain muda bersama skuad senior, Eduardo Camavinga adalah terpaling sensasi apabila merangkul kejuaraan Champions League dan juga La Liga bersama Real Madrid.

Eduardo Camavinga semakin mengukuhkan kedudukan bersama Real Madrid dan menjadi pemain masa depan skuad Perancis.

Jamal Musiala juga pemain muda paling menonjol bersama Bayern Munich dan kehebatan juga sangat terserlah bersama Jerman dan menjadi rebutan kelab besar.

Jude Bellingham tidak perlu diperkatakan lagi dan pemain muda yang telah lama stabil menjadi tonggak kelab dan England.

Satu-satunya faktor terpenting melayakkan Jude Bellingham menang adalah kerana dia menjadi sasaran Liverpool, kelab terhebat di muka bumi.

Kylian Mbappe merupakan pemenang pertama Kopa Trophy yang merupakan anugerah baru diperkenalkan pada 2018 bagi pemain berusia 21 tahun dan ke bawah yang pada ketika itu merupakan pemenang Piala Dunia.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Pemain muda Ajax, Matthijs de Ligt pula menjadi pemenang kedua pada tahun 2019 namun pada 2020 anugerah Ballon d’Or dibatalkan dan Pedri menjadi pemenang seterusnya.

Pemenang sebelum ini tidak dipertikaikan kemenangan mereka kerana sesungguhnya mereka layak dengan persembahan luar biasa mereka tampilkan.

Namun kemenangan Gavi sememangnya boleh dipertikaikan kerana ada 3 calon lagi yang dirasakan lebih cemerlang terutamanya Eduardo Camvinga dan Jamal Musiala yang sarat dengan kejayaan jika itu menjai ukuran.

Mungkin Jude Bellingham perlu kembali ke England untuk mendapat liputan media lebih meluas dan mencerahkan peluang untuk dia menang.

Keputusan Anugerah Ballon d’Or 2022

Malam anugerah Ballon d’Or 2022 yang berlangsung di Paris’ Theatre Du Chatelet bagi memberi pengiktirafan kepada pemain bola sepak telah pun melabuhkan tirainya dan keputusan pemenangnya sudah diketahui.

Sebanyak tujuh anugerah menjadi rebutan, di mana satu anugerah baru telah diperkenalkan iaitu Socrates award selepas Gerd Muller Trophy (dulu striker of the year) dan Club of the year diperkenalkan pada 2021.

Mungkin ditahun mendatang akan ada dua lagi anugerah akan ditambah bagi memberi pengiktirafan kepada pemain tengah dan juga pertahanan. Baru adil.

Susulan kemenangan kontroversi Lionel Messi Ballon d’Or pada 2021, anugerah edisi 2022 menyaksikan penganjur France Football membuat beberapa perubahan pada proses pengundian.

Antara perubahannya antaranya adalah pengurangan kumpulan pengundi media dan pengubahsuaian pada kriteria yang digunakan untuk menilai pemain.

Buat pertama kalinya, finalis dinilai mengikut kalendar musim kelab Eropah (Ogos hingga Julai) dan bukan berdasarkan kalendar tahunan. Selain itu, pencapaian kerjaya tidak lagi menjadi faktor yang perlu ditimbang oleh pengundi.

Ballon d’Or Lelaki – Karim Benzema

Karim Benzema menepati ramalan awal dan akhir apabila telah dipilih sebagai pemenanga Ballon d’Or bagi tahun 2022 yang memberi pengiktirafan kepada pemain bola sepak terbaik dunia bagi musim 2021/22.

Pemain kebangsaan Perancis telah mempamerkan aksi dan prestasi yang sangat menakjubkan bersama Real Madrid secara individu dan berpasukan untuk mengetepikan saingan dari 29 calon akhir yang lain.

Anugerah utama anjuran France Magazine ini telah disampaikan kepada Karim Benzema oleh legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane yang merupakan pemenang bagi tahun 1998.

Benzema layak mendapat pengiktirafan selepas prestasi cemerlangnya tahun ini. Dia memainkan peranan besar dalam kegemilangan Liga Juara-Juara Madrid pada Mei dan terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen 2022-23.

Jaringan 44 gol musim lalu bukan sahaja membawa Real Madrid menjuarai Champions League malah juga merangkul trofi La Liga dan menjadi pemain Real Madrid ke-9 menang Ballon d’Or sejak tahun 2000.

Ballon d’Or Wanita – Alexia Putellas

Pemain tengah dan juga sayap pasukan wanita Barcelona Alexia Putellas Segura yang berusia 28 tahun sekali lagi telah dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or wanita bagi tahun 2022.

Kejayaan dua kali berturut-turut ini telah membolehkan Alexia Putellas mencipta sejarah seabgai pemain wanita pertama memenanginya sebanyak dua kali sejak diperkenalkan pada 2018 yang dimenangi oleh Ada Hegerberg dan Megan Rapinoe pada 2019.

Walaupun kini masih tidak beraksi sejak Jun lalu kerana kecederaan ACL tidak menghalang Alexia Putellas menjadi pemenang kerana prestasi dinilai bagi musim 2021/22.

Putellas mengetuai Barcelona untuk merangkul gelaran Divisyen Primera buat kali ketiga berturut-turut. Pasukan Catalan itu mencipta sejarah dengan memenangi kesemua 30 perlawanan liga mereka sepanjang kempen 2021-22.

Dia juga membawa Barcelona mencapai kejayaan dalam Piala Super Sepanyol dan Copa de la Reina untuk melengkapkan treble domestik, walaupun mereka gagal dalam Liga Juara-Juara.

Jaringan Putellas pada perlawanan akhir tidak cukup untuk menghalang pasukan dari Perancis, Lyon daripada menewaskan Barcelona 3-1 di Turin.

Rekod jaringan Alexia Putellas sangat gila bagi pemain tengah apabila telah menjaringkan 11 gol di Champions League, 18 gol di liga, 4 di Copa De la Reina dan satu di super cup.

Gerd Muller Trophy – Robert Lewandowski

Anugerah ini dikatakan dicipta untuk Robert Lewandowsi pada 2021 dikenali sebagai striker of the year namun dijenamakan semula sebagai Gerd Muller Trophy pada tahun ini.

Nama trofi ini didedikasikan sempena nama legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang meninggal pada 15 ogos 2021 membawa objektif memberi pengiktirafan kepada pemain penyerang terbaik.

Penyerang itu mengharungi musim 2021/22 yang menakjubkan ketika masih di Bayern Munich dengan menjaringkan 50 gol dalam 46 perlawanan (satu gol setiap 80 minit) dan juga menemui sasaran tujuh kali untuk Poland.

Lewandowski juga memperoleh Kasut Emas Eropah kedua berturut-turut dan memecahkan rekod untuk gol terbanyak dijaringkan oleh pemain asing dalam Bundesliga.

Pada 2021, dia menutup tahun kalendar dengan 69 gol (58 untuk Bayern dan 11 untuk Poland), angka tertinggi sejak Leo Messi memecahkan rekod dunia dengan 91 gol pada 2012.

Socrates Award – Sadio Mane

Sadio Mane telah diangkat sebagai pemenang pertama Socrates Award yang buat pertama kali diperkenalkan oleh France Football yang dinamakan sempena Socrates.

Objektif anugerah ini adalah untuk mencari inisiatif sosial terbaik oleh juara yang komited merangkumi beberapa kriteri seperti integrasi sosial, perlindungan alam sekitar atau bantuan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, terancam atau mangsa konflik.

Sadio Mane membangunkan kampungnya di Bambali, Senegal yang mempunyai 2000 orang penduduk dengan mengambil alih tugas kerajaan dan wakil rakyat setempat.

Banyak wang telah dilaburkan Mane dengan membina hospital berharga £500,000, sekolah berharga £200,000 juga telah didirikan.

Selain itu stesen minyak, pejabat pos, internet 4G serta bantuan kewangan €70 sebulan untuk setiap keluarga.

Yashin Trophy – Thibaut Courtois

Thibaut Courtois menjadi pemenang Yashin Trophy tahun 2022 sekaligus menobatkan penjaga gol penjaga gol Real Madrid ini sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan merupakan pemenang ketiga sejak diperkenalkan pada 2019.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker adalah pemenang pertama anugerah ini diikuti oleh Gianluigi Donarumma pada 2021 dan telah dibatalkan pada 2022.

Kopa Trophy – Gavi

Gavi telah mengikut jejak rakan sepasukan dan senegaranya di Barcelona dan Sepanyol, Pedri yang merupakan pemenang tahun lalu. untuk merangkul anugerah Kopa Trophy bagi tahun 2022.

Anugerah Kopa Trophy adalah satu pengiktirafan dari France Football kepada pemain muda bpla sepak dari seluruh dunia yang bakal menjadi tonggak bola sepak dunia suatu hari nanti.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Anugerah ini diperkenal buat pertama kalinya pada tahun 2018 dan Kylian Mbappe yang merupakan juara dunia pada ketika itu menjadi pemenang pertama.

2022 – Gavi
2021 – Pedri
2020 – Batal
2019 – Matthijs de Ligt
2018 – Kylian Mbappe

Club of the Year – Manchester City

Manchester City telah dinamakan sebagai Kelab Terbaik pada anugerah Ballon d’Or 2022, selepas musim yang luar biasa mengetepikan pasukan Real Madrid.

Cityzen sekali lagi mempesonakan di kejohanan domestik untuk pasukan lelaki, menewaskan Liverpool dalam perebutan kejuaraan yang sengit untuk menjulang mahkota Liga Perdana keenam mereka, sementara turut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pasukan wanita City mengatasi permulaan sukar untuk musim WSL dan menduduki tempat ketiga dalam liga, sementara turut mara ke final Piala FA dan memenangi Piala Liga Wanita.

Chelsea merupakan pemenang pertama anugerah ini yang mula diperkenalkan pada 2021.

BACA:  Erling Haaland Dinasihatkan Boikot Ballon d'Or Jika Messi Menang Lagi