Nagelsmann Tak Setuju Gavi Menang Trofi Kopa: “Bellingham Dan Jamal Lebih Bagus”

Gavi telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik pada malam Ballon d’Or dan mebolehkannya membawa pulang trofi Kopa.

Pablo Martín Páez Gavira merangkul Kopa Trophy di anugerah Ballon d’Or dan trofi ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain bakat muda seluruh dunia yang berusia 21 tahun ke bawah.

Gavi, sejak menceroboh masuk ke dalam pasukan Xavi Hernandez, telah menjalinkan kerjasama yang mantap di bahagian tengah bersama Pedri ketika Barcelona ingin membina semula pasukan mereka – dan kelab – di sekeliling dua pemain muda itu.

Gavi menerima anugerah ini dan menyambung legasi kemenangan dari rakan sepasukannya, Pedri yang merupakan pemenang Kopa Trophy bagi tahun 2021 selepas prestasi yang menggila.

Namun kemenangan Gavi ini tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh banyak pihak kerana ramai merasakan tiga lagi pemain muda lebih layak menang berbanding Gavi. Bukan satu tapi tiga.

Gavi yang berusia 18 tahun telah meninggalkan Eduardo Camavinga ditangga kedua, sensasi Jerman, Jamal Musiala ditangga ketiga dan permata England, Jude Bellingham ditempat keempat.

Nagelsmann: Gavi tak layak

Namun pengurus Bayern Munich tidak bersetuju dengan pemilihan Gavi sebagai pemain muda terbaik. Memandangkan ada 2 lagi pemain yang menikmati musim lebih baik daripada graduan La Masia yang tak reti ikat tali kasut itu.

Menurut beliau ada 2 pemain yang lebih berhak memenaginya iaitu Jamal Musiala dan juga Jude Bellingham.

Nagelsmann berkata: “Pada pandangan mata saya, Jamal Musiala dan juga Jude Bellingham lebih layak menang. Mereka bermain lebih baik daripada Gavi musim lalu.”

Wartawan CBS, Ben Jacobs telah bertanya kepada pengikutnya di Twitter dan pelik kenapa Jude Bellingham tiada dalam senarai tiga teratas:

“Bagaimana Jude Bellingham tidak berada dalam kedudukan tiga teratas Kopa Trophy?”

Seorang lagi wartawan, Rayane Moussallem juga melahir rasa keliru dengan keputusan itu dan mempersoalkan juga kemenangan Gavi:

“Bagaimana Gavi boleh menang berbanding Musiala atau Bellingham? Aku rasa mereka berdua lebih layak.”

Peminat bola sepak pula menganggap kemenangan Gavi berbanding Musiala dan Bellingham adalah lawak terbaik abad ini.

Manakala peminat Jude Bellingham pula merasakan pemain muda England itu telah dirompak buat kali kedua berturut-turut dan kemenangan Gavi ini hadir kerana bermain bersama Barcelona.

Jika dilihat kepada pencapaian pemain muda bersama skuad senior, Eduardo Camavinga adalah terpaling sensasi apabila merangkul kejuaraan Champions League dan juga La Liga bersama Real Madrid.

Eduardo Camavinga semakin mengukuhkan kedudukan bersama Real Madrid dan menjadi pemain masa depan skuad Perancis.

Jamal Musiala juga pemain muda paling menonjol bersama Bayern Munich dan kehebatan juga sangat terserlah bersama Jerman dan menjadi rebutan kelab besar.

Jude Bellingham tidak perlu diperkatakan lagi dan pemain muda yang telah lama stabil menjadi tonggak kelab dan England.

Satu-satunya faktor terpenting melayakkan Jude Bellingham menang adalah kerana dia menjadi sasaran Liverpool, kelab terhebat di muka bumi.

Kylian Mbappe merupakan pemenang pertama Kopa Trophy yang merupakan anugerah baru diperkenalkan pada 2018 bagi pemain berusia 21 tahun dan ke bawah yang pada ketika itu merupakan pemenang Piala Dunia.

Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.

Pemain muda Ajax, Matthijs de Ligt pula menjadi pemenang kedua pada tahun 2019 namun pada 2020 anugerah Ballon d’Or dibatalkan dan Pedri menjadi pemenang seterusnya.

Pemenang sebelum ini tidak dipertikaikan kemenangan mereka kerana sesungguhnya mereka layak dengan persembahan luar biasa mereka tampilkan.

Namun kemenangan Gavi sememangnya boleh dipertikaikan kerana ada 3 calon lagi yang dirasakan lebih cemerlang terutamanya Eduardo Camvinga dan Jamal Musiala yang sarat dengan kejayaan jika itu menjai ukuran.

Mungkin Jude Bellingham perlu kembali ke England untuk mendapat liputan media lebih meluas dan mencerahkan peluang untuk dia menang.

BACA:  Inilah Sebabnya Kenapa Gavi Beri Reaksi Menyampah Ketika Diumum Pemenang Ballon d'Or