Ketua pasukan Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang telah tampil untuk memberi pandangan selepas potongan rambut beliau menjadi tular baru-baru ini.
Ketika semua saingan bola sepak digantung ekoran dari penularan wabak Covid-19, para pemain diminta untuk duduk dirumah dan menjalani latihan sendirian sahaja tanpa perlu ke pusat latihan.
UK antara negara yang teruk terkesan dengan penularan wabak ini sehingga pihak kerajaan terpaksa untuk melakukan perintah lockdown kepada semua rakyatnya disana.
Can someone tell us where Aubameyang's front hair went to๐๐๐๐? pic.twitter.com/S0Rb9PNATZ
โ A.R.A_OAU (@Raphael14017207) May 22, 2020
Seperti negara-negara lain yang turut dilanda wabak tersebut, semua orang diminta untuk duduk dirumah dan kebanyakkan perniagaan terpaksa ditutup terutama perniagaan yang melibatkan perkhidmatan dan memerlukan sentuhan.
Bagaimana untuk menggunting rambut? Masa sentiasa berjalan dan setiap hari rambut semakin panjang dan tidak terurus dalam erti kata lain serabai.
Jadi ramai antara pemain bola sepak yang memuat naik video dan gambar yang memperlihatkan mereka memotong rambut masing-masing sendiri dan ada yang meminta isteri mereka untuk menguruskan rambutnya.
Pemain kebangsaan Gabon itu kembali ke padang latihan bersama the Gunners pada Jumaat lalu tetapi potongan rambutnya menjadi bahan ketawa dan tular di media sosial.
Aubameyang biasanya dilihat tampil dengan gaya rambut afro yang kemas tetapi ketika waktu lockdown ini tiada jalan untuk beliau menjaga dan merapikan rambutnya sendiri.
Bekas pemain pasukan Borussia Dortmund itu mengambil keputusan untuk menggunting rambutnya sendiri ketika dalam keadaan perintah lockdown ini.
Namun hasil usaha beliau sendiri, rambutnya menjadi agak teruk dan dijadikan bahan ketawa serta menjadi bahan jenaka ramai pihak di media sosial.
Aubameyang really be out here looking like Kane when he unmasked in 2003 pic.twitter.com/70urRzzqSb
โ Dillon โ (@ftbldillon) May 22, 2020
Tetapi Aubameyang turut menunjukkan sikap sportingnya dengan melayan jenaka itu tanpa menunjukkan kemarahan atau beremosi.
Beliau turut meninggalkan komen keatas gambarnya yang dimuat naik oleh pemilik twitter bernama @433 yang memuat naik gambarnya ketika berada dipadang latihan dengan mengatakan.
โTiada tempat untuk menggunting rambut.โ
When you get to show your quarantine look for the first time ๐๐โโ๏ธ pic.twitter.com/MbQbUPB07s
โ 433 (@433) May 23, 2020
Beliau turut memuat naik gambar dilaman Instagramnya dengan mengajuk dirinya sendiri:
โSiapa kata saya perlukan tukang gunting?โ

Aubameyang berasa lega selepas mendapat tahu bahawa bukan hanya dirinya pemain bola sepak yang tampil dengan potongan rambut yang teruk buat masa ini.
Sadio Mane dan Roberto Firmino turut memiliki masalah yang sama dengannya dan kedua-dua pemain tersebut dilihat tampil dengan gaya rambut yang lucu di padang latihan Liverpool.
Bobby Firmino really came out of quarantine looking like young Ross Geller pic.twitter.com/zkleu6XU5G
โ ู (@osclade) May 20, 2020
Apa yang lebih mencuit hati adalah melihat Ashley Young dan NโGolo Kante yang sebelum ini tidak memiliki rambut dan kini sudah mempunyai rambut yang penuh dikepala masing-masing.
Ashley Young can grow hair???ยฟ pic.twitter.com/ZGXEZYCVBT
โ safia (@skinniar) May 18, 2020
Signs and wonders have really followed this coronavirus.
So Chelsea returned to training today andโฆvoila, NโGolo Kante has hairS on his head! Lmao.I legit didnโt know his haircut was a decision, I thought he was bald๐๐๐ pic.twitter.com/1lvkvYflF4
โ OFFSIDE (@Sylvia_Ikeji) May 19, 2020