Gerrard Terima Tawaran Rangers Untuk Bergelar Pengurus Pasukan Yang Baru

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard bersetuju menandatangani perjanjian selama 3 tahun untuk bergelar pengurus Rangers, menurut sumber terkini daripada Sky Sports.

Gerrard akan tiba di Glasgow pada hari Jumaat untuk secara rasmi menandatangani kontrak bersama kelab tersebut dengan Gary McAllister bakal menjadi pembantunya di Ibrox Stadium.

Gerrard bakal merumput di negeri jiran

Bekas pemain antarabangsa England tersebut bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh Rangers pada Khamis lalu di London, sejurus tiba dari Rome selepas menyaksikan Liverpool layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Direktor Sukan Rangers Mark Allen dan Ketua Pencari Bakat Andy Scoulding merupakan individu yang bertanggungjawab meyakinkan Gerrard untuk mencuba nasib dalam bidang pengurusan di Scotland. Allen dan Scoulding dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan Gerrard kerana pernah bekerjasama di England pada masa lepas.

Gerrard dilaporkan mahu bajet perpindahan yang mencukupi untuk merombak pasukan sebelum menerima tawaran Rangers.

Gerrard yang sudah menginjak usia 37 tahun kini bekerja sebagai jurulatih akademi Liverpool sejak April tahun lepas. Beliau akan mengambil alih tugas sebagai pengurus Rangers daripada Graeme Murty yang baru sahaja dipecat awal minggu ini.

Adakah Gerrard akan kembali ke Anfield suatu hari nanti ?

Murty sebenarnya diberikan peluang untuk mengemudi pasukan Rangers sehingga tamat musim ini tetapi dipecat serta merta oleh pihak atasan kerana kekalahan memalukan 5-0 di tangan seteru utama, Celtci.

Murty mendakwa punca utama Rangers tewas besar dalam perlawnan tersebut adalah kerana tindakan pihak pengurusan yang mengadakan perbincangan dengan Gerrard sekali gus menjejaskan fokus para pemain.

Rangers kini sedang menduduki tangga ke-3 dalam Scottish Championship, 13 mata di belakang juara liga, Celtic. Celtic yang dipimpin bekas pengurus Gerrard, Brendan Rodgers mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-7 berturut-turut selepas menewaskan Glasgow Rangers hujung minggu lalu.

Berita pelantikan Gerrard selaku bos Rangers yang baru telah diterima baik pengurus Aberdeen, Derek McInnes yang percaya Gerrard akan membantu bolasepak Scotland berkembang dengan lebih pesat.

“Prospek melantik nama besar di peringkat global seperti Steven Gerrard hanya akan membawa perkara positif kepada bolasepak Scotland.”

Pengurus Aberdeen, Derek McInnes percaya Gerarrd akan membawa perkara yang positif kepada bolasepak Scotland

“Tetapi saya lebih suka jika beliau tiba di sini sebagai seorang pemain kerana beliau merupakan pemimpin yang fantastik untuk Liverpool dan England.”

Walaupun Celtic telah mengesahkan kejuaraan liga musim ini, perlumbaan untuk merangkul tempat ke-2 masih lagi terbuka di antara Aberdeen, Rangers, dan Hibs. Ketiga-tiga pasukan ini hanya dipisahkan 3 mata dari satu sama lain dan McInnes percaya Gerrard akan meningkatkan tahap persaingan dalam kalangan pengurus di Scotland.

“Buat masa sekarang, terdapat banyak jurulatih dan pengurus berprofil tinggi yang pernah menguruskan kelab besar berada di Scotland. Jika benar Gerrard akan datang ke sini, beliau akan menjadi satu lagi nama besar dalam bolasepak Scotland.”

BACA:  Reaksi Berlebihan Liverpool Selepas Casemiro Balas Tackle Kejam Milner Ke Atas Benzema