Gio Reyna Tersilap Langkah Pilih US Berbanding Argentina?

Adakah Gio Reyna telah tersilap langkah apabila memilih untuk beraks bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (US) berbanding Argentina yang telah layak ke final Piala Dunia 2022?

Gio Reyna kini dikritik kerana persembahannya ketika United States Men’s National Soccer Team (USMNT) tersingkir daripada Piala Dunia, tetapi keadaan mungkin berbeza apabila dia menyaksikan Argentina akan beraksi di pentas final.

Bintang Borussia Dortmund itu telah mendapat tawaran untuk bermain bersama skuad kebangsaan Argentina sebelum membuat keputusan muktamad untuk memberi komitmen kepada Amerika Syarikat.

Dengan tekanan menjadi salah seorang prospek terbaik Pasukan USA dan dengan kejayaan yang dikecapi Argentina, dia boleh dimaafkan jika tertanya-tanya sama ada dia membuat pilihan yang betul.

Pemain tengah Borussia Dortmund berusia 20 tahun itu mempunyai pilihan pasukan antarabangsa yang pelbagai untuk karier antarabangsa peringkat senior.

Gio Reyna layak untuk bermain bersama gergasi Eropah dan Amerika Selatan iaitu England, Portugal dan Argentina, namun dia sentiasa yakin bahawa USMNT adalah pasukan pilihannya.

Kedua-dua ibu bapa Reyna bermain bola sepak untuk Amerika Syarikat dan itu pasti memainkan peranan besar dalam keputusannya. Begitu juga fakta bahawa dia tinggal di New York dari umur lima hingga 17 tahun, ketika dia kemudiannya berpindah ke Dortmund.

Gio Reyna merupakan anak kepada Claudio Reyna merupakan bekas pemain tengah Amerika Syarikat dari tahun 1994 sehingga 2006 dengan 112 penampilan berserta 8 jaringan.

Karier bola sepaknya berkembang di Eropah bersama Bayer Leverkusen, VfL Wolfsburg, Sunderland, Manchester City dan Rangers. Dia bersara pada 2008 bersama New York Red Bulls di Major League Soccer.

Manakala ibunya Danielle Egan Reyna pemain bola sepak pasukan Wanita US yang mempunyai karier bola sepak yang singkat dari tahun 1991 sehingga 1994.

Datuknya adalah seorang pemain bola sepak di Argentina, tetapi itu tidak cukup untuk mempengaruhinya. Dia juga menolak tawaran dari Portugal.

Gio Reyna menyatakan bahawa dia berpeluang bermain untuk Argentina tetapi pilihannya hanya satu iaitu USMNT sahaja.

“Ada peluang untuk bermain untuk Argentina, tetapi pada akhirnya saya sentiasa jelas bahawa saya mahu bermain untuk Amerika Syarikat,” kata Reyna baru-baru ini.

Daripada anak emas negara kepada anak yang dimarahi, Reyna hampir ditendang keluar dari kem AS oleh ketua jurulatih Gregg Berhalter. Selepas terjadi satu pertelingkahan.

“Pada Piala Dunia ini, kami mempunyai pemain yang jelas tidak memenuhi jangkaan di dalam atau di luar padang,” kata Berhalter.

Rakan sepasukan Reyna telah melakukan undian untuk memutuskan sama ada menghantarnya pulang atau tidak kerana kelakuannya dan “kurang usaha yang membimbangkan” di kem pasukan di Doha.

Gio Reyna nyata mengejutkan seluruh dunia kerana hanya beraksi selama 52 minit sahaja, 45 minit ketika tewas kepada Belanda dan 7 minit ketika seri menentang England.

Pemain Dortmund itu kembali membalas kenyataan jurulatih US dan menyatakan apa yang terjadi dalam pasukan biarlah menjadi rahsia pasukan.

“Saya harap tidak mengulas mengenai perkara-perkara di Piala Dunia. Adalah menjadi kepercayaan saya bahawa perkara-perkara yang berlaku dalam pasukan harus kekal secara peribadi,” tulis Reyna di Instagram.

“Apa yang dikatakan dalam kenyataan yang telah dibuat mencerminkan profesionalisme dan watak saya, jadi saya rasa perlu membuat kenyataan ringkas. Sejurus sebelum Piala Dunia, Jurulatih Berhalter memberitahu saya bahawa peranan saya pada kejohanan itu akan sangat terhad.”

“Saya kecewa. Saya seorang yang bermain dengan bangga dan bersemangat. Bola sepak adalah hidup saya, dan saya percaya pada kebolehan saya.”

“Saya berharap dan ingin sangat untuk menyumbang kepada permainan bersama sekumpulan pemain berbakat ketika kami cuba membawa cabaran di Piala Dunia.”

Piala Dunia 2022 tidak berakhir dengan baik buat Gio Reyna dan menambah buruk situasi apabila bertelagah dengan jurulatih di media sosial walaupun dia sudah melakukan permohonan maaf.

Dengan Argentina sudah ke final mungkin penyesalan hadir dalam diri. Setakat untuk beraksi di Piala Dunia tiada masalah bersama US untuk pergi jauh itu memang satu masalah besar.

BACA:  Piala Dunia 2022: Argentina Berkicap Di Tangan Arab Saudi