Giroud Dedah Cara Bagaimana Arsenal Mahu Kembali Berada Di Kelompok Empat Teratas

Olivier Giroud mendedahkan yang bekas kelabnya, Arsenal perlu melakukan beberapa penandatanganan mega untuk kembali berada di kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League.

The Gunners sebelum ini pernah 17 tahun beraksi di pentas saingan Champions League di bawah kendalian pengurus legenda kelab, Arsene Wenger.

Namun selepas era Wenger, mereka sukar untuk beraksi di pentas Champions League, dan hanya membuat kemunculan dalam saingan Europa League.

Sejak 2018, Arsenal sudah tidak beraksi di pentas saingan Champions League dan lebih teruk lagi, musim ini mereka bahkan tidak layak untuk beraksi dalam saingan Europa League.

Musim ini merupakan pertama kali dari 27 tahun lalu, Arsenal tidak beraksi di mana-mana kejohanan Eropah, walaupun kini sudah ada pertandingan kelas ketiga, Europa Conference League.

Hal ini kerana mereka mengakhiri saingan liga musim lalu di kedudukan kelapan sahaja di bawah pengurusan Mikel Arteta.

Pengurus dari Sepanyol itu mendapat sokongan yang kuat dari pimpinan kelab sepanjang musim panas baru-baru ini, dengan beliau diberikan dana sekitar £149 juta untuk menandatangani pemain baru.

Arteta memulakan saingan liga musim ini dengan agak teruk, selepas mereka mencatatkan tiga kekalahan secara berturut-turut dari tiga perlawanan awal liga.

Namun mereka perlahan-lahan menunjukkan peningkatan dengan muka baru seperti Ben White (£50 juta) dan Aaron Ramsdale (£24 juta) turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Perjalanan untuk Arsenal kembali masuk ke kelompok empat teratas sepertinya masih sukar, dengan Giroud tampil menjelaskan pandangan beliau tentang bagaimana untuk Arsenal kembali beraksi di pentas saingan Champions League.

Menurut Giroud, perbelanjaan bakal memainkan peranan penting, dengan Arsenal membelanjakan dana yang besar untuk enam pemain pada musim panas lalu.

Namun mereka tidak melakukan hal yang sama seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United yang menandatangani bintang mega atau beberapa pemain berkelas dunia.

“Itu soalan yang bagus,”

Jelas bintang AC Milan dan Perancis itu kepada talkSPORT Breakfast ketika beliau ditanya tentang bagaimana untuk Arsenal kembali ke kedudukan empat teratas.

“Saya rasa Mikel Arteta perlu diberi masa untuk bawa Arsenal kembali ke kedudukan empat teratas.”

“Tapi kadang kala, masalah utama, kamu tahu, duit juga akan memainkan peranan penting untuk berjaya.”

“Ketika kamu lihat Chelsea selepas menjuarai saingan Champions League, mereka berbelanja £80 juta untuk Romelu Lukaku bagi memperkuatkan jentera serangan dan mereka juga sudah berbelanja banyak setahun sebelum itu.”

“Saya rasa duit merupakan hal terpenting tapi itulah masalah Arsenal, mungkin mereka tidak meletakkan nilai yang sama banyak seperti seteru mereka.”

Arsenal mungkin telah melalui jendela perpindahan terbesar mereka, namun mereka tidak membelanjakan dana untuk mendapatkan pemain kelas dunia.

Mereka membayar Ben White dengan separuh dari harga yang dibayar oleh Manchester City untuk menandatangani Jack Grealish dari Aston Villa.

Manchester United dan Chelsea juga turut berbelanja besar, dengan melihat pemain seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane dan Jadon Sancho turut melengkapkan perpindahan menyertai setan merah.

Manchester United hanya mengeluarkan dana bernilai £126 juta sahaja untuk mendapatkan kesemua pemain itu, sementara Chelsea pula memecah rekod perpindahan tertinggi dengan membawa Lukaku kembali ke Stamford Bridge dari Inter dengan yuran perpindahan bernilai £97.5 juta.

Sementara Arsenal mengeluarkan dana untuk menandatangani enam pemain dengan pengarah teknikal kelab, Edu sibuk menguruskan kayu mati yang masih disimpan oleh kelab.

Selepas mengeluarkan dana bernilai £50 juta untuk White, The Gunners kemudian melengkapkan penandatanganan Martin Odegaard dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Mereka turut berjaya menandatangani pemain right back, Takehiro Tomiyasu dari Bologna yang ditandatangani dengan nilai £17.2 juta.

Albert Sambi Lokongo dari Anderlecht turut ditandatangani dengan yuran bernilai £15 juta dan pemain left back, Nuno Tavares ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta dari Benfica.

Namun pasukan dari London itu juga turut berjaya memperoleh £28 juta hasil penjualan pemain seperti Joe Willock ke Newcastle dan Locas Torreira ke Fiorentina.

Mereka turut terselamat dari terus membayar gaji Willian yang bernilai £220,000 seminggu, selepas bintang Brazil itu memilih untuk meninggalkan kelab, dan menyertai Corinthians.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Aubameyang: Perbezaan Di Antara Arsene Wenger & Jurgen Klopp