Gol tunggal Luka Modric sudah cukup untuk menghancurkan impian Perancis untuk mempertahankan gelaran juara UEFA Nations League (UNL) yang dimenangi mereka pada tahun lalu.
Kemenangan Croatia ini telah memberikan pasukan juara dunia itu kekalahan kedua di saingan League A Kumpulan 1 selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan.
Dengan dua kekalahan dan dua keputusan seri, Perancis kini berada di tangga tercorot kumpulan dengan dua mata dan Denmark mendahului carta dengan 9 mata diikuti Craotia 7 mata.
Dengan dua perlawanan berbaki adalah mustahil untuk Perancis mengejar dan menjadi juara kumpulan untuk mara ke final empat teratas dan masih berpeluang mengelakkan dari tersingkir ke League B.
◎ 10th October 2021: France win the 2020/21 UEFA Nations League
◉ 13th June 2022: France fail to win any of their opening four 2021/22 UEFA Nations League games
Their reign lasted 246 days. pic.twitter.com/oahbl4fLb7
— Squawka News (@SquawkaNews) June 13, 2022
Jurulatih Perancis Didier Deschamps merombak pasukannya sekali lagi kerana dia mahu merehatkan pemain pada penghujung musim dan dalam semua empat perlawanan di bulan ini tidak pernah menurunkan barisan pemain terbaik.
Les Bleus kelihatan ketandusan idea ketika tewas kepada Denmark ditambah dengan keputusan seri menentang Croatia dan Austria pada perlawanan pusingan pertama.
Memasuki perlawanan pusingan kedua Perancis terciduk kepada pasukan yang mereka tewaskan pada perlawanan akhir Piala Dunia empat tahun lalu.
Kejayaan ini merupakan kemenangan pertama Croatia ke atas Perancis dalam sejarah kewujudan pasukan bola sepak Croatia yang akhirnya melunaskan dendam kekalahan di final Piala Dunia.
Croatia have beaten France for the first time in the nation's history.
LLLDDLLLDW
Revenge for 2018. 😉 pic.twitter.com/KXGMgaihXA
— Squawka (@Squawka) June 13, 2022
Croatia mendahului selepas lima minit permainan apabila Luka Modric menyempurnakan sepakan penalti selepas Ibrahima Konate mengasari Ante Budimir.
Jaringan ini merupakan gol ke-22 Modric dalam 153 perlawanan untuk Croatia.
Pemilik bersama PSG, Kylian Mbappe mempunyai dua peluang tetapi pasukan pelawat yang lebih banyak mengancam terutamanya pada minit ke-17 menerusi Josip Brekalo.
Deschamps melakukan dua pertukaran pada separuh masa, membawa masuk Aurelien Tchouameni mengganti Boubacar Kamara di bahagian tengah dan Benjamin Pavard untuk Jules Kounde di sayap kanan pertahanan.
Mbappe mempunyai beberapa lagi peluang tetapi penjaga gol Croatia, Ivica Ivusic berjaya menyelamat dengan selesa ketika Croatia mengawal rentak permainan.
This will be one of the best midfield trios at the 2022 World Cup:
👤 Marcelo Brozović
👤 Mateo Kovačić
👤 Luka ModrićDiscuss. 🇭🇷 pic.twitter.com/3GdWry7Fhg
— Squawka (@Squawka) June 13, 2022
Antoine Griezmann menggantikan Matteo Guendouzi dengan baki 10 minit dalam percubaan terakhir oleh Deschamps untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.
Tetapi ia terbukti sia-sia apabila Perancis gagal menjaringkan gol buat kali pertama selepas menjaringkan gol dalam 23 perlawanan sebelum ini.
Didier Deschamps mengakui melalui bulan yang sukan lantaran kehilangan keyakinan diri.
‘Ia adalah bulan Jun yang sukar dari segi keputusan. Kami tidak mempunyai tenaga dan kekuatan menentang pasukan yang mempunyai lebih daripada kami,’ kata Deschamps.
‘Kami kehilangan sedikit keyakinan diri dan kurang bertenaga di Nations League. Apabila anda bermain begitu banyak permainan, ia sangat sukar.’
Kesebelasan Utama Perancis: 16 Maignan; 5 Kounde, 4 Konate, 3 Kimpembe, 18 Digne; 14 Rabiot, 13 Kamara, 6 Guendouzi, 12 Nkunku; 19 Benzema, 10 Mbappe
Pemain simpanan: 1 Lloris, 23 Areola, 2 Pavard, 7 Griezmann, 8 Tchouameni, 9 Ben Yedder, 11 Coman, 15 Clauss, 17 Saiba, 20 Diaby, 22 T Hernandez
Kesebelasan Utama Croatia: 23 Ivusic; 3 Stanisic, 20 Erlic, 6 Sutalo, 22 Juranovic; 10 Madrid, 11 Brozovic, 8 Kovacic; 15 Pasalic, 17 Budimir, 7 Brekalo
Pemain simpanan: 1 Livakovic, 12 Labrovic, 2 Pongracic, 4 Majer, 5 Caleta-Car, 9 Kramaric, 13 Vlasic, 14 Sucic, 16 Jakic, 18 Orsic, 19 Ivanusec, 21 Vida
Format Nations League
Format UEFA Nations League dibahagikan kepada League A, B, C dan D di mana League A, B dan C mempunyai 16 pasukan yang dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan 1, 2, 3 dan 4.
Manakala League D dihuni tujuh pasukan sahaja yang terdiri dari dua kumpulan. Juara kumpulan di League A akan beraksi di separuh akhir bagi merebut trofi Nation League yang akan dilangsungkan pada jun 2023.
Juara kumpulan League B, C dan D akan mendapat promosi naik ke liga lebih atas dan pasukan tercorot di League A dan B akan diturunkan ke liga bawah.
Namun di League C hanya dua pasukan sahaja yang akan turun ke League dan empat pasukan yang berada di tempat tercorot akan bermain play-off untuk terus kekal atau jatuh ke bawah.
Ini bermakna Piala Nations League ini dipertandingkan setiap dua tahun, setahun main liga dan setahun lagi main final.
Portugal adalah juara Nations League edisi pertama yang berlangsung pada 2019 dan Perancis pula merupakan juara edisi kedua yang berlangsung pada tahun 2021.
LEAGUE A
Group A1: Netherlands, Italy, Bosnia and Herzegovina, Poland
Group A2: England, Belgium, Denmark, Iceland
Group A3: Portugal, France, Sweden, Croatia
Group A4: Switzerland, Spain, Ukraine, Germany
LEAGUE B
Group B1: Austria, Norway, Northern Ireland, Romania
Group B2: Czech Republic, Scotland, Slovakia, Israel
Group B3: Russia, Serbia, Turkey, Hungary
Group B4: Wales, Finland, Republic of Ireland, Bulgaria
LEAGUE C
Group C1: Montenegro, Cyprus, Luxembourg, Azerbaijan
Group C2: Georgia, North Macedonia, Estonia, Armenia
Group C3: Greece, Kosovo, Slovenia, Moldova
Group C4: Albania, Belarus, Lithuania, Kazakhstan
LEAGUE D
Group D1: Faroe Islands, Latvia, Andorra, Malta
Group D2: Gibraltar, Liechtenstein, San Marino