Gonzalo Higuain Koyak Diejek Pemain Lawan Selepas Sepakan Penalti Melambung Ke Bulan

Gonzalo Higuain mekalui debut yang tidak diinginkan bersama Inter Miami apabila pasukannya tewas 3-0 kepada Philadelphia Union di MLS pada Ahad.

Higuain menyertai kelab milik David Beckham itu selepas meningglkan Juventus turut terlepas peluang keemasan menjaringkan gol apabila sepakan penalti yang diambilnya melambung tinggi.

Bekas pemain Real Madrid itu hampir menghadirkan debut yang sempurna di Subaru Park, namun sepakan basikal yang dilakukannya pada minit ke-20 sekadar mengegar tiang.

Dan pada ketika pasukannya ketinggalan 2-0, Higuain sekali lagi diberikan kesempatan untuk menjaringkan gol, tetapi kesempatan yang hadir melalui sepakan penalti pada minit ke-77 itu disia-siakan apabila rembatannya meliar.

Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku jika sepakan itu berjaya disempurnakan. Ia mungkin memberi ruang untuk Inter Miami bangkit dari ketinggalan.

Pemain Philadelphia Union turut meraikan kegagalan Higuain menyempurnakan sepakan tersebut, dan pemain dari Argentina itu jelas koyak dengan ejekan lawannya itu.

Insiden tolak menolak dan saling maki-maki berlaku di antara Higuain dan pemain Philadelphia yang tidak berhenti menganjing. Nasib baik Higuain tidak menangis dan mengadu hantar email kepada David Beckham.

Higuain kini gagal menjaringkan gol dari empat penalti terakhir yang diambilnya dalam semua pertandingan.

Anthony Fontana, Ilsinho dan Brenden Aaronson masing-masing menjaringkan satu gol untuk Philadelphia sekali gus menghumban Inter Miami ke tempat kedua tercorot di Eastern Conference.

Jurulatih Inter Miami, Diego Alfonso bagaimanapun kekal optimis Higuain mampu memberikan sumbangan bermakna buat pasukannya pada masa hadapan.

“Ketibaann Higuain membawa pengalaman dan impak positif kepada pasukan, pertama kerana kualiti yang dimilikinya akan membantu meningkatkan tahap permainan dan akan memberikan impak kepda pemain muda untuk meningkat naik,” kata Alfonso kepada AFP pada awal bulan ini.

“Ia adalah kebaikan untuk dua pihak. Kami telah melihatnya kepada Matuidi dan jika kami berjaya membawa masuk Gonzali, kedua-duanya akan memberikan kebaikan kepada kami.”

Setelah melengkapkan perpindahannya ke Amerika Syarikat tempoh hari, Higuain berikrar akan menggunakan pengalamannya untuk membawa kejayaan segera kepada kelab tersebut.

BACA:  [VIDEO]: 5 Gol Daripada 3 Perlawanan! Messi Terus Mengganas Di Bumi Amerika