[VIDEO]: 5 Gol Daripada 3 Perlawanan! Messi Terus Mengganas Di Bumi Amerika

Lionel Messi terus mengganas di bumi Amerika apabila menjaringkan gol di dalam tiga penampilan berturut-turut bersama Inter Miami.

Lebih menarik Messi kini turut menjaringkan lebih daripada satu gol untuk pasukan baharunya itu untuk dua perlawanan berturut-turut.

Terbaru bintang dari Argentina itu menyumbat dua gil dalam perlawanan Piala Liga untuk membantu Inter Miami menewaskan Orlando City dengan jaringan 3-1.

Tidak perlu menunggu lama, Messi mencetak nama sebagai penjaring seawal minit ke-7 sebelum menyumbat satu lagi jaringan pada minit ke-72 perlawanan.

Jaringan pertama Messi terhasil apabila pemain itu berjaya menahan kemas bola hantaran Robert Tayloe, sebelum menggelecek beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan deras yang terlebih dahulu terkena bahagian bawah palang gol sebelum menerjah jaring.

Messi sekali lagi menggamatkan suasana perlawanan apabila menerima hantaran daripada Josef Martinez sebelum meledakkan rembatan dengan kaki kanan untuk membenarkan Inter Miami mendahului 3-1 pada minit ke-72.

Inter Miami turut cemas pada awal babak kedua apabila pemain Orlando, Mauricio Pereyra bertembung dengan Messi.

Bekas bintang Barcelona dan PSG itu kelihatan terbaring kesakitan dan memegang bahagian rahangnya buat seketika sebelum berdiri semula.

Perlawanan yang berlangsung pada pagi ini juga menyaksikan Messi menerima layangan kad kuning pertamanya bersama Inter Miami selepas melakukan bentesan keras terhadap pemain lawan pada minit ke-21 perlawanan.

Perlawanan menentang Orlando City ini turut menyaksikan bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona melakukan penampilan pertamanya bersama Inter Miami.

BACA:  Messi Perli Sinis Ronaldo, Anggap Saudi Pro League Liga BBNU