Graeme Souness Dakwa Shiekh Mansour Mahu Beli Liverpool Sebelum Memiliki Man City

Graeme Souness mendakwa yang Shiekh Mansour sebenarnya beberapa kali berusaha untuk membeli Liverpool sebelum beliau akhirnya memiliki Manchester City.

Legenda Liverpool itu ketika kariernya beliau pernah memenangi lima gelaran liga dan tiga gelaran Eropah bersama The Reds.

Beliau ketika bertugas di Sky Sports telah membuat dakwaan berkait minat Shiekh Mansour untuk mendapatkan Liverpool sebelum membeli Manchester City.

“Saya pergi ke Dubai 12, 13 tahun lalu.”

Jelas legenda Liverpool yang kini berusia 63 tahun itu.

“Saya berjalan di hotel bersama isteri dan anak saya, lepas tu saya pergi ke Nobu Restaurant yang mana tempat itu sudah kosong selepas makan tengah hari.”

“Dalam perjalanan keluar, seseorang datang dan memperkenalkan diri dia, kemudian seorang gadis datang dan dia juga perkenalkan diri dia sebagai Amanda. ‘saya penyokong Liverpool’, begitulah dia kata.”

“Ketika perbualan itu, dia kata, ‘saya bertanggungjawab untuk membawa keluarga Abu Dhabi ke Manchester City’, dan saya kata, ‘tapi lima minit lalu kamu kata kamu penyokong Liverpool, kenapa kamu tak bawa mereka ke Liverpool?”

“Dia kata, ‘saya cuba dan saya berusaha tapi Gillett dan Hicks sangat sukar untuk diajak berunding, mereka sekadar pergi begitu saja.”

Amanda mungkin benar kerana Tom Hicks dan George Gillett Jr merupakan individu yang mengendalikan Anfield pada Februari 2007 hingga Oktober 2010, dan mereka sememangnya tidak disukai oleh ramai orang.

Kedua-dua mereka gagal untuk memenuhi segala janji mereka termasuk pembinaan stadium baru dan tidak mampu memberikan dana kepada pengurus, Rafa Benitez.

Ekoran dari kesukaran yang dilalui oleh pimpinan kelab dan bantahan dari para penyokong, kedua-dua mereka akhirnya menjual Liverpool kepada John W Henry dan FSG.

Sejak pengambilalihan pemilik baru, Liverpool berjaya memenangi League Cup, Super Cup, Champions League dan terbaru mereka akhirnya berjaya menamatkan kemarau 30 tahun dengan memenangi gelaran Premier League.

Ia bermaksud, seandainya Mansour berjaya mendapatkan Liverpool pada ketika itu, The Reds berkemungkinan akan mengecapi kejayaan yang lebih menakjubkan kerana mempunyai dana yang mencukupi.

Sejak membeli Manchester City pada tahun 2008, beliau sudah berjaya menikmati lima gelaran Premier League, dua gelaran FA Cup dan enam gelaran League Cup.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho Meroyan Lagi, Minta Penyokong Manchester United Lebih Bersabar