Graeme Souness Langsung Tak Kagum Melihat Pogba Catat Empat Assists Dalam Satu Perlawanan

Graeme Souness langsung tidak teruja atau kagum dengan persembahan Paul Pogba ketika aksi Manchester United bertemu Leeds United malam kemarin.

Walaupun pemain kebangsaan Perancis itu telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh menakjubkan, namun Souness menganggap ia hanya aksi biasa dari pemain mega seperti Pogba.

Ketika awal musim panas lalu, Pogba telah beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis dalam aksi saingan Euro 2020.

Beliau ketika itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan telah menimbulkan persoalan dikalangan peminat tentang mengapa beliau gagal mempamerkan rentak persembahan yang sama ketika beraksi bersama Manchester United.

Walau bagaimanapun, ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim ini, Pogba telah membuktikan yang beliau mampu mempamerkan aksi persembahan yang sama, jika beliau diberi kelonggaran untuk bergerak bebas di bahagian midfield.

Pemain midfield itu berjaya mencatatkan empat assists dari lima gol yang berjaya dijaringkan oleh setan merah ketika membelasah Leeds United 5-1.

Kebanyakan peminat dilihat benar-benar teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh bekas bintang Juventus itu.

Walau bagaimanapun, Graeme Souness langsung tidak menunjukkan rasa kagum atau terujanya beliau melihat persembahan Pogba, dengan beliau menganggap Mason Greenwood sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ketika Micah Richards mencelah dengan menyebut tentang Pogba, bekas bintang Liverpool itu dengan segera menyatakan yang empat assist dari Pogba merupakan satu hal yang memang sudah dijangka.

Greenwood yang dipuji oleh Souness merupakan salah seorang penjaring gol untuk setan merah dan beliau sememangnya mempamerkan aksi persembahan yang cukup mantap di posisi serangan United.

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan untuk memikirkan mengapa Souness lebih mengagumi aksi Greenwood berbanding Pogba yang jelas lebih cemerlang ketika aksi bertemu Leeds kemarin.

Selain Pogba yang cemerlang mencatatkan empat assists, Bruno Fernandes juga turut cemerlang mencipta hat-trick dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer jelas memulakan kempen saingan liga musim ini dengan sangat baik dan mereka tentunya telah berjaya membuatkan pasukan lain akan lebih berhati-hati ketika bertemu mereka selepas ini.

Legenda Liverpool itu turut menyatakan yang United sebenarnya membazirkan duit untuk mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund kerana mereka sudah memiliki pemain sehebat Greenwood.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu dilihat akan ditolak untuk bermain di posisi penyerang dan akan meninggalkan posisi sayap kanan untuk Jadon Sancho.

Satu hal yang menarik tentang kenyataan dari Sourness adalah nilai Pogba sebenarnya bukanlah £100 juta seperti apa yang beliau dakwa.

Sementara Jack Grealish yang ditandatangani dengan nilai £100 juta turut gagal untuk menjaringkan gol atau pun mencatatkan assists ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Jadi bagaimana Sourness boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sudah menjangkakan empat assists dari pemain bernilai £100 juta.

Mungkin benar kata Micah Richards yang Pogba tidak dipuji kerana beliau bukan orang Inggeris dan kerana itulah setiap aksi cemerlangnya tidak akan dihargai dan setiap kesilapannya akan dikecam.

Micah Richards turut menyamakan situasi Pogba dengan pemain kebangsaan England, yang mana ketika Kane tidak turun menjalani sesi latihan, tiada sesiapa akan menghentamnya.

Pogba berjaya menjadi pemain pertama dalam sejarah United yang berjaya mencatatkan empat assists dalam satu perlawanan

Namun Pogba yang tidak pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford, tetap dikecam oleh peminat yang percaya dengan kenyataan palsu dari media tentang beliau mahu meninggalkan United.

Souness sepertinya perlu lebih berlapang dada dan bersikap lebih matang ketika bertugas sebagai seorang penyampai.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Deschamps: Pogba Tidak Mampu Gendong Perancis Berseorangan