Graeme Souness telah mempertikaikan tentang mengapa Manchester United menandatangani Jadon Sancho, sedangkan mereka sebenarnya tidak memerlukan pemain kebangsaan England itu.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melihat Sancho tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama United bertemu Southampton.
Buat kali kedua dari dua perlawanan awal dalam saingan Premier League, Ole Gunnar Solskjaer sekadar meletakkan Jadon Sancho di bangku simpanan sahaja.
Away day ready 👊
Presenting your #MUFC starting XI for #SOUMUN 👇
— Manchester United (@ManUtd) August 22, 2021
Penyampai Sky Sports, Graeme Souness percaya yang Manchester United sebenarnya boleh meneruskan aksi musim ini walau tanpa kehadiran Sancho.
Beliau yakin yang jentera serangan United ketika ini sudah cukup bagus, dan walau tanpa kehadiran Sancho, mereka tetap mampu untuk menghasilkan sesuatu.
Beliau kemudiannya bercakap tentang Mason Greenwood, yang diturunkan dalam kesebelasan utama United ketika bertemu The Saints malam ini, dengan menyatakan:
“Jadon Sancho… Saya tak pasti kalau mereka sebenarnya perlukan dia kerana mereka sudah ada Greenwood yang boleh bermain di posisi sayap, bahkan saya rasa dia sebenarnya boleh bermain dengan sangat bagus di tengah.”
🗣"I'm not sure if they really needed him."
Graeme Souness believes that Manchester United could have coped without signing Jadon Sancho due to them having enough firepower up-front. pic.twitter.com/fzZInyLB39
— Football Daily (@footballdaily) August 22, 2021
Sancho menyertai Manchester United dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai £73 juta.
Beliau hanya dimasukkan pada aksi babak kedua permainan ketika aksi kemenangan 5-1 membelasah Leeds United minggu lalu.
Beliau juga berkemungkinan akan dimasukkan sebagai pemain gantian juga ketika aksi bertemu Southampton malam ini.
Souness sepertinya bakal menjadi mangsa kecaman para penyokong United selepas ini, kerana beliau kerap mempertikaikan tentang para pemain setan merah.
🗣 Graeme Souness: "Jadon Sancho… I'm not sure if they [#mufc] really need him because you've got Greenwood who can fill in a wider area, although I think he will ultimately be through the middle." [Sky Sports]
— UtdDistrict (@UtdDistrict) August 22, 2021
Beliau sebelum ini sempat bertekak dengan Micah Richards berkait kehebatan Paul Pogba yang mampu mencatatkan empat assists ketika aksi bertemu Leeds United.
Souness ketika itu menyatakan yang beliau tidak terkejut melihat Pogba mencatatkan empat assists kerana merasakan ia sudah menjadi tugas untuk pemain mega sepertinya melakukan hal seperti itu.
Kali ini beliau tampil lagi mempertikaikan tentang pemain setan merah dan tentunya kem Manchester United tidak akan gembira tentang hal tersebut.
Bercakap tentang keputusannya untuk meletakkan Sancho di bangku simpanan, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa:
'It makes no sense!' Man United fans slam Solskjaer for benching Sancho again – as Graeme Souness insists they didn't even NEED to sign him https://t.co/1F1VDySwZp
— MailOnline Sport (@MailSport) August 22, 2021
“Sudah tentu, ramai akan minta untuk turunkan Sancho dan Varane, tapi kamu perlu beri mereka masa.”
“Jadon bermain pada awal minggu ini dan dia sebenarnya lebih bersedia berbanding Varane.”
United tentunya mengharapkan agar mereka berjaya mengutip tiga mata penuh dalam aksi bertemu Southampton ini dalam usaha untuk terus mencabar kejuaraan liga.
*Greenwood has a fantastic performance as a CF*
Souness: “Did they need to spend 70 odd million on Sancho (a RW)?” https://t.co/C0n4cRYILG
— Buscape (@AliquamScripto) August 15, 2021
Manchester United pada musim ini menyasarkan setidak-tidaknya satu Piala dan dengan kemampuan pemain yang mereka miliki, hal itu sepertinya tiada masalah untuk direalisasikan.
Sumber: SPORTbible