Guardiola: Manchester City Tidak Pernah Berminat Dengan Virgil Van Dijk

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk membawa masuk bekas pemain Southampton, Virgil van Dijk ke Etihad Stadium berikutan perpindahan pemain ini ke Liverpool.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun ini bakal melengkapkan perpindahannya ke Liverpool 1 Januari nanti selepas Southampton menerima tawaran berjumlah £75 juta awal pagi semalam. Nilai perpindahan tersebut adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar Liverpool dalam pasaran perpindahan dan rekod dunia buat pemain pertahanan.

van Dijk akhirnya menyertai Liverpool selepas beberapa tahun beraksi bersama Liverpool II

Pemain antarabangsa Belanda ini sudah menjalani pemeriksaan perubatan bersama Liverpool kelmarin dan melepasinya dengan cemerlang. Van Dijk dilaporkan bakal menerima gaji mingguan berjumlah £180,000 di Anfield.

Sebelum perpindahan ini, van Dijk telah dikaitkan dengan beberapa kelab besar yang lain seperti Chelsea dan Manchester City.

Pep Guardiola melihat bekas pemain Celtic ini sebagai calon terbaik untuk menggantikan tempat Vincent Kompany yang sering tercedera. Manakala, Chelsea pula mahu pemain ini mengisi satu slot dalam sistem 3 pertahanan yang diterapkan Antonio Conte di Stamford Bridge.

City tidak pernah berminat untuk mendapatkan van Dijk

Walaubagaimanapun, Guardiola telah menafikan yang beliau berminat untuk mendapatkan khidmat van Dijk untuk memperkuatkan barisan pertahanannya. Guardiola telah ditanya soalan tersebut oleh pemberita selepas pasukannya menang 1-0 ke atas Newcastle awal pagi tadi.

“Tidak. Tidak, tidak sama sekali.”

Apabila ditanya adakah beliau pernah memasang sebarang niat untuk mendapatkan van Dijk, ini respon beliau.

“Tidak.”

Nehi nehi nehi, ujar Pep

Manchester City kini selesa di persada Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 15 mata di hadapan pencabar terdekat dan jiran mereka, Manchester United yang hanya mampu seri menentang Burnley dua hari yang lepas.

Sedikit info mengenai pembelian terbaru Liverpool ini, Van Dijk pernah beraksi bersama FC Groningen sebelum menyertai Willem II pada 2010. Beliau membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013.

Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic ketika itu. Seperti dijangka, pemain ini bersinar di Celtic sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke Southampton.

Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada perpindahan musim panas lalu tetapi perpindahan ke Liverpool terpaksa dilupakan ketika itu kerana Southampton membuat aduan kepada pihak FA atas cubaan Liverpool mendapatkan van Dijk melalui cara yang tidak sah.

BACA:  Alonso Lebih Rela Kekal Di Leverkusen Daripada Menguruskan Darwin Nunez