Perancis 3 Switzerland 3
Karim Benzema m57,59, Paul Pogba m75; Haris Seferovic m15,81, Mario Gavranovic m90 *Switzerland menang penalti 5-4
Sebelum kejohanan Perancis dilabelkan pasukan yang akan menjuarai EURO 2020. Perancis menang dalam perlawanan pembukaan menewaskan Jerman hasil jaringan sendiri Matts Hummell.
Selepas itu Perancis diikat 1-1 oleh Hungari dan 2-2 oleh Portugal. Ia menjadi persoalan adakah Perancis masih lagi calon teratas berbanding pasukan lain seperti Sepanyol yang semakin meningkat.
Perancis bermula dengan Back 3, dikejutkan Seferovic
Didier Deschamps melakukan sedikit kejutan apabila menggunakan back 3 dengan menolak Adrien Rabiot bertindak di bahagian wingback. Keadaan itu meletakkan hanya 2 pemain midfielder dibelakang Antoine Griezmann.
Situasi itu mungkin dilakukan kerana Perancis mempunyai ramai pemain dalam senarai kecederaan seperti Ousmane Dembele, Marcus Thuram, Jules Kounde dan Lucas Digne yang telah dihantar pulang.
Perancis dan Switzerland bermula dengan agak perlahan dan berhati-hati namun seimbang. Pada suku permainanan Switzerland melakukan 155 sentuhan manakala Perancis 153 sentuhan.
Ketika perlawanan masih belum panas sepenuhnya, Switzerland mendapat gol pendahuluan melalui tandukan berbisa dari Haris Seferovic.
Jaringan tersebut dari gerakan Steven Zuber di sebelah kanan sebelum melintangkan bola ke dalam kotak penalti. Seferovic menggunakan kekuatan fizikal mengalahkan Clement Lenglet yang kemudiannya terkedu melihat bola masuk ke dalam gawang pasukannya
Perancis langsung tidak mendapat rentak sepanjang 23 minit pertama perlawanan.
Perancis improve tetapi Switzerland maintain
Perancis mula mendapat rentak terutamanya dibahagian kiri yang dijana oleh Rabiot namun masih belum cukup menghadirkan gentar pertahanan Swizerland.
Rabiot beberapa kali berjaya memecah masuk ke dalam kotak penalti lawan dan melakukan hantaran ke depan kotak 6 ela namun Karim Benzema dan beberapa pemain lain gagal berada di kedudukan tepat.
Peluang terbaik Perancis tiba pada minit ke-27 apabila pengadil perlawanan memberi sepakan percuma diluar kotak penalti pada jarak 23 meter dari pintu gol Switzerland.
Namun sepakan yang dilakukan oleh pemain paling laju berlari, Kylian Mbappe tersangkut di benteng lawan. Mbappe melakukan sepakan susulan tanpa pedoman yang menyaksikan bola pergi kemana entah.
Walaupun tempo permainan semakin meningkat tetapi kedua-dua pasukan tidak menunjukkan effort yang baik. Keputusan kekal 0-1 sehingga babak pertama tamat.
Sensasi Lloris Bangkitkan Moral Perancis, Leburkan Motivasi Switzerland
Bersambung babak ke-2, Dechamps melakukan perubahan taktikal dengan memasukan Kingslay Coman menggantikan Lenglet bagi menguatkan unit serangannya.
Ia menolak Rabiot ke bahagian fullback bagi membentuk 4-4-2 dan Coman bertindak sebagai winger.
Namun begitu, Pecancis hampir dikejutkan apabila pengadil, Fernando Rapallini mendapat panggilan dari pengawai VAR untuk menyemak kekasaran yang dilakukan oleh pemain Perancis terhadap Zuber.
Pengadil kemudiannya menganugerahkan sepakan penalti, tetapi Ricardo Rodriguez mengecewakan harapan peminat Switzerland disamping aksi penyelamat luar biasa dari Hugo Lloris.
Seperti Hakuto bertukar menjadi Ultraman begitulah Perancis, Perancis bertukar 360 darjah dan bangkit dalam perlawanan tersebut.
Ketika moral pemain Switzerland ranap, Perancis melakukan asakan bertali arus ke arah kubu lawan dan meraih 2 gol dalam tempoh 2 minit.
Bermula dengan percubaan Mbappe pada minit ke-56 yang sedikit tersasar, giliran Karim Benzema melakukan percubaan seminit selepas itu.
Gandingan adik-abang, Mbappe melepaskan hantaran kepada Benzema yang kemudiannya dia melakukan first touch berkemahiran tinggi untuk meletakkan bola dikedudukan terbaik untuknya melakukan percubaan.
Benzema berjaya menjaringkan gol penyamaan.
Berselang 2 minit Benzema sekali lagi menjaringkan gol melalui tandukan hasil hantaran dari Griezmann.
Tidak terhenti disitu, pada minit ke-75 giliran Paul Pogba menjaringkan gol ke-3 untuk Perancis melalui satu percubaan jarak jauh yang hebat.
Giliran Switzerland ‘menggila’
Entah dari mana, selepas diasak bertalu-talu sepanjang 25 minit bermula dari kegagalan menyempurnakan penalti, Switzerland kembali mendapat motivasi untuk membuka semula permainan.
Berbaki 9 minit, Seferovic berjaya merapatkan jurang melalui jaringan tandukan dari hantaran silang Kevin Mbabu dari sebelah kanan.
Switzerland mendapat gol ke-3 selepas 3 minit jaringan Seferovic namun jaringan Mario Gavranovic dibatalkan kerana offside.
Perancis agak leka dan yakin mereka masih boleh menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit.
Akhirnya Perancis dihukum apabila Switzerland memperolehi jaringan ke-3 ketika perlawanan memasuki minit ke-90 oleh Gavranovic.
Perancis hampir ditunjukkan tiket kapal terbang pulang ke Paris lebih awal dan perlawanan diheret ke masa tambahan.
Mula kepenatan
Perancis terus menekan untuk mencari gol kemenangan, beberapa peluang berjaya dihasilkan namun gagal disempurnakan sementara itu menjimatkan tenaga untuk digunakan dalam penentuan sepakan penalti.
Mbappe mempunyai 6 percubaan namun semuanya tidak tepat, ternyata ia bukan malam baik untuknya dan dia meneruskan momentum tersebut dalam penentuan sepakan penalti.
Drama box office itu akhinya dimenangi oleh Switzerland melalui sepakan penalti 5-4.
Penentuan sepakan penalti
Gravanovic (masuk), Paul (masuk) 1-1
Xherdan Shaqiri (masuk), Oliver Giroud (masuk) 2-2
Manuel Akanji (masuk), Marcus Thuram (masuk) 3-3
Ruben Vargas (hampir diselamatkan), Presnel Kimpembe (masuk) 4-4
Admir Mehmedi (masuk), Kylian Mbappe (diselamatkan) 5-4