Hakan Calhanoglu Bedal Kembali Zlatan Yang Menganjingnya di Perarakan Piala

Hakan Calhanoglu nyata tidak berdiam diri dan kembali membedal pemain yang sentiasa betul Zlatan Ibrahimovic yang telah menganjing dan memerlinya ketika majlis perarakan piala sempena meraikan kejayaan AC Milan meraih gelaran Serie A.

Zlatan Ibrahimovic dan Hakan Calhanoglu merupakan rakan sepasukan di AC Milan yang berjuang bersama di musim 2020/21.

Walaubagaimanapun Hakan Calhanoglu telah melepaskan kontraknya dan membuat keputusan untuk menyertai pasukan rival iaitu Inter Milan pada musim 2021/22.

Perpindahan pemain ke kelab yang berseteru sudah pasti menimbulkan kontroversi dan ada yang terbekas dengan situasi itu.

Apabila AC Milan berjaya mengatasi Inter Milan untuk meraih Scudetto pad Mei lalu, Zlatan Ibrahimovic yang sememangnya bermulut celupar telah menganjing Hakan Calhanoglu ketika perarakan.

Dia mengambil mikrofon dan berkata kepada orang ramai yang berhimpun:

“Hei, hantar mesej kepada Hakan.”

Kata-kata Zlatan itu telah disambut dengan ejekan dan cacian daripada penyokong AC Milan yang hadir.

Hakan Calhanoglu kini membalas serangan Zlatan yang menyakitkan dengan satu bedalan bukan secara fizikal tetapi keras dan pedas.

Bagi Hakan Calhanoglu, Zlatan seorang yang laparkan perhatian walaupun langsung tidak menyumbang kepada Scudetto tetapi seperti Zlatan wira yang membawa kejayaan itu.

Bercakap kepada Tivibu Spor, via football-italia, Calhanoglu berkata:

“Dia seorang lelaki berusia 40 tahun, bukan 18, jadi saya tidak akan melakukan perkara seperti itu pada usianya. Dia hanya suka menjadi pusat perhatian. Dia tidak menyumbang kepada Scudetto musim ini, dia hampir tidak bermain, tetapi dia akan melakukan segala-galanya untuk menjadi tumpuan.”

“Lagipun, dialah yang selalu menelefon saya, mengajak saya keluar makan malam atau menunggang motosikal. Dia menulis tentang saya dalam bukunya juga. Dia terpaksa menulis sesuatu, atau ia akan menjadi halaman kosong. Adalah lebih baik untuk tidak mengganggu, secara jujur.”

Apa yang dikatakan Hakan Calhanoglu ada benarnya seperti pendapat yang lain menyatakan bahawa Olivier Giroud adalah wira yang tak didendang.

Hakan Calhanoglu juga merungut sepanjang 4 tahun dia di sana, penyokong AC Milan tidak pernah chant namanya walaupun sekali dan kini bahagia amat di Inter Milan.

“Namun, saya sangat gembira di Inter dan sokongan peminat sangat membantu. Saya bermain di Milan selama empat tahun, tetapi tiada siapa yang melaungkan nama saya di tempat penonton, sedangkan ia berlaku setiap kali saya memanaskan badan untuk Inter.”

“Ia sangat sukar, kerana ia adalah bandar yang sama dan warna yang berbeza, tetapi saya bekerja keras dan tahu ini adalah peluang saya untuk menyertai juara bertahan Itali,” katanya kepada Tivibu Spor.

“Kemudian apabila pasukan yang saya sertai tidak memenangi Scudetto dan kelab lama saya menang, orang bertindak seolah-olah itu adalah kesalahan saya.

Pemain tengah Turki itu turut berkongsi kepercayaannya bahawa Inter adalah pasukan yang jauh lebih baik daripada pesaing sengit mereka, walaupun menamatkan saingan di belakang mereka dalam liga.

“Inter adalah skuad yang lebih kuat daripada Milan.”

“Kami tewas dalam perlawanan derby yang berubah secara tiba-tiba pada minit ke-75 selepas Ivan Perisic dan saya digantikan. Kami mendahului 1-0 dan kemudian tewas 2-1, jadi jurulatih menyumbang kepada kekalahan dan telah memaklumkan perkara itu kepada Simone Inzhagi.”

“Dalam separuh akhir Coppa Italia, kami menewaskan Milan 3-0.”

Calhanoglu berada di Milan dari 2017 hingga 2021, dia pergi sebagai ejen bebas selepas gagal menyetujui kontrak baharu dan pergi ke seberang bandar bersama musuh ketat mereka, Inter untuk memenangi Scudetto.

Jadi sudah tentu pemain tengah itu menjadi sasaran ejekan apabila Rossoneri merangkul gelaran Serie A.

BACA:  Serie A 2020/21: AC Milan 2-0 Bologna