Pengurus skuad kebangsaan Thailand Nualpham Lamsam mengesahkan Mano Polking telah meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan negara itu berkuatkuasa serta merta.
Kekosongan yang ditinggalkan Polking akan diisi oleh bekas pengendali Buriram United, Masatada Ishii.
Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) melaporkan kontrak Polking dipendekkan dan tidak akan diteruskan sehingga berlangsungnya Piala Asia 2024 seperti mana perancangan awal.
Jurulatih dari Brazil itu mula mengendalikan Thailand pada 2021. Sejak daripada itu, Polking merekodkan 21 kemenangan daripada 37 perlawanan – sekali gus menjadikannya jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Thailand.
Walaupun demikian kejayaan Polking bersama Thailand hanya terhad kepada pertandingan di peringkat Asia Tenggara. Selepas menjuarai Piala AFF 2020, Polking turut berjaya memastikan Thailand mempertahankan kejuaraan pada 2022.
#ThankYou มาโน่ โพลกิ้ง สำหรับการทำหน้าที่หัวหน้าผู้ฝึกสอนทีมชาติไทย ตลอดเวลา 2 ปี 56 วัน พร้อมสร้างความสุข และรอยยิ้มให้คนไทย ด้วยการพาช้างศึก คว้าแชมป์อาเซียน 2 สมัยติดต่อกัน
ขอให้ 'โค้ชมาโน่' ประสบความสำเร็จในเส้นทางหลังจากนี้ต่อไปในอนาคต#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #ManoPolking pic.twitter.com/2GhDM9soLF
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) November 22, 2023
Selepas tewas 2-1 kepada Iraq di perlawanan akhir King’s Cup pada 2023, Thailand turut tewas 3-1 kepada China di pusingan kelayakan Piala Dunia pada minggu lalu.
Kemenangan 3-1 ke atas Singapura di pusingan kelayakan Piala Dunia pada Selasa lalu bagaimanapun tidak cukup meyakinkan FAT untuk mengekalkan Polking, dan ia menjadi perlawanan terakhir dikendalikannya.
Kyodo News di Jepun turut mengesahkan Masatada Ishii akan menggantikan Polking.
Ini menjadikan Ishhi sebagai jurulatih kedua dari Jepun bergelar pengendali Thailand selepas Akira Nishino yang berjaya mengemudi skuad Gajah Perang ke pusingan akhir kelayakan Asia ke Piala Dunia 2022 yang lalu.
Pengendali berumur 56 tahun itu pernag menjuarai J-League sebagai pemain ketika bersama Kashima Antlers pada 1996 sebelum memulakan katier kejurulatihan pada 1998.
Sabagai jurulatih, Ishhi mengemudi Antlers muncul juara Piala J-League (Piala FA) pada 2015 dan skuad yang dibentuknya turut muncul juara J-League dan Piala Maharaja pada musim berikutnya.
Pada 2016, Ishhi turut membawa Antlers muncul naib juara Piala Dunia Kelab FIFA selepas tewas 2-4 kepada Real Madrid di perlawanan akhir.
Thanks Thailand! Just grateful for the journey over the past two years! Taking a break is crucial to recharge and will return ready for the new challenges! pic.twitter.com/Sx7k22bZ27
— Mano Pölking 🇧🇷 🇩🇪 (@manopolking) November 22, 2023
Polking turut mengeluarkan satu kenyataan selepas disahkan meninggalkan Thailand di media sosial.
“Terima kasih Thailand. Sangat bersyukur untuk pengalaman bersama sejak dua tahun lalu! Amat penting untuk berehat untuk bersedia menghadapi cabaran baharu!” Ujar Polking di X.
FAT dijangka akan mengesahkan pelantikan Ishii dalam masa terdekat.