Hari Itu Dalam Sejarah : Brazil Tewas 7-1 Kepada Jerman Di Piala Dunia 2014

Pada tarikh 8 Julai 2014, seluruh umat manusia di dunia pada hari itu menumpukan sepenuh perhatian kepada Separuh Akhir Piala Dunia 2014 yang menemukan dua gergasi dunia BRAZIL dan JERMAN.

Perlawanan yang berlangsung pada malam yang cerah di Estádio Mineirão, Belo Horizonte, Brazil di adili oleh Marco Rodríguez dari Mexico disaksikan oleh 58,141 penyokong kedua-dua pasukan.

Perlawanan bermula 10 minit pertama kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang. Pada minit ke-3 Brazil melalui Marcelo terlebih dahulu membuat percubaan tapi jauh tersasar.

Pada minit ke-7 Khedira membuat rembatan tapi terkena pemain mereka sendiri iaitu Kroos.

Pada minit ke-11 satu sejarah yang memalukan bola sepak Brazil bermula. Hasil sepakan penjuru Jerman mendapat gol pertama dari hasil jaringan Thomas Muller.

Brazil mula cuba mencari gol penyamaan tetap malangnya pada minit ke-23 Jerman medapat gol kedua hasil jaringan Klose.

Itu merupakan gol ke-16 Klose dan memintas Ronaldo sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Piala Dunia.

Hasil gol jaringan Klose itu adalah satu permulaan buruk bagi Brazil seminit kemudian Jerman menambah jaringan hasil jaringan Kross.

Pada minit ke-26 Kroos sekali lagi menjaringkan gol untuk meletakkan Jerman di depan dengan 4 gol tidak berbalas.

Brazil terus kehilangan punca dan tidak keruan lagi, ketiadaan Thiago Silva akibat pergantungan sangat dirasai.

Tidak sempat meratapi ketiadaan Silva, Jerman menambah lagi gol pada minit ke-29 melalui Sami Khedira.

Dalam tempoh 30 minit Brazil ketinggalan 5 gol berbalas kosong. Dengan gol yang selesa Jerman mengendur asakan dan Brazil terus hilang punca dan mati kutu sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh kedua Brazil membuat beberapa pertukaran dan membuat serangan memaksa Neuer terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan percubaan daripada Oscar, Paulinho dan Fred.

Pada minit ke-60, Muller membuat dua percubaan tetapi dinafikan oleh Julio Cesar. Dalam mencari gol Brazil di hukum oleh Schurrlle dengan menambah gol Jerman pada minit 69 dan 79.

Jerman mendapat standing Ovation dari para penyokong setelah mendahului 7-0 dan adalah mustahil untuk Brazil membuat kebangkitan kembali.

Jerman hanya bermain untuk menamatkan baki masa perlawanan sahaja tapi dalam pada itu di minit akhir perlawanan Ozil hampir menjaringkan gol kelapan tetapi tersasar. Kemudian pada minit 90 Brazil mendapat gol saguhati hasil jaringan Oscar.

Maka berakhirlah kempen Brazil di Piala Dunia dengan kekalahan memalukan 7-1 sebagai tuan rumah. Kekalahan itu merupakan rekod baru Brazil selepas mereka tewas 6-0 kepada Uruguay pada tahun 1920.

Kekalahan itu juga menamatkan rekod 62 perlawanan tanpa kalah Brazil di tempat sendiri. Maka menangislah seluruh Brazil ketika itu dibawah suhu 22 darjah celsius dengan kelembapan 51%.


Brazil v Germany 2014 FIFA World Cup Wikipedia the free encyclopedia

Tony Kroos dinobatkan sebagai Man Of The Match dan berikut merupakan statistik perlawanan.

Brazil v Germany 2014 FIFA World Cup Wikipedia the free encyclopedia stat

BACA:  Duduki Tangga Tercorot Bundesliga, Union Berlin Lantik Jurulatih Wanita Bantu Pasukan