Harry Kane Dilantik Menjadi Kapten England Di Piala Dunia 2018 Russia

Pengurus England, Gareth Southgate telah menamakan Harry Kane sebagai kapten pasukan England untuk menghadapi Piala Dunia 2018 di Russia.

Pengumuman tersebut dilakukan dalam satu pertemuan bersama pemain dan barisan kejurulatihan yang diadakan di St. George’s Park iaitu pusat latihan rasmi skuad England.

Kane mendapat manda rakyat England untuk menjadi kapten

Kapten Liverpool, Jordan Henderson dan pemain tengah Tottenham Hotspurs, Eric Dier pernah mengetuai skuad England sebelum ini di bawah Southgate tetapi Kane telah diberikan penghormatan untuk memakai lilitan lengan kapten di Piala Dunia nanti.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai kapten England yang baru, Kane memberitahu menjadi kapten pasukan kebangsaan adalah impiannya sejak kecil.

“Ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk bergelar kapten England. Saya selalu bermimpi untuk mewakili England ketika membesar dan menjadi kapten merupakan pencapaian yang lebih manis.”

“Saya sangat teruja untuk bermain di Piala Dunia. Saya sudah tidak sabar untuk berada di Russia dan merasai sendiri pengalaman bermain di Piala Dunia. Ia bakal menjadi pengalaman yang istimewa ditambah pula saya bakal mengetuai rakan sepasukan yang lain.”

Southgate percaya Kane bakal menggalas tugas kapten pasukan dengan baik

“Tetapi bagi saya, tanggungjawab ini tidak akan mengubah saya. Saya masih lagi individu yang sama dan pemain yang sama. Semuanya adalah mengenai pasukan. Kami akan melakukan perkara yang kami mampu lakukan dan mara sejauh yang mungkin.”

Pengurus England, Gareth Southgate memuji kualiti yang ada pada Kane dan menganggap penyerang Tottenham memiliki ramuan yang lengkap untuk memimpin England dalam kejohanan bolasepak terbesar di dunia.

“Harry Kane memiliki beberapa kualiti peribadi yang amat bagus. Beliau seorang pemain yang sangat profesional dan perkara paling penting apabila anda menjadi kapten pasukan adalah anda menetapkan satu tanda aras kepada pemain lain setiap hari.”

“Beliau mempunyai tanda aras dan keyakinan yang tinggi. Pelantikan beliau sebagai kapten telah memberi mesej kepada seluruh skuad yang anda juga mampu menjadi pemain terbaik dunia sekiranya anda kekal konsisten dalam satu tempoh jangka masa. Dan itulah perkara yang Kane telah lakukan.”

41 gol dijaringkan Kane bersama Spurs musim ini

“Sepanjang 18 bulan yang terakhir ini, perasaan saya mengatakan Harry Kane mempunyai keinginan yang kuat untuk memimpin pasukan ini dan beliau juga sedar mengenai kepentingan bekerjasama dengan pemain yang lain.”

“Sudah tentu, Kane masih lagi memerlukan sokongan daripada pemain senior yang lain kerana skuad ini mempunyai beberapa lagi pemimpin.”

“Anda tidak akan menjadi pasukan yang terunggul dengan hanya memiliki seorang kapten yang memiliki nilai yang baik.”

“Nilai yang baik haruslah dikongsi bersama dalam satu kumpulan. Saya percaya Kane berupaya untuk menggalas cabaran tersebut.”

England akan membuka tirai Piala Dunia dengan perlawanan menentang Tunisia pada 18 June sebelum bertemu Panama dan Belgium dalam jadual Kumpulan G.

Senarai Squad England Ke Piala Dunia Russia 2018

Dibawah merupakan senarai pemain England mengikut posisi pilihan Gareth Southgate untuk saingan Piala Dunia Russia.

Penjaga gol:

Jordan Pickford (Everton), Jack Butland (Stoke), Nick Pope (Burnley)

Pertahanan:

Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Kyle Walker, Kieran Trippier, Danny Rose (all Tottenham), Harry Maguire (Leicester), Phil Jones (Man Utd), John Stones (Man City), Gary Cahill (Chelsea)

Tengah:

Jordan Henderson, (Liverpool), Eric Dier, Dele Alli (both Tottenham), Jesse Lingard, Ashley Young (both Man Utd), Fabian Delph (Man City), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea),

Penyerang:

Raheem Sterling (Man City), Jamie Vardy (Leicester), Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Man Utd), Danny Welbeck (Arsenal).

Senarai Menunggu:

Tom Heaton (Burnley), James Tarkowski (Burnley), Lewis Cook (Bournemouth), Jake Livermore (West Bromwich Albion), Adam Lallana (Liverpool)

Kemungkinan kesebelasan utama England
BACA:  Kane Cabar Salah Ulangi Pencapaian Rangkul Kasut Emas Bagi Saingan Musim Hadapan