Harry Redknapp Membebel Kerana Tidak Tahan Dengan Permainan Boring England

Harry Redknapp tidak dapat menahan emosi dan terus membebel kerana tidak tahan dengan permainan yang boring lagi membosankan yang telah dipamerkan oleh skuad England.

Kata-kata kasar Harry Redknapp mengenai England yang “membosankan” telah menjadi viral sekali lagi selepas seri 0-0 dengan Amerika Syarikat pada malam Jumaat.

Selepas membelasah Iran 6-2 dalam perlawanan kumpulan pembukaan mereka, England bermain dengan penuh kebuntuan yang tidak dapat dilupakan di Stadium Al Bayt dan bahagian serangan hampir tidak melakukan apa-apa.

Mereka berada di landasan terbaik untuk layak dari Kumpulan B jika tidak tewas lebih 4-0 di tangan Wales dalam perlawanan akhir tetapi keputusan dan cara bermain amat tidak memberangsangkan.

Dan ia membawa kepada komen Redknapp kepada bola sepak antarabangsa dan England muncul semula dengan keluhan serta bebelan tanda kecewa.

“Kita tidak menang apa-apa!” Harry Redknapp berkata pada BT Sport.

“Kita layak (ke Piala Dunia), Kita menewaskan semua pasukan ini, 10 daripada 10 Kita menang. Kita sampai ke kejohanan terus jadi tidak berguna.”

“Malah saya hilang minat, saya duduk semalam dan tidak menonton perlawanan. Saya dengar pengulas berkata ‘kami bermain vs Malta dan nombor 18 ini, dia bekerja di kaunter pembayaran dalam seminggu’.”

Harry Redknapp juga tidak sabar untuk menunggu Liga Perdana kembali bersambung lantaran kecewa dengan permainan England.

“Saya berfikir, ‘untuk apa saya menonton ini?’ Saya tidak sabar untuk Liga Perdana bermula semula. Saya teruja, datang ke sini, menonton perlawanan yang betul [Crystal Palace vs West Ham].

“Dua minggu itu [rehat antarabangsa], bagi saya, adalah dua minggu yang mati.”

Permainan hambar England ketika menentang USA diakui oleh semua orang yang meramalkan England akan mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan tersebut, Amerika muncul sebagai pasukan yang lebih unggul di atas padang dan England hanya diselamatkan oleh pertahanan legenda, Harry Maguire.

Berusaha untuk memecah kebuntuan, pengurus England, Gareth Southgate telah melakukan gantian pemain dengan memasukkan Jordan Henderson, Jack Grealish dan Marcus Rashford, yang masing-masing menggantikan Jude Bellingham, Raheem Sterling dan Bukayo Saka.

Namun tindakannya yang tidak memasukkan pemain yang begitu cemerlang di dalam saingan liga bersama Manchester City, Phil Foden, membuatkan para penyokong berang.

Bagai menuang cuka di kulit yang luka akibat jatuh motor para penyokong, Southgate memberikan jawapan yang agak lucu ketika ditanya para jurnalis kenapa dia tidak menurunkan pemain yang muncul pemain muda terbaik dua musim berturut-turut tersebut.

“Kami rasa kami ambil tindakan yang betul untuk mengekalkan pasukan yang sama [ketika bertemu Iran] dari mula,” ujar Southgate.

“Pemain sayap, kami masukkan Jack dan Marcus berbanding Phil ketika membuat pertukaran. Kami rasa Jack akan mampu mengawal bola dengan baik untuk kami dan membantu memainkan bola ke atas.

“Kepantasan Marcus pula, kami rasa akan menjadi ancaman menuju ke penghujung perlawanan.

“Kami tak rasa Phil sesuai untuk bermain di [penyerang] tengah kerana dia tidak bermain di posisi itu di kelab.”

Bekas bek kanan England Gary Neville menyokong agar Foden diberikan permulaan kesebelasan utama kerana dia percaya pemain berusia 22 tahun itu adalah “bakat terbaik” negara.

“Saya tahu Phil Foden tidak bermain tetapi untuk Phil Foden tidak bermain untuk England adalah memalukan kerana dia adalah bakat besar.” katanya di ITV.

“Saya rasa dia pemain terbaik kami, bakat terbaik kami sejauh satu batu. Dia sepatutnya bermain dalam pasukan itu.”

Pertembungan England dengan Wales berlangsung di Stadium Ahmed bin Ali pada pukul 7 malam pada hari Selasa.

BACA:  Portugal Umum Skuad Rasmi Piala Dunia 2022