Hazard Hampakan Liverpool Dan Morata Di Anfield

Pertarungan di antara Liverpool dan Chelsea diibaratkan seperti battle di antara Haqiem Rusli dan Aiman Tino di arena bola sepak.

Chelsea yang baru meratapi pemergian rekod kemenangan mereka minggu lalu mahu Liverpool juga merasakan perkara yang sama.

Di dalam padang, sepanjang malam Morata membantu Liverpool bertahan. Pada separuh masa pertama beliau membantu Mignolet melakukan clearance di atas garisan gol.

Ini antara aksi clearance Morata yang menafikan peluang gol Chelsea.

https://twitter.com/CFCBlues_com/status/1045038729587544064

Aksi hebat Morata mendapat tepukan penyokong Liverpool ketika membantu bertahan dengan aksi ini

Namun Sarri tak ambil hati dengan apa yang dilakukan Morata. Kerana baginya, ia demi kebaikan Morata yang selepas ini mungkin akan dijual. Ada la dia back up posisi main pertahanan.

Liverpool yang masih menikmati Anugerah Puskas nampak begitu yakin akan clean sheet dalam perlawanan ini. Mana tidaknya, apabila ada pemain sebagus Morata menjadi pertahanan mereka.

Liverpool memiliki beberapa peluang gol. Namun mereka tidak menjaringkan gol kerana keampuhan penjaga gol Chelsea.

Daniel Sturridge memulakan separuh masa kedua dengan satu aksi kelakar. Terlepas peluang gol yang ternganga. Caballero pada awalnya menahan gelak namun tak mampu dan menngekek Caballero ketawa.

Willy Caballero menahan ketawanya

Marah dengan gelakan Caballero, Sturridge terus melibas masuk bola dan seluruh Anfield bergema dengan sorakan seperti budak-budak sekolah menyambut kedatangan lori milo.

Chelsea berusaha menyamakan kedudukan. Mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Emerson.

Berlaku sedikit konflik keluarga apabila Morata meminta pengadil view semula VAR.

Morata mendakwa dia berada dalam posisi offside. Kevin Friend terpaksa melakukannya selepas melihat ada titisan air mata Morata merata-rata di atas padang yang rata.

Morata jelas sekali kelihatan mengoffsidekan dirinya demi membantu Liverpool

Lalu jelas sekali Morata offside, dalam usaha membantu Liverpool menafikan gol itu. Namun pengadil tak melayan permintaan Morata kerana dia tak aktif.

Morata menjerit:

“Reff, saya aktif tadi reff.”

Gol diberikan kepada Chelsea. Penyokong Liverpool mulai resah apabila Chelsea mulai mendapat rentak.

Kemasukan Hazard membuatkan beberapa ribu penyokong Liverpool meninggalkan tempat duduk kerana tahu buang masa mereka berada di stadium lama-lama, kalau dah tahu keputusan perlawanan memihak Chelsea.

Shafiq Firmino pun beredar meninggalkan kedai mamak sambil dalam hatinya berkata, lebih baik aku gerak dulu sebelum Fendi Hazard gelakkan aku kalah.

Punyalah tak optimis penyokong Liverpool apabila terlihat kelibat Hazard.

Sarri sebelum itu bertanya sama ada para pemain beliau nak main penalti macam pasukan bekas pengurus mereka semalam ataupun tidak?

Semua orang geleng kepala dalam suasana kesejukan. Lalu dia pun berkata:

“Kalau tak nak main penalti, aku masukkan Hazard la.”

Sarri menjelaskan perkara itu kepada Willian yang menjadi satu-satunya pemain yang mahu beradu penalti dengan Liverpool.

Sarri meminta Klopp memasukkan pertahanan yang lebih baik daripada Moreno dan Lovren. Namun Klopp sudah kehabisan kuota pemain.

Sarri mendesak Klopp menukarkan pertahanan, namun Klopp tiada kuota lagi, berhuhu je la

Sarri mahu persaingan lebih adil untuk menjaringkan gol kerana beliau sudah memasukkan Hazard.

Sarri juga meminta kalau boleh masukkan Alisson sekali. Namun pemain itu tak ada dalam senarai kerana hari ini beliau perlu ke lapangan terbang untuk mengambil barang.

Lalu berbaki beberapa minit perlawanan, Hazard menggunakan jurus Keita Mandjou, menggelecek kesemua pemain termasuk Morata. Tiada apa yang dapat menghalang Hazard termasuk Morata.

Hazard melepaskan percubaan bak peluru. Mignolet terkejut dan hampir strok di depan gawang.

https://twitter.com/FootballFact101/status/1045054848213942272

Beberapa pemain Chelsea kemudian kelihatan sudah duduk membuka kasut dan membiarkan rakan-rakan lain bermain. Kerana mereka tahu Liverpool tak akan mampu membalas jaringan itu.

Klopp memasukkan Faiz Subri Mesir untuk cuba menyamakan kedudukan. Namun segalanya sudah terlambat.

Prittttt! Wisel penamat, kemenangan berpihak kepada pasukan Faiz Subri Perancis yang tidak beraksi.

Morata sayu dan meminta maaf kepada penyokong Liverpool.

Itulah kisah bagaimana gelecekan maut Hazard menyingkirkan Liverpool daripada Piala Carabao yang merupakan penaja mereka juga.

Sekian ulasan daripada pakar.

BACA:  #'LiVARpool' Trending Di Media Sosial Selepas Gol Mane Tak Dibatalkan