Here We Go: Declan Nasi Sertai Arsenal £105 Juta Bayar Kaedah Ansuran Mudah

Declan Rice ke Arsenal hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemain Arsenal.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano sudah menganggap perpindahan ini di paras Here We Go. Ayat keramat yang menyatakan bahawa rundingan itu jadi, kecuali pada Ziyech.

Arsenal menjadi satu satunya kelab yang berada dalam rundingan dengan West Ham selepas Manchester City menarik diri daripada persaingan mendapatkan Rice.

Sebelum ini West Ham menolak tawaran ketiga Arsenal bernilai £105 juta kerana tidak berpuas hati dengan struktur bayaran dicadangkan Arsenal.

West Ham kemudian menunggu bidaan kedua daripada Man City. Namun itu tak berlaku kerana Man City telah menarik diri.

Hal ini kerana City merasakan bidaan mereka sebelum ini bernilai £90 juta sebagai sangat munasabah untuk Rice.

Beberapa hari sebelum itu, pakar perpindahan Arsenal, David Ornstein mendedahkan bahawa Man City sebenarnya sedang mendahului Arsenal untuk mendapatkan Rice.

Dan Mikel Arteta sedia berjuang bersama Arsenal untuk cuba melakukan bidaan ketiga. Dengan berharap pemain itu memilih Arsenal berbanding City.

Man City yang menarik diri daripada persaingan dengan Arsenal membuatkan Mikel Arteta pasti lega.

Selepas itu, West Ham kembali membuka rundingan dengan Arsenal berkaitan nilai bidaan £105 juta yang mereka tolak sebelum ini.

Kedua dua pihak kemudian mencapai kesepakatan harga £105 juta. Dengan bayaran terjamin adalah £100 juta dan £5 juta lagi adalah bonus.

West Ham kemudian meminta Arsenal menyelesaikan £100 juta bayaran tetap itu dalam bentuk ansuran dalam tempoh 18 bulan sahaja.

Namun Arsenal meminta ansuran lebih lama sekitar 4 atau 5 tahun. Itu sahaja menjadi faktor penghalang pada masa itu.

Dan Fabrizio Romano percaya, isu itu terlalu kecil untuk diselesaikan kedua dua pasukan.

Akhirnya hari ini Declan Rice dibenarkan pergi ke Arsenal untuk menjalani ujian medikal. Ini selepas Arsenal setuju untuk membayar £100 juta dalam masa 18 bulan sehingga 2025.

Declan Rice sudah mempersetujui terma peribadi dengan Arsenal. Isu syarat dan terma peribadi sebenarnya tidak pernah menjadi masalah antara Arsenal dengan Rice.

Oleh sebab itu Arsenal FC hanya perlu menyelesaikan isu harga pemain itu dengan West Ham.

Declan Rice sentiasa menjadi keutamaan Arsenal sejak hari pertama jendela perpindahan dibuka. Di mana fokus Arteta dan Edu adalah Rice berbanding sasaran lain.

Pemain berusia 24 tahun yang bermain di posisi tengah itu merupakan pemain kebangsaan England. Dia sebelum ini menangguhkan niatnya untuk berpindah ke kelab lebih besar kerana mahukan minit permainan yang banyak bagi menjamin tempatnya dalam skuad Piala Dunia 2022 England.

Selepas itu, Declan Rice memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dengan West Ham.

Kelab itu mengesahkan mereka sudah beberapa kali mengemukakan tawaran kepada Rice termasuk tawaran dengan gaji £200 ribu seminggu. Dan ianya tetap ditolak Rice.

Moyes kemudian menyifatkan bahawa ia isyarat jelas bahawa mereka harus menjual Rice. Namun West Ham berkeras meminta harga £100 juta untuk pemain itu.

Kini Rice berpeluang meningkatkan lagi kariernya bersama Arsenal yang akan mencabar kejuaraan liga dan kembali beraksi di Liga Juara Juara Eropah.

Musim lalu, Rice mengetuai West Ham menjulang Liga Persidangan Eropah. Ianya hadiah terakhir Rice kepada peminat West Ham.

Pemain itu kelihatan menangis mengucapkan selamat tinggal kepada peminat West Ham. Dia tahu dia akan berpindah ke kelab lain dan meninggalkan legasi luar biasa di West Ham bersama The Hammers.

Artikel asal: Axello.net

BACA:  Hatrik Foden Bantu Cipta Rekod Baharu Premier League