Hitting The Apex – Filem Dokumentari MotoGP

Brad Pitt, melalui syarikat penerbitannya, telah menerbitkan satu filem dokumentari MotoGP yang bertajuk Hittin The Apex. Filem ini diarahkan seorang pengarah Inggeris, Mark Neale yang telah berjaya mengrah filem seperti Faster, Fastest dan Charge, Zero Emissions/Maximum Speed.

Naratif filem ini dibacakan sendiri oleh Brad Pitt yang juga merupakan seorang peminat tegar MotoGP. Filem ini berkisarkan tentang enam pelumba hebat; Valentino Rossi, Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Marc Marquez dan juga mendiang pelumba yang sedng meningkat naik pada tahun 2011, Marco Simoncelli.

Melalui filem ini penonton bakal melihat bagaimana permusuhan antara Rossi dan Lorenzo, bagaimana akrabnya Rossi dan mendiang Simoncelli, kehebatan Marquez meningkat naik dalam tempoh yang singkat dan juga bagaimana kemalangan pada kelajuan paling tinggi yang berlaku kepadanya.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 2 September di United Kingdom dan bagi mareka yang berada di luar UK boleh dapatkannya di Amazon.

Berikut adalah trailer filem ini :

BACA:  Pawang Hujan MotoGP Mandalika Dibayar Hampir RM1,500 Sehari Untuk Mengawal Cuaca