Pengurus England, Gareth Southgate telah menjelaskan mengapa Jesse Lingard akan diturunkan dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Austria selepas ini.
Jesse Lingard akan diturunkan dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Austria walaupun nama beliau sudah digugurkan dari senarai 26 pemain yang akan sertai Euro nanti.
Pemain midfield West Ham itu merupakan pemain yang paling berprestasi ketika ini selepas beliau mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama The Hammers.
❌ Jesse Lingard
❌ James Ward-Prowse
❌ Ollie Watkins
❌ Mason Greenwood
❌ Ben Godfrey
❌ Ben White
❌ Aaron RamsdaleEngland have named their final 26-man squad for Euro 2020 🏴 pic.twitter.com/xTIYiZodk0
— Goal (@goal) June 1, 2021
Lingard sedang melalui karier yang gemilang di London Stadium bersama West Ham di bawah kendalian David Moyes.
Beliau telah dipinjamkan dari Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu dan telah menunjukkan tahap prestasi yang cukup membanggakan.
Lingard berjaya menjaringkan 9 gol dari 16 penampilan dalam aksi saingan Premier League musim ini dan beliau juga merupakan nadi penting dalam membantu West Ham mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam.
Your #ThreeLions squad for #EURO2020! pic.twitter.com/egVtf4ORMT
— England (@England) June 1, 2021
Aksi hebat yang beliau pamerkan telah membantu beliau untuk dipanggil semula sertai skuad kebangsaan England pada tahun ini.
Bintang Manchester United itu tampil dalam tiga aksi kelayakkan Piala Dunia sebelum ini bertemu San Marino, Albania dan Poland.
Beliau turut mendapat pujian dari pengurus pasukan, Gareth Southgate yang kagum dengan sumbangannya pada ketika itu.
Namun begitu, walau beliau sedang dalam rentak persembahan terbaiknya, Lingard telah diketepikan dari senarai 26 pemain yang akan mewakili England di kejohanan Euro nanti.
Beliau awalnya turut disenaraikan dalam senarai 33 pemain awal pilihan Southgate, namun telah disingkirkan dari senarai akhir skuad England.
Jude Bellingham, Jordan Henderson, Kalvin Phillips, Declan Rice dan Mason Mount telah dipilih untuk mewakili England selepas tersingkirnya Lingard.
Gareth Southgate has said that despite being cut from his 26-man squad, Jesse Lingard is set to start England's first warm-up game against Austria tomorrow night, via @Matt_Law_DT
— SPORTbible (@sportbible) June 1, 2021
Walau bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu telah menandatangani perjanjian untuk turun beraksi sebagai kesebelasan utama bertemu Austria malam ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, senarai 26 pemain England itu masih boleh diubah sebelum aksi peringkat kumpulan bertemu Croatia pada 13 Jun nanti.
Oleh yang demikian, Lingard sebenarnya masih berpeluang untuk mengubah fikiran Southgate dan membuktikan kemampuan sebenar beliau.
Dan dengan Jadon Sancho akan berada di tepi padang, aksi perlawanan persahabatan bertemu Austria ini bakal menjadi medan terbaik untuk Lingard buktikan sesuatu.
“Dia (Lingard) akan bermain esok kerana Sancho sakit dan kebanyakkan pemain masih belum bersedia, dia bersama pemain yang lain akan beraksi esok. Dia berhak dapat peluang untuk buktikan yang saya salah.”
Jesse Lingard will start for England tomorrow – despite being left out of their Euros squad #ThreeLionshttps://t.co/LuX3QgSnQW
— talkSPORT (@talkSPORT) June 1, 2021
Jelas Southgate.
“Pemain lain yang ada bersama kami sekarang merupakan pemain standby dan kita perlu pastikan mereka sentiasa bersedia untuk turun beraksi.”
“Semua orang mahu bermain dan ia akan mempengaruhi keputusan kami dalam dua perlawanan dan sesi latihan terakhir ini.”
“Kami sentiasa mempunyai cadangan yang baik dalam apa yang mahu kami lakukan, tapi peluang sentiasa terbuka, dan dua perlawanan akan datang ini merupakan kesempatan untuk para pemain.”
"He deserves the opportunity to show me that I'm wrong."
Gareth Southgate says Jesse Lingard is unfortunate to miss out on selection for his 26-man squad for Euro 2020 and the midfielder will start for England in their friendly against Austria on Wednesday. pic.twitter.com/aX7NxaF6GL
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 1, 2021
Southgate kemudian menyambung lagi.
“Jesse sudah melakukan yang terbaik untuk dapat kembali dalam skuad ini. Bermula pada Januari, dia sebenarnya jauh lebih layak untuk sertai skuad kebangsaan England.”
“Saya pernah cakap pada Mac lalu yang dia melalui minggu yang cemerlang, tapi kamu harus faham pada ketika itu kita kehilangan empat pemain sayap utama.”
“Dia menikmati musim yang cemerlang bersama West Ham dan dia juga beraksi dengan baik bersama England. Kami percaya sepenuhnya pada aksi permainan dia.”
Gareth Southgate explains why Jesse Lingard will start in Austria friendly despite squad cuthttps://t.co/uR7fUaHSue pic.twitter.com/WF7Eu1GMww
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 1, 2021
Masihkah ada sinar untuk Lingard? Bincangkan di ruangan komen.