Para penyokong Paris Saint Germain bengang dengan Paul Pogba dan tidak menerima kalau kelab mahu menandatangani bintang Perancis itu.
Apa yang menyebabkan mereka jadi bengang dan meluat dengan Pogba?
Semuanya bermula dari satu temu bual bintang Manchester United itu yang bercakap tentang Paris Saint Germain sebelum ini.
PSG are interested in signing Manchester United’s Paul Pogba, according to MARCA and Sky Sports 👀
His contract expires next summer… pic.twitter.com/CIeh6mVM2l
— Goal (@goal) July 22, 2021
Paul Pogba telah dikaitkan dengan perpindahan mega untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
Laporan terbaru mendedahkan yang gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain sangat berminat untuk menandatangani bekas bintang Juventus itu.
Walau bagaimanapun, keinginan mereka untuk membawa Pogba ke Parc des Princes tidak berjalan dengan lancar kerana ia dihalang sepenuhnya oleh para peminat.
PSG want Paul Pogba as their marquee summer signing amid Manchester United contract uncertainty.
✍ | @MirrorDarrenhttps://t.co/1E9dEAQIZb pic.twitter.com/aH57XHzlpk
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 20, 2021
Para penyokong PSG yang menentang keputusan tersebut telah menaikkan banner di hadapan stadium, dengan meluahkan isi hati mereka:
Banner tersebut tertulis:
“Pogba, kamu seharusnya mendengar kata ibu kamu, dia tak mahu kamu di sini, begitu juga dengan kami.”
PSG fans put up anti-Paul Pogba banner outside the Parc des Princes as speculation about his possible arrival intensifies: “Pogba you should listen to your mother, she doesn’t want you here. Neither do we!” (RMC) pic.twitter.com/dbe67KtkCu
— Get French Football News (@GFFN) July 24, 2021
Komen Pogba tentang bermain di Parc des Princes telah tular di media sosial, yang mana beliau ketika itu mendakwa dirinya tidak tertarik untuk menyertai Paris Saint Germain memandangkan keluarganya penyokong Marseille.
Dalam temu bual bersama Canal+ menurut The Mirror, Pogba menyatakan bahawa:
“Saya pasti yang saya tak akan bermain bersama kelab bola sepak di Parc des Princes.”

“Saya tidak tertarik dengan itu kerana ibu dan bapa saya merupakan penyokong Marseille, jadi Paris memang tak ada dalam perancangan saya.”
Menurut Ole Gunnar Solskjaer yang bercakap tentang spekulasi perpindahan bintang midfield beliau itu, rundingan antara Pogba bersama pihak kelab di Old Trafford masih berlangsung.
Paul Pogba could reject PSG move over Marseille affiliation https://t.co/Vs8Lo0jp29
— Shinawins Ent (@ShinawinsEnt) July 24, 2021
Bercakap selepas kekalahan 4-2 skuadnya di tangan QPR, Ole menjelaskan bahawa:
“Perbincangan masih berjalan antara wakil Paul dan wakil kelab.”
“Apa yang saya dengar dari Paul adalah dia mahu memberi tumpuan untuk musim baharu nanti.”
“Saya tahu memang akan sentiasa ada spekulasi tentang Paul, rundingan antara Paul dan wakil dia, saya tak tahu apa-apa tentang rundingan mereka, saya betul-betul tak tahu apa nak sampaikan tentang itu.”
“Setiap kali dia berada di sini, dia memang sangat professional, dia sentiasa bersedia untuk berikan segalanya kepada pasukan dan itu masuk akal kalau nak kata Pogba akan kekal di sini, atau mungkin dia akan kekal lebih lama di sini. Paul memang seorang pemain yang sangat-sangat baik.”
Paul Pogba in 2018🗣️ ; I'm sure that I wouldn't play club football at the Parc des Princes. I'm not attracted to that because my father and mother were fans of Marseille so Paris doesn't really fit into my plans!
(Canal +) #mufc— UtdWatchZone (@UtdWatchZone) July 24, 2021
“Kita sudah tengok Paul ketika di kemuncak karier dia, Paul tahu apa saya rasa tentang itu, dan saya memang menikmati masa bekerja dengan dia dan harapnya kami masih boleh terus bekerjasama selepas ini.”
Selepas menandatangani Jadon Sancho, Manchester United ketika ini sedang dalam usaha untuk melengkapkan perpindahan Raphael Varane.
Seandainya mereka berjaya membawa bintang Perancis itu, Ole sebolehnya mahu Pogba untuk kekal dan beraksi bersama Varane di Old Trafford.
Ole sudah mempunyai rancangan terbaru seandainya beliau berjaya mendapatkan Varane, dengan beliau sudah tidak mahu menggunakan sistem double-pivot seperti yang sering digunakan sebelum ini.
“I’m sure that I wouldn’t play club football at the Parc des Princes.
“I’m not attracted to that because my father and mother were fans of Marseille so Paris doesn’t really fit into my plans.”
Paul Pogba on PSG move in 2018. Raiola about to get him to go back on his word? pic.twitter.com/t6Zx893ZcE
— Dan Coombs (@DanCFootball) July 8, 2021
Varane sudah menyatakan minatnya untuk sertai Manchester United, namun dalam masa sama beliau masih mahu menghormati kontraknya bersama Real.
Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kelab untuk membuat keputusan dan Los Blancos sendiri sepertinya tidak mahu melepaskan peluang untuk buat duit.
Kontrak Varane bersama kelab akan berakhir musim hadapan, dan jika mereka tidak menjual Varane sekarang, maka pihak kelab akan melihat pemenang Piala Dunia itu pergi meninggalkan Santiago Bernabeu secara percuma sahaja tahun hadapan.
"He is an extraordinary player, full of qualities."
Gini Wijnaldum wants Paul Pogba to follow him to PSG 👀 pic.twitter.com/mYNKnOh2eX
— Goal (@goal) July 22, 2021
Dalam keadaan kelab memerlukan dana sepertinya tak ada masalah untuk Real Madrid melepaskan pemain centre-back mereka itu ke Old Trafford.
Sumber: SB