Inilah Yang Dilakukan Haaland Kebosanan Tunggu Piala Dunia Tamat dan EPL Kembali

Erling Braut Haaland kini boleh menarik nafas lega apabila Piala Dunia sudah pun tamat dan ternyata pemain itu dilanda kebosanan teruk menunggu Piala Dunia tamat untuk membolehkan Premier League kembali.

Peminat Premier League bimbang tentang Erling Haaland kerana bercuti enam minggu tanpa sebarang perlawanan kompeitif dan dikhuatiri pemain itu akan hilang momentum ledakannya.

Norway yang merupakan pasukan kebangsaan Haaland seperti biasa gagal melayakkan diri ke Piala Dunia dan Haaland hampir keseorangan kerana Manchester City merupakan pasukan banyak melepaskan pemain ke Piala Dunia 2022.

Erling Haaland nyata kebosanan teruk sepanjang 6 minggu tanpa aksi bola sepak peringkat kelab yang memberi lalu kepada kejohanan empat tahun sekali itu.

Sky telah mengeluarkan video lucu yang menunjukkan dengan tepat apa yang dilakukan oleh penyerang yang ‘bosan’ itu, ketika dia menghabiskan masa dengan tidak berfaedah di sekitar kelab, menunggu kepulangan rakan sepasukannya, terutamanya Kevin de Bruyne.

Erling Haalang memulakan video itu dengan mengakui bahawa:

“Saya bekerja keras ketika menanti korang pulang. Kadang kala ia sedikit membosankan tapi masa berlalu” Ujar Haaland sambil duduk dibangku tempat latihan.

Haaland boleh dilihat melakukan sedikit tugas sebagai penjaga di padang latihan City, menunggang salah satu mesin pemotong rumput berenjin.

Kevin De Bruynelah yang paling dia rindui, kerana dia cuba menjadi pengambil tendangan percuma sebagai pengganti pemain Belgium itu.

“Aku rindu segala ejekan, aku tak bohong, meraikan gol sorang-sorang tidak sama.”

Tidak dinafikan pemain tengah itu juga merindui pasangannya, semasa dia berada di Qatar kerana dia mengalami sedikit masa yang teruk semasa di Qatar bersama Belgium.

Kevin De Bryune memenangi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan untuk kemenangan ke atas Kanada tetapi mengkritik skuad itu kerana terlalu tua untuk memenangi Piala Dunia dan dia terbukti betul apabila mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

Haaland kelihatan amat kecewa apabila membuka pintu selepas mendengar gelak tawa di dalam bilik, rupanya itu suara dari televisyen.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu jelas merindui rakan-rakannya, ketika dia cuba menghubungi Jack Grealish, yang malangnya tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesan.

“Apa pun, aku harap korang buat yang terbaik, aku akan terus ke depan untuk bertemu mereka.”

Akhirnya penantian Haaland sudah sampai ke penghujung dan dia dapat berjumpa Kevin De Bruyne lebih awal yang tersingkir di peringkat kumpulan cuma Jack Grealish lambat sedikit.

Kurang seminggu sebelum bermula Piala Dunia, Sebuah kelab divisyen ketujuh, Ashton United telah membuat permohonan kepada Manchester City bagi meminjam pemain penyerang paling berbisa itu.

Bunyinya seperti satu permintaan yang sangat mengarut namun itulah yang telah terjadi. Kelab divisyen ketujuh dalam piramid bola sepak Inggeris, Ashton United telah melihat peluang ini dan memutuskan untuk mencuba nasib untuk mendapatkan Haaland.

Dan permintaan ini merupakan satu permohonan rasmi kerana kenyataan rasmi telah disiarkan ke laman sesawang Ashton United.

Pengurus Michael Clegg menjelaskan:

“Ia sangat masuk akal. Manchester City tidak bermain dan kami mahu membantu dengan memastikan Erling cergas, ia lebih masuk akal daripada dia bermain golf selama enam minggu.”

“Kami fikir dia akan menjadi sangat sesuai untuk kami dan akan menyertai dinamik skuad kami dengan sangat baik.”

Namun permintaan Ashton United sehingga ke hari ini masih belum diberi jawapan oleh Manchester City dan sudah pastinya tidak diterima walaupun tanpa jawapan rasmi.

BACA:  Atas Permintaan Salah, Liverpool Kini Mendahului Perlumbaan Untuk Dapatkan Haaland