Inter Milan telah menawarkan bintang Argentina, Icardi kepada Arsenal sebagai sebahagian dari perjanjian mereka untuk mendapatkan Pierre Emerick Aubameyang.
Setelah gagal untuk mendapatkan tempat bersama Inter Milan, yang mana kelab itu pernah melantiknya sebagai ketua pasukan sebelum ini, Icardi telah dipinjamkan ke Paris Saint Germain selama satu musim.
Ketika bersama PSG, Icardi beraksi agak cemerlang dengan menjaringkan 20 gol dari 31 penampilannya di sana hingga berjaya membantu kelab menjuarai saingan Ligue 1 musim ini.
Arsenal Reportedly Offered Icardi for Aubameyang Swap by Inter Milan https://t.co/O1AsjGhhPi
— Pro Sports Extra (@ProSportsExtra) May 8, 2020
Namun PSG sepertinya sukar untuk terus menggunakan khidmatnya selepas Inter meminta £56 juta untuk Icardi dengan pilihan untuk terus beli.
Menurut laporan dari Tuttosport, hal ini boleh menyebabkan kesepakatan pertukaran yang akan menyaksikan Icardi menyertai Arsenal sementara kapten Gunners, Aubameyang bakal ke Milan untuk kali kedua.
Pemain kebangsaan Gabon itu pernah bersama AC Milan pada tahun 2007 yang lalu tetapi gagal untuk tampil dalam mana-mana perlawanan.
Beliau kemudian telah dipinjamkan kepada pasukan lain sebanyak tigackali sebelum dibeli oleh St-Etienne.
Perjanjian Aubameyang bersama Arsenal akan berakhir pada tahun hadapan dan kini beliau sedang dipujuk oleh the Gunners untuk menandatangani perjanjian baru.
Namun, bekas penyerang Borussia Dortmund itu tidak menunjukkan minat untuk menandatangani perjanjian baru yang telah ditawarkan kepadanya.
Reports in Italy claim Inter Milan could offer Mauro Icardi as part of a deal to sign Pierre-Emerick Aubameyang. https://t.co/EuTSWC2lll
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) May 7, 2020
Memandangkan usianya bakal mencecah 31 tahun bulan hadapan, Aubameyang sepertinya lebih tahu apa tindakan yang harus beliau lakukan untuk kebaikkan kariernya.
Bagi Arsenal sendiri pula, mereka mungkin terpaksa membiarkan Aubameyang pergi untuk sekurang-kurangnya mendapatkan kembali sejumlah dana yang telah dikeluarkan ketika menandatanganinya pada Januari 2018 yang lalu.
Icardi juga merupakan seorang pemain penyerang yang hebat dan mampu menjaringkan gol dalam pelbagai situasi, jadi kehadiran beliau boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aubameyang.
Arsenal telah membelanjakan £56 juta untuk mendapatkan Aubameyang dan hasilnya sangat berbaloi.
Inter Milan to use Mauro Icardi as part of Pierre-Emerick Aubameyang transfer https://t.co/MijmBnQpoA
— 🔌 (@AFCInteI) May 8, 2020
Aubameyang telah melakukan 91 penampilan untuk Arsenal dan telah menjaringkan 61 sepanjang kariernya di sana.
Beliau juga merupakan pemenang kasut emas di premier league musim lalu bersama Sadio Mane dan Mo Salah.
Selain dari Inter Milan, Pierre Emerick Aubameyang turut dipancing oleh beberapa pasukan lain seperti Chelsea, Manchester United dan Barcelona.