Jadon Sancho telah membuka mulut buat pertama kali sejak kekalahan England dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 di tangan Itali.
Beliau telah meluahkan tentang bagaimana beliau dan rakan sepasukannya melalui kesukaran selepas diserang dengan hinaan berunsur perkauman selepas tamat perlawanan tersebut.
Sancho, Marcus Rashford dan Bukayo Saka merupakan antara tiga pemain England yang gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut.
"Hate will never win."
Jadon Sancho speaks out after England’s Euro 2020 final loss. pic.twitter.com/TQN9kRMvN4
— B/R Football (@brfootball) July 14, 2021
Selepas tamat perlawanan tersebut, ketiga-tiga mereka teruk menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman di akaun media sosial masing-masing.
Sancho baru-baru ini telah memuat status di laman instagram miliknya dengan menyatakan bahawa:
“Saya tak akan berpura-pura untuk tak nampak semua gangguan berunsur perkauman ke atas saya, sahabat saya Marcus dan Bukayo selepas tamat perlawanan, tapi apa yang menyedihkan, ia tiada yang baru.”
“Sebagai hidup dalam bermasyarakat, kita perlu lakukan hal yang lebih baik, dan memastikan orang-orang ini bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Kebencian tidak akan pernah menang.”
“Kepada semua anak muda yang melalui hal yang sama, bangkitlah dan kejar impian kamu.”
“Saya sangat berbangga dengan skuad England ini dan bagaimana kami menyatukan seluruh negara dalam usaha yang begitu sukar sepanjang tempoh 18 bulan untuk begitu ramai orang.”
“Sebanyak mana kami mahu menang pertandingan ini, kami akan bina dan belajar dari pengalaman untuk kami terus maju lebih jauh.”
“Saya mahu ucapkan terima kasih untuk semua pesanan positif yang dihantar kepada saya dan kasih sayang serta sokongan yang bagi saya mengatasi semua hal negatif itu.”
Jadon Sancho's powerful message following England's Euro 2020 exit. pic.twitter.com/XPqlAqpbTp
— ESPN FC (@ESPNFC) July 14, 2021
“Ia jadi sebuah kebanggaan untuk saya bawa nama England dan menyarung jersi The Three Lions, dan saya tak ragu-ragu untuk katakan yang kami akan kembali lebih hebat.”
Dalam pada beliau menceritakan tentang kisah bagaimana beliau diserang selepas tamat perlawanan, Sancho turut menceritakan bagaimana sepakan penalti beliau diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma dan proses yang dilalui oleh skuad England.
“Saya ambil masa beberapa hari untuk kaji apa yang berlaku dalam perlawanan akhir dan masih ada pelbagai perasaan.”
“Saya betul-betul hendak meminta maaf kepada semua rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan paling penting kepada semua penyokong yang kecewa kerana saya.”
“Ini merupakan perasaan paling teruk yang pernah saya rasakan sejak sekian lama. Ia sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tapi banyak juga hal positif yang boleh diambil dari keseluruhan pertandingan ini walaupun luka kekalahan itu akan menyakitkan dalam tempoh yang lama.”
Jadon Sancho on Instagram ❤️ pic.twitter.com/eKrE9avq7R
— utdreport (@utdreport) July 14, 2021
“Perkara pertama yang saya fikirkan setiap kali sebelum perlawanan adalah saya memikirkan, ‘bagaimana saya boleh bantu pasukan saya?, Bagaimana saya nak catat assists? Bagaimana saya mahu menjaringkan gol? Bagaimana saya mahu mencipta peluang?”
“Dan itu adalah apa yang benar-benar mahu saya lakukan ketika mengambil sepakan penalti itu, bantu pasukan. Saya sudah bersedia dan yakin untuk mengambilnya, itu adalah detik yang paling kamu impikan sejak kamu kecil, itulah sebab kenapa saya bermain bola sepak.”
“Itu adalah tekanan yang kamu mahu rasakan sebagai seorang pemain bola sepak.”
“Saya pernah jaringkan gol menerusi sepakan penalti sebelum ini di peringkat kelab, saya berlatih berkali-kali untuk kelab dan negara jadi saya pilih sudut saya suka namun ia tidak berkesan ketika itu.”
"To all the young people who have received similar abuse, hold your heads up high and keep chasing the dream."
Jadon Sancho has said "hate will never win" after he received racist abuse following the #Euro2020 final defeat by Italy on Sunday
— BBC Sport (@BBCSport) July 14, 2021
“Kita semua ada impian dan objektif yang sama. Kita mahu bawa pulang Piala itu ke bumi England.”
“Ini merupakan skuad yang paling menyeronokkan pernah saya sertai sepanjang karier saya setakat ini, keserasian dikalangan pemain luar biasa, keluarga sebenar di dalam dan luar padang.”
Dengan kejohanan Euro 2020 telah berakhir, Sancho semalam telah menjalani medical beliau untuk melengkapkan perpindahan bernilai £73 juta menyertai Manchester United.
❤️ @Sanchooo10
Keep your head up, Jadon. Be proud of the part you played in our memorable journey this summer. We have no doubt you'll come back stronger from this. https://t.co/EFsOvx0Jxe
— England (@England) July 14, 2021
Hal tersebut akan diumumkan pada minggu ini dengan beliau selepas ini akan mengikuti rakan sepasukannya, Rashford, Harry Maguire dan Luke Shaw untuk kembali ke Old Trafford.
Sumber: SPORTbible