Jake Paul telah mengirimkan seutas rantai berloketkan ‘Sleepy McGregor’ yang bernilai $100,000 kepada Dustin Poirier, selepas kejayaannya menewaskan The Notorious minggu lalu.
Beliau mengirimkan rantai itu sebagai ucapan tahniah kepada Poirier atas kejayaan bintang UFC itu menewaskan seteru utamanya buat kali kedua berturut-turut.
Paul dengan terbuka telah menyatakan yang musuh kepada musuhnya adalah sahabat beliau, maka kejayaan Poirier menewaskan McGregor juga dianggap sebagai kejayaan beliau.
Dustin Poirier got more likes with his jake paul chain than when he won against McGregor 💀 pic.twitter.com/hZGmk8P7OI
— YNW Z&B🦇//TEAMPAUL (@iamtheznb) July 17, 2021
Menjelang perlawanan di acara UFC 264 itu, Jake Paul yang sebelum ini tidak henti-henti mencabar Conor McGregor telah memuat naik gambar rantainya yang terbaru di media sosial.
Loket kepada rantai itu diinspirasikan dari detik ketika McGregor terbaring selepas ditewaskan oleh Dustin Poirier dalam perlawanan kedua mereka pada Januari lalu.
Jake Paul kemudiannya telah menghadiahkan rantai tersebut kepada Dustin Poirier sebagai ucapan tahniah kerana menewaskan McGregor.
Kini Poirier sudah memiliki rantai tersebut dengan boxer yang memegang rekod 3-0 itu mengirimkan rantai tersebut beserta ucapan:
“Kepada Dustin, tahniah atas kemenangan kamu.”
Jake Paul gifted his $100k “Sleepy Mcgregor” chain to Dustin Poirier for beating Conor Mcgregor 🥶 pic.twitter.com/IrV5Ing8fG
— My Mixtapez (@mymixtapez) July 16, 2021
Tulis Paul.
“Saya suka dengan apa yang telah kamu lakukan bersama Good Fight Foundation! Kamu lebih berhak untuk memiliki rantai ini berbanding saya! Kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan! Terus menang selalu! Love Paul.”
“P.S beritahu Jolie saya cakap Hi. Dia sungguh hebat.”
Crazy press week but finally got time to get to a FedEx to ship this to Dustin🙏🏼
It’s on the way @DustinPoirier 💎 pic.twitter.com/De4i6aVGQd
— Jake Paul (@jakepaul) July 15, 2021
Secara tidak langsung, Paul sebenarnya telah menyentuh dua isu sekali gus berkait perbalahan antara Poirier dan McGregor, selain dari kemenangan kedua The Diamond baru-baru ini.
Kedua-dua petarung itu bertemu buat kali ketiga dalam trilogy perlawanan terhebat dalam sejarah UFC, dan ketika pertemuan kedua mereka, McGregor pernah berjanji yang beliau akan mendermakan $500,000 kepada badan amal milik Poirier.
Bagaimanapun keadaan berubah ketika pertemuan ketiga mereka dengan McGregor kembali membawa watak sombong, bongkak, angkuh dan sembang bikin bimbangnya menjelang pertarungan mereka.
Jake Paul is sending Dustin Poirier his McGregor-themed chain, which Poirier plans to auction off for charity 📦 pic.twitter.com/eO2lXHX1ev
— ESPN Ringside (@ESPNRingside) July 15, 2021
Poirier bahkan telah mendedahkan yang McGregor sebenarnya langsung tidak pernah mendermakan dana yang beliau maksudkan kepada badan amal miliknya itu.
Paul yang benar-benar mahu bertarung dengan McGregor turut mengucapkan tahniah kepada Isteri Poirier yang sempat memberikan isyarat jari tengah ke muka The Notorious selepas tamat pertarungan mereka.
Petarung dari Ireland itu sebelum ini turut pernah mengancam Poirier dan isterinya yang beliau akan membunuh mereka ketika mereka sedang tidur selepas tamat perlawanan pada hujung minggu lalu itu.
Dustin Poirier had his ‘Sleepy McGregor’ chain on full displayhttps://t.co/TYKGmbbP4j
— talkSPORT (@talkSPORT) July 18, 2021
Paul setakat ini masih berusaha untuk bertarung dengan McGregor di dalam gelanggang tinju, namun permintaan beliau masih tidak diendahkan oleh The Notorious.
Ditambah pula McGregor kini sedang bergelut dengan masalah kecederaan yang memungkinkan untuk beliau berehat lebih panjang, maka sukar untuk perlawanan itu berlaku.
Namun tidak ada yang mustahil untuk berlaku dengan McGregor sepertinya masih belum mahu bersara dan beliau dikatakan hanya memerlukan rehat selama setahun sahaja sebelum kembali ke gelanggang.
Jake Paul posted his $100,000 chain to Dustin Poirier with a note that said, "P.S. Tell Jolie I said hi – she’s a badass"https://t.co/Zw5ojGXiEz
— talkSPORT (@talkSPORT) July 15, 2021
Siapa tahu beliau akan kembali ke gelanggang untuk bertemu dengan Jake Paul yang tak sudah-sudah menganjing beliau.
McGregor sebelum ini bertekad untuk mencabar Poirier dan mengajak petarung dari Amerika itu untuk bertarung dengan beliau sekali lagi.
Conor McGregor telah mengesahkan yang beliau sebenarnya sudah mengalami kecederaan sebelum kakinya patah ketika aksi perlawanan bertemu Dustin Poirier di acara UFC 264.
Petarung dari Ireland itu telah menderita patah kaki kirinya ketika aksi pusingan pertama dalam perlawanan trilogy terhebat sepanjang zaman UFC bertemu Poirier hujung minggu lalu.
Petarung berusia 32 tahun itu telah keluar dari hospital dan beliau kini tampil dengan memberi alasan terbaru berkait kecederaannya.
A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)
Dalam satu video berdurasi selama enam minit di laman instagram miliknya, McGregor telah mendedahkan yang keting beliau sebenarnya sudah retak sebelum pertarungan bertemu Poirier lagi.
Beliau yang ketika itu sedang bersiar-siar menggunakan scooter di California kerana kakinya tak mengizinkan untuk beliau berjalan, telah menyatakan bahawa:
“Saya sudah mengalami kecederaan ketika sebelum perlawanan itu lagi. Orang ramai tanya saya, ‘waktu bila kaki saya boleh patah?’.
“Tanyalah pada Dana White, tanya pada UFC, tanya pada Dr Davidson ketua doktor di UFC, mereka semua tahu kaki saya memang sudah retak sebelum perlawanan itu lagi.”
Conor McGregor insists his shin was fractured BEFORE the fight against Dustin Poirier https://t.co/LVfCi25ZFt
— MailOnline Sport (@MailSport) July 15, 2021
“Mereka ketika itu berdebat tentang hal itu kerana saya sparring tanpa menggunakan shin pads, dan saya menendang lutut beberapa kali.”
“Saya mengalami keretakkan beberapa bahagian dibahagian tulang keting hingga ke pergelangan kaki. Dan kemudian saya turut mempunyai masalah dengan pergelangan kaki saya selama bertahun-tahun melalui semua pertarungan yang saya hadapi.”
The birthday boy 🥳 Thanks for all the love everybody, I’m feelin tasty ❤️ pic.twitter.com/Cga8xiPHNk
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) July 14, 2021
“Juga, saya akan membalut pergelangan kaki saya setiap kali sesi latihan. Ketika pergelangan kaki saya merasa sakit, saya akan tetap terus menjalani sesi latihan. Saya lebih banyak menjalani latihan dari belakang.”
“Dan itulah bagaimana saya kembangkan teknik pukulan bawah dari belakang, dan kerana itu Dustin takut dan lebih berhati-hati ketika dia di atas saya. Dan saya berjaya lepaskan sepakan dan sikuan, ia sangat membinasakan lawan.”
“Ia merupakan teknik yang saya kembangkan kerana kekuatan saya adalah pada kaki yang sakit dan saya perlu adaptasi semua itu dari sesi latihan… Saya perlu menjalani rawatan di bahagian pergelangan kaki dan tulang keting, dan saya tak akan pernah jalani pembedahan melainkan berlakunya hal seperti ini.”
“Apa yang saya perlukan sekarang adalah tulang keting titanium dan sekarang saya sudah dapat titanium rod dari lutut ke pergelangan kaki. Doktor kata ia tak mudah untuk patah.”
Turns out Conor McGregor's leg was already suffering with stress fractures before his fight with Dustin Poirierhttps://t.co/prJRuXpJ3h
— talkSPORT (@talkSPORT) July 16, 2021
“Ketika ia sudah selesa, saya akan berlatih keseimbangan, kemudian bina kekuatan dan saya ada kaki titanium yang tak akan patah.”
“Saya seperti Arnie (Arnold Schwarzenegger) dalam Terminator 2! Saya sudah ada semua kelengkapan untuk lakukan ini dan saya akan lakukannya. Ia akan jadi kisah yang menakjubkan.”
“Saya sayang kamu semua, kamu tak akan mampu halang kami! Kamu tak akan tewaskan The Irish, kamu tak akan mampu tewaskan The MacMan.”
McGregor dijangka akan berehat panjang selepas ini dan setidak-tidaknya setahun untuk beliau pulih semula dari kecederaan yang menimpanya ketika ini.
Sumber: SB