Jam 3.30 Pagi Buenos Aires Padat, Sendat, Ketat Sambut Kepulangan Pasukan Argentina

Ratusan ribu peminat bola sepak Argentina membanjiri Buenos Aires pada jam 3.30 pagi (Waktu sana) menjadikan jalanan disekitar bandar itu padat, sendat dan ketat bagi menyambut kepulangan wira negara skuad kebangsaan Argentina.

Sebuah pesawat yang membawa pemenang Piala Dunia secara rasmi mendarat pada pukul 2:17 pagi Selasa, tetapi permulaan awal pagi itu tidak menghalang pemain, yang dirakamkan meraikannya semasa penerbangan mereka.

Lionel Messi adalah pemain pertama yang meninggalkan pesawat pada kira-kira jam 3 pagi dan ketika peminat serta media memerhati dari jauh, dia memegang trofi terkenal Jules Rimet bersama pengurus Lionel Scaloni.

Selepas penampilan ringkas di lapangan terbang antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, skuad 26 orang dan semua kakitangan menuju ke sebuah bas terbuka, di mana mereka akan disambut oleh ramai peminat dalam satu perarakan.

Kerajaan Argentina telah mengisytiharkan hari Selasa sebagai cuti kebangsaan untuk meraikan kemenangan Piala Dunia mereka dan sudah pasti, perayaan itu akan berlarutan hingga ke malam.

Pemain penyerang Argentina dan Inter Milan Lautaro Martinez dilihat bermain dram manakala Enzo Fernandez memainkan shaker sambil menyanyikan lagu tentang kejayaan mereka.

Akhirnya, selepas 176,000 orang menjejaki penerbangan mereka di atas talian, skuad Argentina akhirnya tiba dan menaiki bas atas terbuka untuk perarakan Piala Dunia pada jam 3.30 pagi.

Pemain tonggak dan harapan Argentina seperti Lionel Messi, Angel di Maria dan Leandro Paredes hampir terlanggar kabel semasa perarakan.

Semasa mereka duduk di bahagian atas belakang bas, ketiga-tiga mereka tiba-tiba melalui kawasan yang dirintangi kabel di atas kepala mereka.

Lionel Messi, Angel di Maria dan Leandro Paredes sempat mengelak dengan menundukkan kepala mereka bagi meghindari kejadian tidak diingini berlaku.

Penalti kemenangan Gonzalo Montiel pada petang Ahad mencetuskan beberapa adegan yang sukar dipercayai di tanah air di Argentina, ketika satu jalan β€˜kosong’ tiba-tiba dipenuhi dengan para peminat yang meraikan.

Ibu kota Argentina, Buenos Aires, merupakan tempat kejadian klip yang luar biasa ini terjadi di Avenida 9 de Julio, salah satu jalan paling sibuk, hampir kosong sebelum peminat berlari-lari meraikan apabila sepakan penalti terakhir masuk.

Anda hanya boleh mendengar peminat di hujung jalan ketika mereka bersiap sedia untuk menonton penalti terakhir. Dan keadaan menjadi sunyi senyap apabila Montiel melangkah naik.

Tetapi bek sayap Sevilla itu berjaya menewaskan Hugo Lloris dengan sepakan penalti yang sejuk, tenang dan gol, bermakna anak buah Scaloni dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama sejak 1986.

Macam dilanda zombi sunyi jalanan dari manusia hanya kedengaran jeritan dan kemudian muncul secara tiba-tiba beramai-ramai selepas Montiel mengesahkan kejuaraan.

Selain trofi Piala Dunia, Argentina juga telah membawa balik trofi anugerah Golden Ball, Golden Glove dan best young player dari Piala Dunia 2022, Qatar.

Lionel Messi telah menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi Bola Emas adidas dua kali di Piala Dunia FIFA. β€˜La Pulga Atomica’ memberikan tujuh gol dan tiga assist.

Emiliano Martinez dari Argentina telah dianugerahkan Sarung Tangan Emas Piala Dunia FIFA berikutan kepahlawanannya untuk La Albiceleste semasa larian bersejarah mereka ke Final dengan tiga Clean Sheet.

Anugerah Best Young Player di Piala Dunia 2022 menjadi milik pemain muda Argentina, Enzo Jeremias Fernandez yang bermain di posisi tengah.

Anugerah Pemain Muda FIFA telah dianugerahkan buat kali pertama pada Piala Dunia 2006 untuk memberi pengiktirafan kepada pemain berusia 21 tahun ke bawah.

BACA:Β  Pihak Kesihatan Hentikan Perlawanan Brazil vs Argentina Selepas 7 Minit Sepak Mula