Jaringan Cristiano Ronaldo telah membantu Juventus muncul juara Serie A buat kali ke-9 secara berturut-turut dengan baki 2 perlawanan lagi.
Sampdoria menjadi mangsa terbaru Old Lady yang dibimbing Maurizio Sarri untuk mengesahkan kejuaraan musim ini selepas beberapa kali tergendala.
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan pada penghujung separuh masa pertama dengan satu sepakan leret yang menewaskan penjaga gol Sampdoria.
9 – #Juventus have won the Serie A in all the last nine seasons, the best winning run for a side among the top-5 European Leagues. Empire.#SerieA #JuveSamp #JuveSampdoria pic.twitter.com/KetdlPH9FJ
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 26, 2020
Gol ini berpunca daripada sepakan percuma genius Miralem Pjanic yang menukar arah sepakan dengan satu hantaran pendek kepada Ronaldo.
Federico Bernardeschi menjaringkan gol kedua untuk mengukuhkan lagi cengkaman Juventus untuk gelaran ke-9 berturut-turut.
Gol berpunca daripada bola muntah Ronaldo yang laju dijolok masuk Federico Bernardeschi.
43 – Federico #Bernardeschi has scored his first goal in the Serie A 2019/20 with his shot number 43. Wait.#JuveSamp
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 26, 2020
Ronaldo telah mempersia-siakan sepakan penalti dalam misi menjadi penjaring terbanyak Serie A apabila sepakannya sekadar menggegar palang.
Ciro Immobile sedang mendahului carta kasut emas dengan 34 gol selepas mencetak hatrik ketiak Lazio menenwaskan Verona 5-1.
61 – Maurizio #Sarri Is the oldest manager to have won the Serie A in single round. Climb.#SerieA #JuveSamp #JuveSampdoria pic.twitter.com/Ew3uzWugJF
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 26, 2020
Dengan baki dua perlawanan lagi Ronaldo kini telah mecetak 31 gol dan jumlah jaringan ini telah cukup untuk Ronaldo mencatatkan pelbagai rekod.
Rekod dunia kemenangan liga secara berturut-turut masih dipegang oleh Tafea yang memenangi Vanuatu league 15 kali berturut-turut dari tahun 1994 hingga 2009.
Kejayaan Juventus merangkul kejuaraan Serie A ini membolehkan Ronaldo menjadi pemain pertama memenangi 3 kejuaraan di 3 liga berbeza, Premier League, La Liga dan Serie A.
Selepas liga kembali bersambung di Italy pada 20 Jun, Ronaldo telah menjaringkan 10 gol paling banyak berbanding mana-mana pemain di Eropah.
Sebelum ini sejarah tercipta apabila Ronaldo meuncul sebagai pemain Juventus pertama menjaringkan 30 gol semusim sejak 1952.
10 – Cristiano #Ronaldo has scored 10 goals after the football lockdown, more than any other player in the top-5 European Leagues (9 for Sterling and Lewandowski). Summery.#JuveSamp
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 26, 2020
Untuk rekod secara keseluruhannya, Ronaldo kini telah menyamai rekod Felice Borel yang elakukannya pada musim 1933/34 dengan 31 gol.
John Hansen pula menjadi pemain kedua 17 tahun kemudian. John Hansen menjaringkan 30 gol di Serie A pada musim 1951/52.
Dengan baki 2 perlawanan lagi, Ronaldo mampu dan berpeluang menjaringkan lebih banyak gol lagi berbanding Felice Borel.
1. Borel – 31 gol musim 1933/34
2. Cristiano Ronaldo – 31 gol musim 2019/20 (Baki 2 perlawanan lagi)
3. John Hansen – 30 gol musim 1951/52
Kesebelasan Utama Juventus vs Sampdoria
JUVENTUS: Wojciech Szczesny, Alex Sandro, Matthijs De Ligt, Leonardo Bonucci, Danilo, Adrien Rabiot, Miralem Pjanic, Blaise Matuidi, Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala, Cuadrado
Juve Subs: Gianluigi Buffon, Luca Zanimacchia, Simone Muratore, Marco Olivieri, Federico Bernardeschi, Carlo Pinsoglio, Rodrigo Bentacur, Merih Demiral, Daniele Rugani, Gonazo Higuain, Aaron Ramsey
SAMPDORIA: Emil Audero, Lorenzo Tonelli, Fabio Depaoli, Julian Chabot, Maya Yoshida, Tomasso Augello, Jakub Jankto, Mortem Thorsby, Karol Linetty, Gaston Ramirez, Fabio Quagliarella
Sampdoria Subs: Federico Bonazzoli, Kristoffer Askildsen, Antonio La Gumina, Ginzalo Maroni, Andrea Seculin, Manolo Gabbiadini, Alex Ferrari, Mehdi Leris, Nicola Murru, Wladimiro Falcone, Kaique Rocha, Andrea, Bertolacci