Jawapan bodoh Jordan Henderson selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti telah mengundang kemarahan penyokong Tiga Singa dan mempertikaikan layakkah Henderson menjadi ketua pasukan.
Ketua pasukan Liverpool itu mencuri tumpuan apabila telah diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan England menentang Romania selepas berehat panjang akibat kecederaan.
Jordan Henderson telah disisihkan sejak bulan februari lagi namun tetap disenaraikan oleh Garteh Southgate walaupun dipersoalkan oleh pengkritik yang meragui tahap kecergasan beliau.
Great to see @JHenderson back out on the pitch 🙌 pic.twitter.com/fJWEEdfdZo
— Liverpool FC (@LFC) June 6, 2021
Pemain tengah England itu telah memberikan impak yang tidak dikehendaki oleh penyokong England selepas kembali beraksi apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Lebih teruk lagi apabila sepakan penalti itu sepatutnya diambil oleh Dominic Calvert Lewin selepas Marcus Rashford dan James Ward-Prowse yang menjadi pengambil sepakan telah dikeluarkan.
Mungkin kerana tamak, angkuh, haloba dan besar kepala merasakan dirinya pemain yang hebat, Henderson merampas sepakan itu daripada Dominic Calvert Lewin.
Feels so good to be back…… Euros here we come 🏴 👊🏻 pic.twitter.com/Zt0VrmgIFe
— Jordan Henderson (@JHenderson) June 6, 2021
Gol penalti itu mungkin penting buat Dominic Calvert Lewin untuk menjadi gol semangat beliau untuk terus meledak bersama di Euro 2020 nanti.
Tapi seorang ketua pasukan yang sepatutnya memberi semangat dan motivasi kepada rakan sepasukan telah melakukan sebaliknya dengan merentap semangat mereka.
Jordan Henderson melakukan satu sepakan yang mudah dibaca oleh penjaga gol Romania, Florin Nita dengan satu layangan badan yang penuh meyakinkan.
Jordan Henderson has his penalty saved 🧤 pic.twitter.com/xgFvlHd3k1
— ESPN FC (@ESPNFC) June 6, 2021
Jordan Henderson yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Kalvin Phillips membuat kemunculan pertama sejak 20 februari 2021 dan gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Dominic Calvert Lewis telah dikasari dengan aksi kung fu oleh Vlad Chiriches.
Ketika ditemuramah oleh Sky Sports selepas tamat perlawanan, Henderson telah ditanya mengenai sepakan penalti yang gagal disempurkannya itu.
“Aku pernah gagal jaringkan sepakan penalti yang lebih penting dari ini.” Jawab Henderson dengan angkuh sambil ketawa.
🗣️ "I've missed much bigger penalties than that" 😂
Jordan Henderson was not too concerned by his missed spot kick as he returned to the #ENG side v Romania pic.twitter.com/FvpdIJfsPI
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 6, 2021
Kemudian Henderson cuba menutup keangkuhan dan gelak ketawa itu sambil mengakui bahawa beliau kecewa dengan kegagalan sepakan penalti tersebut.
Bagi Henderson sepakan penalti itu mungkin tidak penting kerana sekadar perlawanan persahabatan tanpa menyedari beliau membawa lencana di dada.
Henderson telah gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan sepakan penalti di pusingan kedua menentang Colombia di Piala Dunia 2018 Rusia.
Jordan Henderson MISSES penalty after appearing to take the ball off Dominic Calvert-Lewin https://t.co/xxqpWygMLp
— MailOnline Sport (@MailSport) June 6, 2021
Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Henderson dengan gurauan bodoh “Aku pernah gagal jaringkan sepakan penalti yang lebih penting dari ini.”.
Mujur ada Marcus Rashford yang memulakan permainan selaku kapten yang bertanggungjawab apabila menjadi penjaring gol kemenangan England.
Satu sikap yang tidak patut ada pada seorang ketua pasukan dan Henderson sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik.
When England get their first penalty of the Euros and Jordan Henderson tries to grab the ball pic.twitter.com/PoGRwskAtA
— Paddy Power (@paddypower) June 6, 2021
Pengurus England, Gareth Southgate juga nyata terkejut dengan tindakan Henderson merampas sepakan penalti dari Dominic Calvert Lewin yang nyata pentingkan diri.
“Kami ada Marcus Rahsford untuk sepakan penalti kemudian James Ward Prowse dan kedua-dua pemain tersebut telah dikeluarkan.” Jelas Southgate.
“Kami menjangkakan Dominic Calvert Lewin akan membuat sepakan dan aku jangkakan Hendo akan mengalah dengan berlalu pergi dan memastikan Dominic melakukan sepakan. Selepas ini aku akan melihat bagaimana proses pemikiran Hendo. ”
"They're such fantastic characters to have around the group"
England boss Gareth Southgate on the selection of Manchester United's Harry Maguire and Liverpool's Jordan Henderson for Euro 2020, despite injury concerns.
👉 More: https://t.co/MZyNF69l9r #ENG #EURO2020 #MUFC pic.twitter.com/qOimW2G5KV
— BBC RM Sport (@BBCRMsport) June 2, 2021
Sebelum ini Gareth Southgate telah dikritik selepas membawa Harry Maguire dan Jordan Henderson ke Euro walaupun kedua-dua pemain itu tidak cergas, namun Southgate telah mempertahankan kedua-dua pemain tesebut.
“Dengan Maguire ada banyak perkara yang harus dilakukan sama seperti Jordan Henderson untuk bersedia beraksi. Tetapi kami merasakan kemungkinan mereka dapat memainkan peranan mereka dan hakikatnya bahawa mereka mempunyai perwatakan yang hebat untuk pasukan.”
“Hendo mempunyai kepemimpinan dan kehadirannya sahaja sudah memberi kesan kepada orang lain, bukan sahaja kepada pemain yang lebih muda dalam pasukan, tetapi semua yang lain juga.”
“Memandangkan kami dapat memilih 26 pemain, kami menggunakan kesempatan untuk membawa mereka berdua bersama dengan kami adalah sangat mudah.”
Selepas mempertahankan Henderson, Gareth Southgate telah dilemparkan tahi oleh Henderson. Semoga Maguire tidak buat perangai seperti Henderson dengan jaringkan gol sendiri.
Ternyata jawapan Jordan Henderson itu tidak disenangi dan menimbulkan kemarahan ramai.
"Ahh its alright ive done worse" capitan material that
— Felix MUFC Hazell (@FelixHazell) June 6, 2021
He's awful. Blagged a career as a cheerleader who can get level 16 on a bleep test…
— samual tewley (@T3WL3Y) June 6, 2021
Great leadership shown today by snatching a pen off a striker which could’ve given him a great confidence boost before the euros only to then go bottle the pen yourself
— . (@UtdRedssss) June 6, 2021
Don’t want to see him playing for my country again, poor leader & professional
— Ratty Gar (@RattyAVFC) June 6, 2021
Great attitude from the “should be captain”
— joelfromthelane (Brighton Fan) (@Joelfromthelane) June 6, 2021
Henderson, injured for months, chucked on the pitch, nicks the armband, misses the penalty. The bloke should not be there, end of
— Kurt (@_kjs1874) June 6, 2021
Leave the penalties to the professionals please Henderson fella 👍🏻
— ‘ (@vintageredss) June 6, 2021