Liverpool Bakal Lepaskan Henderson Kerana Tiada Kesefahaman Dalam Rundingan Kontrak Baru

Liverpool dilaporkan sedang dalam pertimbangan untuk melepaskan midfield utama kelab, Jordan Henderson pada musim panas ini.

The Reds memutuskan hal tersebut memandangkan tiada perkembangan positif dalam rundingan antara kedua-dua belah pihak berkait lanjutan kontrak.

Henderson tiba ke bumi Anfield dari Sunderland pada tahun 2011 yang lalu dan beliau telah menjadi salah seorang pemain terpenting kelab.

Selain menjadi pemain utama dan nadi penting di posisi midfield, Jordan Henderson turut dilantik menjadi ketua pasukan.

Bintang berusia 31 tahun itu masih mempunyai baki kontrak sehingga 2023, namun terdapat laporan terbaru dari The Athletic yang melaporkan bahawa rundingan berkait lanjutan kontrak berjalan dengan tidak seperti yang diharapkan antara kedua-dua belah pihak.

Sporting director kelab, Michael Edwards sendiri sepertinya tidak menganggap hal melanjutkan kontrak Henderson sebagai keutamaan kelab pada ketika ini.

Ia merupakan satu situasi yang dianggap sangat sulit dan sensitif pada ketika ini, dengan Liverpool sendiri sedang menumpukan untuk melanjutkan kontrak pemain lain terlebih dahulu.

Penjaga gol utama kelab, Alisson Becker ketika ini sudah semakin hampir pasti untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.

Sementara Fabinho, Virgil Van Dijk, Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing sedang berunding dengan pihak kelab pada ketika ini berkait tawaran lanjutan kontrak.

Liverpool sebenarnya bimbang akan berlaku lagi situasi yang sama seperti apa yang berlaku terhadap bekas pemain midfield mereka, Gini Wijnaldum.

Wijnaldum meninggalkan Liverpool untuk menyertai Paris Saint Germain pada musim panas ini, selepas beliau kecewa dengan tawaran gaji dan tempoh lanjutan kontrak baru yang ditawarkan The Reds sebelum ini.

Bintang Belanda yang ketika ini sudah sah menandatangani perjanjian bersama PSG itu berusia 31 tahun, sebaya dengan Henderson yang akan berusia 33 tahun ketika kontrak asalnya tamat nanti.

Fenway Sports Group dikatakan mahu memberi tumpuan pada pemain yang lebih muda dan tak mahu melakukan rundingan mega bersama pemain yang sudah berusia.

PSG dan Atletico Madrid merupakan dua pasukan yang sepertinya sangat berminat untuk memantau perkembangan karier Jordan Henderson pada ketika ini.

Mauricio Pochettino merupakan individu yang paling meminati bakat Henderson, dan tentunya jika berkesempatan untuk menandatangani pemain itu, beliau akan mendesak kelab untuk melakukannya.

Bekas rakan sepasukan Hendo, Luis Suarez pula akan memainkan peranan penting dalam usahanya untuk mengajak ketua pasukan Liverpool itu beraksi bersama Atletico Madrid.

Henderson pada musim panas ini telah menyertai skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020 dan beliau berjaya membantu skuadnya untuk mara hingga ke perlawanan akhir.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan satu gol dalam kejohanan ini ketika aksi kemenangan 4-0 The Three Lions menewaskan Ukraine di peringkat suku akhir.

“Ia merupakan satu penantian yang cukup panjang untuk ini. Saya rasa ia sudah hampir untuk kembali. Saya bersyukur dapat catat nama sebagai penjaring gol.”

Jelas Jordan Henderson.

Kapten kesayangan Liverpool

“Saya berbangga untuk pemain lain, usaha yang ditunjukkan pada malam ini sungguh menakjubkan dan akan beri kami momentum yang lebih baik untuk aksi perlawanan berikutnya. Saya akan cuba untuk lakukan sehabis mampu saya.”

“Di atas padang, saya tak dapat menjaringkan lebih banyak gol dan ada pemain lain yang boleh lakukan itu. Saya mahu beri tumpuan pada kerja saya. Saya berminat untuk menjaringkan lebih banyak gol sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya berjaya jaringkan satu malam ini, yang mana saya rasakan ia sangat hebat.”

Jika benar Henderson akan meninggalkan Liverpool kerana rundingan berkait lanjutan kontraknya menemui laluan yang sukar, maka The Reds perlu menandatangani seorang pemain midfield pada musim panas ini.

Jendela perpindahan Liverpool pada musim panas ini agak sepi dan hal tersebut sedikit membimbangkan para peminat.

The reds pada musim lalu bergelut dengan masalah kecederaan pemain dan hal tersebut menjejaskan prestasi skuad.

Mujur saja mereka berjaya bangkit di saat-saat akhir musim 2020/21 dan berjaya untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan ketiga.

Walaupun awalnya Liverpool seolah-olah tidak akan mara ke kejohanan Eropah pada musim baharu ini, namun kerana mereka konsisten dalam 10 perlawanan terakhir, maka The Reds berjaya juga untuk mara ke saingan Champions League musim hadapan.

Sumber: The Athletic

SPORTbible

BACA:  Henderson Raikan Gol Pertama Bersama England Macam Menang Piala Dunia