JDT Muncul Juara Liga Super Buat Kali Ke-7 Secara Berturut-turut

Kemenangan pernuh bergaya 4-1 Johor Darl Takzim(JDT) ke atas pasukan Sabah telah mengesahkan gelaran juara Liga Super bagi musim 2020 yang penuh istimewa dan unik.

Ini bermakna JDT telah meraih gelaran juara buat kali ke-7 secara berturut-turut bermula tahun 2014, 2015, 2016, 2017. 2018, 2019 dan kini tahun 2020. Rekod baru lagi.

Selepas 10 perlawanan JDT telah mengesahkan kejuaraan dengan mengumpul 26 hasil 8 kemenangan dan 2 seri berserta 28 jaringan dan 8 bolos. Tak terkalahkan.

Sabah bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim dan menjadi pasukan terakhir yang boleh menyekat dan melambatkan kejuaraan ke-7 JDT, namun itu tidak berlaku.

Pasukan yang disebut-sebut saban musim untuk menyekat JDT seperti Pahang, Selangor dan Perak gagal lagi untuk musim ini malah ada dua pasukan berkicap dibelasah.

Diogo meletakkan dihadapan dengan jaringan pada minit ke-38 untuk mendahului Sabah pada separun masa pertama dengan satu jolokan mudah.

Safawi Rasid menggandakan kedudukan 12 minit selepas permainan bersambung dengan cantik luar kotak penalti yang ketika penjaga gol Sabah sedikit jauh dari gawang.

Dennis Buschening mengecilkan jurang jaringan dengan gol pertama Sabah pada minit ke-74 namun gol itu dibalas JDT dengan dua lagi gol dalam tempoh 3 minit.

Pada minit ke-81, Safawi Rasid menjaringkan gol kedua peribadi melalui satu tolakan mudah hasil gerakan seperti dalam permainan video bola sepak FIFA.

Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan JDT dan mengesahkan kejuaraan Liga Super 2020 melalui satu sepakan percuma cantik tak boleh bawa bincang.

Kejayaan penuh bersejarah disambut dengan penuh gemilang, cemerlang dan terbilang di Stadium Sultan Ibrahim dengan pancaran laser dan bunga api.

Juara Liga Super 6 musim lepas.

2014 – JDT
2015 – JDT
2016 – JDT
2017 – JDT
2018 – JDT
2019 – JDT
2020 – JDT

Menurut laman sesawang The Vocket FC, JDT telah berjaya mengumpul jumlah tontonan sebanyak 3,648,654 di laman Youtube bermula pada perlawanan kelima hingga kesembilan tidak termasuk perlawanan menentang Pahang.

Secara purata untuk 4 perlawanan ini sahaja JDT telah merekodkan 012,163 tontonan. Padu teruk.

JDT lawan Perak: 751,749 Tontonan
JDT lawan Terengganu: 966,696 Tontonan
JDT lawan Selangor: 1,105,580 Tontonan
JDT lawan PJ City: 824,629 Tontonan

BACA:Β  Liga Super 2021: Selangor FC 0-2 Penang FC