Jim Beglin Memohon Maaf Selepas Dikecam Kerana Gelar Di Maria ‘Latino Temperament’

Pengulas bola sepak tersohor dunia, Jim Beglin telah membuat permohonan maaf selepas dikecam kerana menggelarkan Angel Di Maria sebagai ‘Latino Temperament’.

Panggilan ‘Latino Temperament’ ditujukan kepada Di Maria secara langsung ketika perlawanan separuh akhir kedua Champions League antara Manchester City dan PSG.

Ulasan daripada Jim Beglin yang mengeluarkan perkataan sebegitu nyata mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Mereka menaggap perkataan yang diucapkan oleh Jim Beglin yang bertugas bersama CBS Sports itu sebagai rasis dan mengeneralisasikan orang latin dengan perangai yang buruk.

Perkataan ‘Latino Temperament’ dilontarkan oleh Jim Beglin selepas Angel Di Maria dilayangkan kad merah kerana melakukan aksi kekasaran yang tidak masuk akal.

‘Latino Temperament’ membawa maksud ‘Perangai orang latin’.

Bagi mereka kad merah yang dikutip oleh Di Maria itu satu tindakan bodoh dan ulasan yang dilontarkan oleh Jim Beglin itu tidak dapat dinafikan juga sebagai perbuatan yang juga bodoh.

Jim Beglin telah mengaitkan perangai yang ditunjukkan Di Maria itu sebagai perangai orang latin yang merujuk kepada asal usul Di Maria dari Argentina.

Ini kerana tidak semua orang Latin berperangai tidak masuk akal sebegitu dan apa yang dilakukan oleh Di Maria sering terjadi dalam bola sepak dan dilakukan oleh pemain dari seluruh dunia.

Lantaran itu Jim Beglin telah membuat permohonan maaf:

“Ketika Di Maria dibuang padang, aku menggambarkannya dengan menggunakan perkataan Latino. Bagi sesiapa yang tersinggung, aku mintak maaf. Dengan setulusnya aku memohon maaf.”

Jim Beglin dilaporkan menyertai boikot media sosial yang dipanggil media blackout bagi menentang rasis dalam bola sepak dan kini beliau sendiri bersifat rasis.

Insiden kad Merah Di Maria

Angel Di Maria nyata koyak teruk apabila PSG gagal menjaringkan gol lalu pemain Argentina itu telah melakukan satu tindakan bodoh yang menyebabkannya telah dilayangkan kad merah.

Ketinggalan 2-0 dengan agregat 4-1 kepada Manchester City, PSG perlu mencari tiga gol untuk layak perlawanan akhir sekaligus menyamai pencapaian musim lepas.

Namun Angel Di Maria memilih jalan hitam dan dihalau keluar padang memaksa PSG bermain 10 orang ketika permainan masih berbaki 20 minit.

Tindakan tidak masuk akal Di Maria ini seolah-olah telah membunuh terus perlawanan dan semangat perjuangan rakan sepasukan beliau.

Pada minit ke-68 hantaran yang cuba dilakukan oleh Angel Di Maria telah digarisan tepi padang berjaya dihalang oleh Fernandinho untuk lontaran ke dalam.

Namun berlaku perebutan dan tolak menolak dengan Fernandinho yang mungkin mahu melengahkan permainan ketika Di Maria mahu mengambil bola.

Semasa mengutip bola Fernandinho buat-buat sibuk dan mahu juga mengutip bola dan Di Maria berjaya mengutip bola dengan cemerlang.

Ketika itulah Di Maria melakukan satu tindakan bodoh apabila dengan pantas memijak kaki Fernandinho dengan satu gerakan yang pantas.

Dengan pantas juga Fernandinho menggelupur jatuh ke tanah dan pengadil tidak kurang juga pantasnya menyeluk poket lalu terus melayangkan kad merah.

Kepantasan yang nyata ditunjukkan oleh Di Maria, Fernandinho dan pengadil perlawanan.

Marco Verrati tampil membantah keputusan pengadil pemain Manchester City hadir dan pemain PSG juga mengerumuni lalu terjadi aksi tolak menolak.

Mauricio Pochettino masuk ke padang menarik Di Maria dan menyuruh pemain itu bertenang dan bersemuka dengan pengadil.

Video Assistant Referee (VAR) menjalankan tugas membuat pemeriksaan akhir samada keputusan awal pengadil akan diubah atau kekal.

Akhirnya keputusan VAR senada dengan keputusan awal pengadil dan Di Maria terus berlalu meninggalkan padang.

Pengulas perlawanan tidak beragak untuk melabel tindakan Di Maria itu sebagai suatu tindakan yang bodoh kerana sudah pasti memberi impak kepada pasukan.

Isu disiplin pemain merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius oleh PSG apabila telah mengutip empat kad merah dalam saingan Champions League musim ini sahaja.

Kutipan empat kad merah oleh pemain PSG adalah dua kali ganda berbanding pasukan lain.

Pada separuh akhir pertama, pemain PSG juga jelas kelihatan koyak selepas Manchester City bangkit mendahului selepas ketinggalan satu gol.

PSG mula koyak dan Neymar menunjukkan tanda awal kekoyakan apabila menyepak kaki Ruben Dias dalam situasi yang tidak memerlukan kekasaran seperti itu dilakukan dan hanya dilayangkan kad kuning.

Kad kuning Neymar telah berjaya memberi inspirasi kepada Idrissa Gana Gueye membantai buku lali Ilkay Gundogan yang kaca itu dengan tapakan maut.

Pengadil tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah. Satu perlakuan tidak sepatutunya dan tidak perlu kerana permainan masih berbaki 15 minit dan masih ada perlawanan kedua.

Mujur dengan bermain 10 orang, PSG tidak dihukum dengan gol ketiga namun Manchester City berjaya membawa dua kelebihan dua gol tempat lawan.

Manchester City menang 2-0 distadium Ethihad menyaksikan mereka mara ke perlawanan akhir Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab dengan agregat 4-1.

BACA:  Manchester United Berminat Dapatkan Lucas Moura Dari PSG