Joachim Low Beri Penjelasan Pelik Kenapa Beliau Selalu Korek-Korek Cium

Ketua Jurulatih Jerman, Joachim Low telah memberi penjelasan yang agak pelik dan diluar kotak pemikiran manusia tentang perilaku beliau yang selalu korek-korek cium di tepi padang.

Joachim Low berkata “adrenaline and concentration” merupakan punca sebenar beliau melakukan perkara tersebut yang seperti satu tindakan luar kawalan.

Sebelum ini aksi pengurus Jerman yang berusia 61 tahun itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi tumpuan dunia pada kejohanan EURO 2016 yang berlangsung di Perancis.

Joachim Low dengan selamba dirakam telah menyeluk seluarnya di bahagian depan dan belakang, entah apa dikorek lalu dicium dengan penuh nikmat ketika Jerman menewaskan Ukraine 2-0 di Stade Pierre-Mauroy, Lille.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu sekali lagi mencuri tumpuan pada EURO 2020 apabila dilihat nikmat mencium tangan ketika Jerman tewas 1-0 kepada Perancis.

Kali ini hanya aksi ciuman tangan sahaja berjaya dirakam dan tiada aksi korek mengorek selepas menyeluk seluar sendiri.

Pendedahan dan penjelasan dari Joachim Low mengenai tabiat seluk, korek dan cium dimulakan dengan permohanan maaf dan berjanji akan berkelakuan elok di masa hadapan.

“Aku telah melihat gambar itu juga dan jelas kadang kala kau melakukan sesuatu tanpa sedar. Inilah yang terjadi dan aku memohon maaf.”

“Perlakuan ini disebabkan adrenaline dan konsentrasi. Aku akan berkelakuan lebih senonoh pada masa hadapan.”

Namun alasan yang telah diberikan oleh Joachim Low ini telah disanggah dan dianggap mengarut kerana adrenaline tidak akan membawa kesan seperti itu.

Seorang ahli Biokimia, Dr Patrick Healy telah menjelaskan perkara ini dan telah memberti tahu portal SB Nation berpendapat bahawa situasi dan perlakuan ini bukan disebabkan oleh andrenalin.

“Aku tidak pernah melakukan sebarang kajian tentang perkara ini. Tapi aku tak nampak sebarang sebab adrenalin akan memberi kesan seperti itu.”

“Benda ni tak masuk akal langsung. Satu-satunya penjelasan adalah kerana beliau gelisah dan kerana itulah beliau mula menggaru.”

Joachim Low telah menyambung kegemilangan Jerman dari tangan pemain lagenda, Jurgen Klinsmann dan memegang kuasa sebagai pengurus Jerman sejak 2006.

Kejohanan EURO 2020 merupakan kejohanan terakhir Joachim Low bersama Jerman yang tidak lagi menyambung kontrak beliau selepas 15 tahun bersama.

Bekas pengurus Bayern Munich, Hansi Flick akan menggantikan Joachim Low untuk mengemudi Jerman selepas tamat EURO 2020.

Pada Piala Dunia 2018, Jerman hadir selaku penyandang juara apabila menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil namun telah menunjuk aksi memalukan dan tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Berada dalam kumpulan bersama Korea Selatan, Mexico dan Sweden, Jerman terciduk teruk walaupun datang ke Rusia dengan reputasi yang gah.

Pencapaian buruk Jerman ini telah menamatkan rekod cemerlang Low di peringkat antarabangsa sejak mengambil alih tampuk pengurusan pasukan pada tahun 2006.

Pada bulan Mac 2019 Joachim Low korek-korek cium mengesahkan tidak akan mempertimbangkan lagi untuk menggunakan khidmat tiga pemain yang membantu Jerman menjulang Piala Dunia Brazil 2014.

Trio Bayern Munich Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dikapak dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat oleh Low.

Maka dengan perkataan mudah adalah Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dibersarakan oleh Low bagi membuka lembaran baru untuk masa depan.

Itu kisah lama dan sejak itu prestasi Jerman kembali terumbang-ambing dan EURO 2020 merupakan tugasan terakhir Low bersama Jerman.

Demi kejayaan Jerman, Low bukan sahaja korek-korek cium kali ini malah menjilat balik ludahnya dengan memanggil semula Thomas Muller dan juga Mats Hummels.

Jerman agak goyah ketika ini dan tidak berada di prestasi terbaik mereka selepas kecundang awal di Piala Dunia 2018.

Situasi ini telah memaksa Low memanggil semula Thomas Muller dan Mats Hummel kerana pemain muda lembaran baru untuk masa depan tidak mampu memberi aksi konsisten.

Jerman tidak bermula cantik di EURO 2020 apabila tewas kepada Perancis 1-0 pada perlawanan pertama dan bangkit membenam Portugal 4-2 pada perlawanan kedua.

Pada perlawanan terakhir bertemu Hungary, Jerman hampir terciduk namun jaringan penyamaan lewat permainan Leon Goretzka melayakkan Jerman ke pusingan kalah mati.

Mengikut sejarah EURO, pasukan juara biasanya agak tenggelam dan bergelut di peringkat kumpulan, contoh terbaik adalah Portugal yang muncul juara EURO 2016.

Portugal seri ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan mara selaku salah satu empat pasukan tempat ketiga terbaik lalu menjadi Champions.

BACA:  Tawaran Manchester United Sebanyak €100 Juta (RM468 Juta) Sesuatu Yang Gila - Thomas Muller