Jones: England Tidak Gentar Jumpa Mana-Mana Pasukan Di Peringkat Kalah Mati

Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones berkata tiada perasaan takut wujud dalam skuad England kali ini mengenai lawan yang bakal ditentang mereka di peringkat kalah mati selepas ini.

England akan bertemu Belgium dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam esok  dengan kedua-dua pasukan sudah mengesahkan tempat di peringkat seterusnya.

Ia bakal menjadi perlawanan penentu pasukan mana yang akan menghuni tangga teratas kumpulan G.

Jones berkata England tidak gentar untuk berjumpa sesiapa sahaja

Sekiranya Brazil berjaya memenangi kumpulan mereka dan Jerman pula berada di kedudukan ke-2 di kumpulan F, England akan bertemu salah satu daripada pasukan tersebut di peringkat suku akhir sekiranya mereka menduduki tangga teratas kumpulan dan memenangi perlawanan kalah mati pertama selepas ini.

Jurulatih England, Gareth Southgate dijangka akan merehatkan beberapa pemain utama bagi menjaga tahap kecergasan skuad menjelang saingan kalah mati yang akan bermula Sabtu ini.

Jones masih lagi belum diturunkan dalam dua perlawanan terdahulu England dan berharap namanya akan diletakkan dalam kesebelasan utama untuk pertemuan menentang Belgium malam esok.

Jones juga mendakwa skuad England tidak terlalu memikirkan mengenai lawan yang akan ditentang mereka di peringkat kalah mati.

PARIS, FRANCE – JUNE 13: Phil Jones of England gestures during the international Friendly match between France and England at Stade de France, on June 13, 2017 in Paris, France. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

“Kami belum lagi berfikir mengenai lawan kami di peringkat kalah mati. Apa yang lebih penting sekarang adalah bagaimana kami bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan tersebut.”

“Saya tidak rasa pasukan ini ada memikirkan mengenai pasukan mana yang akan kami tentang di pusingan kalah mati. Kami berasa yakin yang kami mampu menewaskan sesiapa sahaja. Kami akan bersiap sedia dengan sesiapa sahaja lawan kami.”

Bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers ini mengakui agak sukar untuk beliau meninggalkan keluarganya untuk menyertai skuad Piala Dunia memandangkan isterinya baru melahirkan anak beberapa hari sebelum skuad England berangkat ke Russia.

Gareth Southgate dijangka akan merehatkan beberapa pemain utama bagi pertemuan Belgium dan Jones antara pemain yang dijangka mengisi kekosongan tersebut

Setakat ini hanya Ruben Loftus-Cheek sahaja yang berjaya menembusi kesebasan utama England, itupun kerana kecederaan yang dialami Dele Alli ketika perlawanan pertama menentang Tunisia.

Jones berkata ahli skuad England yang tidak berada dalam kesebelasan utama menyambut setiap jaringan pasukan seperti mereka sedang bermain di atas padang.

“Semuanya adalah mengenai bagaimana anda mengambil peluang yang diberikan. Sekiranya saya diberikan peluang untuk bermain, saya akan memberikan aksi yang terbaik dengan harapan untuk memeningkan lagi kepala jurulatih.”

BACA:  Rooney Enggan Di Ingati Sebagai Kapten Yang Gagal