Jorginho selayaknya untuk dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon D’or seandainya beliau berjaya membantu Itali untuk menjuarai saingan Euro 2020.
Menurut bekas pengurusnya, Maurizio Sarri, Jorginho jelas antara calon terbaik untuk memenangi anugerah tersebut selain Kante dan Lionel Messi.
Sarri telah membawa pemain midfield itu untuk menyertai Chelsea pada tahun 2018 yang lalu dan ia telah mencetuskan pelbagai perdebatan di kalangan peminat pada musim pertamanya di Stamford Bridge.
🇮🇹 Last night, Jorginho made eight interceptions against Spain in their #EURO2020 semi-final victory.
🎖️ A new record in European Championship history. pic.twitter.com/LlS3tzHSNJ
— Sporting Index (@sportingindex) July 7, 2021
Namun bintang berusia 29 tahun telah menunjukkan peningkatan mendadak dalam aksinya sejak bermain di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Beliau telah memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu Chelsea untuk menjuarai saingan Champions League pada Mei lalu.
Beliau berjaya mengekalkan momentum persembahan mantapnya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Itali dalam aksi saingan Euro 2020 ini.
Jorginho berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu Sepanyol kemarin, seterusnya membawa Itali ke aksi perlawanan akhir di Wembley hujung minggu nanti.
8 – #Jorginho 🇮🇹 made 8 interceptions v Spain, a record for a player in a single match in the last two European Championship's editions. Gold.#EURO2020 #ITAESP pic.twitter.com/5JZHDz85Nm
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 7, 2021
Pengurus Lazio, Maurizio Sarri telah mendedahkan yang Jorginho tidak faham dengan pelbagai hal di England ketika awal ketibaannya walaupun beliau sememangnya seorang yang bijak.
“Jika dia berjaya bantu Itali memenangi European Championship, dia lah orangnya.”
Jelas Sarri kepada Metro.
“Dia seorang yang sangat bagus dan bijak yang mana dia mampu melakukan segala hal yang sukar nampak mudah, jarang untuk anda boleh lihat dia buat sesuatu yang sukar. Itulah apa yang dinamakan dengan kehebatan.”
“Ketika saya mula berurusan dengan Chelsea, dia mahu ditandatangani oleh City, kami berjaya pintas dan bawa dia ke Chelsea.”
“Peminat dan wartawan memang sukar untuk faham dengan permainan dia. Dia kemudiannya berjaya cipta nama dia England juga, sekarang saya tengok dia turut pernah jadi ketua pasukan. Dia memang berhak.”
Jorginho breaks record!!! pic.twitter.com/wLObOLBnHM
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) July 7, 2021
Skuad kendalian Roberto Mancini berjaya mara ke saingan Euro 2020 dengan rekod bersih tanpa kalah dan menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan tanpa dibolosi.
Pertembungan antara Itali bertemu Sepanyol di peringkat separuh akhir sebenarnya agak menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit beraksi.
Itali terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-60 menerusi Federico Chiesa hasil umpanan cantik Ciro Immobile yang bermula dari gerakan team play yang sungguh menakjubkan.
Sepanyol kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 menerusi pemain gantian mereka Alvaro Morata yang menyempurnakan hantaran cantik dari Dani Olmo.
Jorginho’s best finishes in every competition he’s played since joining Chelsea:
Champions League: Winner
FA Cup: Final
League Cup: Final
Europa League: Winner
EURO’s: Final
Premier League: 3rdElite. pic.twitter.com/TRUH8ON5AI
— LDN (@LDNFootbalI) July 7, 2021
Terikat 1-1, perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, dan disebabkan keputusan masih terikat, maka pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Manuel Locatelli dan Dani Olmo masing-masing menjadi pengambil sepakan penalti pertama untuk pasukan mereka, namun sayangnya kedua-dua mereka gagal untuk menyempurnakan tugas masing-masing.
Andrea Belotti, Leonardo Bonucci, Federico Bernardeschi dan Jorginho masing-masing berjaya menyempurnakan sepakan penalti mereka untuk Itali.
Gerard Moreno dan Thiago Alcantara berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Sepanyol sebelum Alvaro Morata gagal untuk melaksanakan tugasnya.
Sebaik Morata gagal, Jorginho tenang menewaskan Unai Simon seterusnya mengesahkan kemenangan milik Itali dan melayakkan The Azzuri ke perlawanan akhir saingan Euro 2020.
That’s how you prove your doubters wrong.
In 2017 Ventura said, “For the way my team plays, there’s no room for Jorginho.”
Now Jorginho is coming off a Champions League title and scored the PK to send Italy to the Euro 2020 Final pic.twitter.com/JyLrmAY4Fe
— Italian Football TV (@IFTVofficial) July 7, 2021
Selepas tamat perlawanan, Mancini telah mendedahkan kepada Daily Mail bahawa:
“Boleh dikatakan semua orang tidak percaya melihat apa yang telah kami lakukan, kami sekarang sudah berada di perlawanan akhir.”
“Dari hari pertama kami percaya yang kami boleh menghasilkan sesuatu yang menakjubkan, namun masih ada satu perlawanan yang perlu kami lalui.”
“Kami sangat berbangga kerana dapat menyajikan persembahan yang menarik untuk semua warga Itali pada malam ini, dan kami harap kami akan sekali lagi menggembirakan mereka nanti.”
“Kami tahu tugas selepas ini akan jadi semakin sukar. Dari segi penguasaan bola, Sepanyol memang yang terbaik. Mereka beri kami masalah dan kami harus berusaha keras untuk kawal tempo permainan.”
Jorginho vs midfielders at #EURO2020
Most minutes played (585)
Most distance covered (72.3km)
Most balls recovered (40)
Most interceptions (22)
2nd most passes completed (399)
5th highest passing accuracy (92.7%)Sublime. Absolutely sublime. pic.twitter.com/ZM3ZraSzdX
— Uber Chelsea FC ⭐️⭐️ (@UberCheIseaFC) July 7, 2021
“Saya benar-benar mahu beri penghargaan kepada Sepanyol, mereka sebuah pasukan yang hebat. Ia merupakan perlawanan yang sangat terbuka, tapi kami berjaya terus kekalkan momentum.”
“Ketika kamu terlibat dalam pertandingan seperti ini, kamu tentu akan ada satu perlawanan yang akan buat kamu betul-betul menderita. Dan saya yakin perlawanan itu adalah ketika bertemu Sepanyol.”
Jorginho on scoring the winning penalty for #ITA :
"When you take the kick, you feel this weight fall off your shoulders! I tried to forget everything around me, focus on what I’d trained to do, took a deep breath and got on with it."
ICE. COLD. 🥶🥶🥶 pic.twitter.com/OI1KtgaVRq
— ChelseaFCBlogs (@ChelseaFCBlogs_) July 7, 2021
“Namun kamu kena guna cara yang berbeza untuk memenangi perlawanan seperti itu.”
Sumber: SB