Evra Sudah Meluat Tengok Messi Menang Ballon d’Or

Bekas pemain pertahanan Perancis, Patrice Evra tanpa berselindung dan secara terbuka meluahkan bahawa dia sudah meluat untuk melihat Lionel Messi dipilih sebagai pemenanga Ballon d’Or lagi.

Patrice Evra juga telah menamakan dua calon yang dirasakannya paling layak untuk menjulang anugerah Ballon d’Or iaitu N’Golo Kante dan juga Jorginho dari pasukan Chelsea.

Dua pemain tengah Chelsea itu telah memainkan peranan penting yang menyaksikan Chelsea berjaya muncul juara Champions League dan juga UEFA Super Cup selepas Thomas Tuchel tiba di Stamford Bridge.

Kecemerlangan Jorginho bukan sahaja bersama Chelsea, malahan pemain Itali itu telah membawa The Azzurri muncul juara Kejohanan Eropah dengan menewaskan England di perlawanan akhir.

Lionel Messi yang menyertai PSG pada musim panas lalu turut berada dalam senarai 30 calon Ballon d’Or 2021 juga disebut sebagai calon pilihan untuk meraih gelaran buat kali ketujuh.

Lionel Messi akhirnya telah berjaya menikmati rasa menjadi juara bersama pasukan Argentina apabila membawa Argentina muncul juara Copa America buat pertama kali sejak tahun 1993 dengan menewaskan Brazil dipentas final.

Itu merupakan penghormatan pertama Lionel Messi diperingkat antarabangsa bersama Argentina dan memberi peluang untuk Messi menewaskan calon lain seperti Kante, Jorginho, Robert Lewandowski dan Cristiano Ronaldo.

Melihatkan kemungkinan Messi mendapat gelaran ketujuh, Patrice Evra merasakan bahawa sangat membosankan jika Messi terus menjadi pemenang.

“Pada pendapat aku, anugerah Ballon d’Or selayaknya adalah untuk Kante atau Jorginho.. Aku tak faham bila ada orang cakap ‘mereka hanya pemain tengah?'” Ujar Evra.

“Jorginho menang segalanya dan menjadi nadi utama dalam kejayaan ini, pada pendapat aku ini adalah satu ketidakadilan.”

“Meluat dah aku memberikan anugerah ini kepada Messi.”

“Apa yang Messi menang tahun lepas? Okay, Copa America. Dengan Barcelona Messi menang apa?”

Lionel Messi gagal membantu skuad Catalan menjulang kejuaraan La Liga namun berjaya memenangi Copa Del Rey di musim terakhirnya dengan menewaskan Athletic Bilbao di final.

Kisah sedih merundung Messi yang mahu kekal di Camp Nou namun masalah kewangan dengan hutang membelenggu Barcelona menyaksikan Messi terpaksa dilepaskan secara percuma.

Chelsea mempunyai paling ramai wakil yang tersenarai dalam senarai 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or 2021. Romelu Lukaku, N’Golo Kante, Mason Mount dan Cesar Azpilicueta merupakan antara bintang Chelsea yang berada dalam senarai pendek tersebut.

Thomas Tuchel merasakan yang Jorginho merupakan individu paling layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini berbanding pemain lain.

“Jorginho berhak untuk memenangi anugerah Ballon D’or.”

Jelas Tuchel kepada Football Italia.

“Dia seorang pemain yang sangat bijak dan merupakan satu kebanggaan untuk saya kerana dapat mengurus dia.”

“Dia ada visi dan misi yang menakjubkan dalam dunia bola sepak. Bagi saya, hadiah individu tidak begitu penting, adalah sangat mustahil untuk buat perbandingan sebenar antara beberapa pemain yang ada peranan berbeza.”

“Saya sangat gembira andai salah seorang dari pemain saya menang, kerana saya mahu tau bagaimana berkesannya saya.”

“Selain itu, Jorginho juga sebenarnya seorang individu yang hebat dan seorang pemain yang mengagumkan, tapi secara amnya ini bukan hal terpenting.”

“Jorginho yang kini berusia 29 tahun telah menikmati tahun yang sangat gemilang pada tahun ini, dengan beliau menikmati kejayaan mengagumkan di peringkat kelab mahupun negara.”

Tahun 2021 menyaksikan pemain ini telah mencipta sejarah peribadi di mana dia telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah selepas berjaya membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara UEFA pada musim lalu, serta menjulang Euro 2020 bersama pasukan kebangsaan Itali.

BACA:  Senarai 30 Calon Akhir Ballon d'Or 2021 Diumumkan